Photobucket

cute followers

Friday, March 18, 2011

Terima Kasih Sayang !

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang
mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling
mencintai dan sepadan.



Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Abang,saya
baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah
tersebut."Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita
sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih
bahagia....."



Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya
mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka
bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa
yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Besok pagi ketika
sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya", kata
isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya,
sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang
tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya
mulai mengalir....."Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti ?"
tanyanya."Oh..tak apa, teruskanlah sayang..." jawab suaminya.

Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat
kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia"Sekarang
giliran abang membacakan senarai yang abang tulis".Dengan suara perlahan
suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun diatas kertas ini. Abang
berfikir bahawa awak sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin
mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu
seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari
peribadimu yang tidak menyenangkanku,sayang...."Si isteri tersentak dan
tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...

Ia menunduk dan menangis.....Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa
dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan
waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan,
kesukacitaan dan pengharapan.Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan
perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan
banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di
sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu
melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang
buruk.

Kasih SayangNya Melebihi Segala galanya

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita. 

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya. 

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini? 

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman. 

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?". 

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi? 

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt. 

Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?" 

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat  kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

Monday, March 14, 2011

Resepi Telur Bungkus Special !

this is one of my favourite food !
2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )
Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging. Setelah masak masukkan sos tomato, sos tiram, garam, bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi. Sedia dihidang.

Nasi Goreng Pataya

Bahan-bahannya:-
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya:-

Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap 3 Rasa
Bahan-Bahannya:
500 gm ikan Siakap - dicuci dgn garam dan asam
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil serbuk lada sulah
300 ml minyak sawit untuk menggoreng
ahan Bahan
Sos 2 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar bawang putih - dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
½ sudu kecil minyak bijan
200 ml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung 3 sudu besar minyak sawit untuk menumis Bahan - Bahan Hiasan 3 tangkai daun ketumbar 2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar Cara Memasak:
1.. Panaskan minyak masak.
2.. Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.
3.. Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.
4.. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan sahaja.
5.. Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.
6.. Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.
7.. Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar dan cili merah
sedapppnyerrrrrr !!!!!!!!! tak sabar nak masak nanti.. selamat mencuba !!

Resepi Ayam Masak Merah Special

Respi ayam masak merah ini memang special dan sedap taw. Anda mesti cuba !


Bahan-bahanya


1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)
garam
gula


Cara-caranya


1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. Selamat Mencuba.






sekarang ayam masak merah dah boleh dihidangkan.. Yummy !

Sunday, March 13, 2011

Tips Kekal Kuat, Sihat, dan Cantik .

Asas kecantikan kulit adalah kebersihannya. Rutin membersihkan wajah seperti mencuci, menyegar dan melembab adalah wajib untuk anda patuhi. Begitu juga faktor pemakanan, persekitaran yang sihat dan tidur yang cukup adalah sangat penting untuk kecantikan kulit anda.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk mencantikkan kulit.

1. Membersih. menyegar dan melembab. Carilah pencuci wajah dan toner yang benar-benar serasi dengan kulit anda. Tidak kira apa jenis kulit anda, memakai pelembab wajah adalah sangat penting sekurang-kurangnya sekali sehari. Ianya dapat membantu memelihara dan melindungi kulit anda secara luaran dan dalaman.

2. Krim mata. Kulit di sekitar mata tidak mengandungi tisu lemak dan mudah menyebabkan munculnya kedutan. Krim khas untuk mata di formulasi untuk menebalkan kulit di sekitar mata agar ia lebih kuat. Sapukan krim mata pada waktu malam kerana proses pembaharuan sel berkesan dua kali ganda sewaktu anda tidur.

3. Gunakan air sejuk atau biasa untuk mencuci wajah anda. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit anda.

4. Gunakan Scrub dan mask atau topeng wajah. Scrub bertindak menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan kulit anda secara mendalam manakala topeng wajah dapat memberi kesegaran pada kulit dan mengecilkan pori-pori. Gunakanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

5. Ambillah pemakanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau serta suplemen untuk kulit. Elakkan kulit anda dari persekitaran yang tidak sihat seperti terdedah kepada asap rokok dan cahaya matahari yang kuat kerana ia akan menyebabkan pigmentasi pada kulit. Gunakan sunblock untuk memberi perlindungan pada kulit ketika melakukan aktiviti di luar.

6. Tidur yang cukup adalah sangat baik untuk pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Pastikan anda cukup tidur untuk menjana kesihatan kulit.

7. Minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air dapat memberi kelembapan pada kulit dan dapat membantu membuang toksid dalam badan anda secara semula jadi. Toksid dalam badan jika terkumpul dengan banyak akan menyebabkan penyakit dan mempengaruhi kesihatan kulit anda.



untuk lebih banyak info pasal kecantikan boleh layari laman ni http://tipskecantikan-wana.blogspot.com/2010/01/tips-kulit-kekal-sihat-dan-cantik.html 

10 teman yang paling baik buat wanita!

1. Avokado

Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.

Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.

2. Strawberi

Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.

Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.



3. Minyak Kelapa

Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.

Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.

4. Brokoli

Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.

Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.



5. Kacang soya

Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.

Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.

6. Yogurt

Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.

Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.



7. Ikan Salmon

Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.

Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.

8. Tomato

Kandungan: Antioksida dan likopen.

Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.



9. Lobak Merah

Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.

Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.

10. Jus Oren

Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.

Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...