Assalamualaikum w.b.t.. andai hati ni mampu berbicara, rasanya sudah lama ia berkata kata meluahkan tentang rasa yang terbuku di benak ku selama ini. kali ni rasanya nak cakap pasal cinta. semua orang mesti pernah merasai cinta kan sama ada diluahkan atau tidak sebab cinta itu memang fitrah. siapa yang tidak ada rasa cinta itu sebenarnya dia tak normal. bercinta itu tidak salah tapi orang-orang yang bercinta itu yang membuatkan nya salah pada pandangan masyarakat dan sisi agama kerana terlalu mengagungkan cinta. cinta kepada Allah itu adalah cinta yang paling agung. tiada siapa pun yang setanding dengannya.
Tapi dalam masa bercinta ni ada yang kekal bahagia hingga ke anak cucu tetapi ada juga yang patah hati dan kecundang di tengah jalan. berdasarkan pengalaman saya, kawan - kawan, perempuan ni kalau putus cinta, dia akan merasa sangat sedih dan akan meratapi perpisahan tersebut sehinggakan ada yang sanggup menangis berteriak mengenangkan apa yang jadi.. tapi saya tak tahu kalau lelaki plak camna kan.. hanya kaum adam je yang tahu, tapi maybe diorang ni jenis yang boleh cepat melupakan semua kenangan yang berlaku antara dia dan pasangannya sebelum ni dan mejalani kehidupan mendatang tanpa sebarang masalah. hal ni begitu berbeza dengan perempuan kerana perempuan itu dianugerahkan Allah sifat penyayang yang akan sentiasa menyayangi orang yang dia sayang walaupun orang yang disayangi berlaku kejam terhadapnya, dia tetap berusaha untuk melupakan segala kejahatan lelaki tersebut dan terima dia seadanya demi menjaga hubungan cinta ini. jadi lelaki ingtalha jangna cuba sesekali bagi harapan kalau rasa memang tak mampu nak tunaikan harapan. saya paling tak suka lelaki yang bersifat sedemikina rupa. mereka ni suka berjanji dengan macam - macam janji manis padahla hakikatnya mereka tidak mampu menunaikan janji2 tersenbut. semua ni hanya akan membuatkan kaum perempuan sedih dan terasa dipermainkan. andai mereka rasa mereka tidak serius dalam perhubungan , tak usahlah berkenalan dari awal dan seolah - olah memberi harapan kepada si perempuan. hal ini banyak berlaku termasuk saya sendiri pernah mengalaminya.
Tolong la saya merayu bagi pihak kaum wanita, saya merayu sangat2 kepada para lelaki diluar sana agar janganlah mempermainkan hati dan perasaan wanita kerana akibatnya ia akan berbalik kepada diri kau semua jugak kelak. ada pepatah berbunyi "what goes around, comes around" jadi renung renungkanlah. kepada para lelaki janganlah sesekali membuat kan seseorang wanita itu bersedih kerana kamu, sepatutnya kamu mesti cuba untuk membahagiakan mereka. Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk berbaik baik dan berpasangan bukannya bermusuhan. semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran sedikit sebanyak dari post ini. sekian , wassalam :)
No comments:
Post a Comment