Photobucket

cute followers

Sunday, December 11, 2011

Khasiat lidah buaya dari segi Kecantikan ! Jum cuba !

Siapa yang tidak ingin memiliki kulit cantik nan mulus tanpa sebarang cela. Justeru, pelbagai cara dan rawatan disediakan untuk tujuan tersebut. Selain penggunaan produk-produk kecantikan serta alatan yang serba canggih, penggunaan bahan-bahan semula jadi juga tidak diabaikan.

Malah, sehingga kini, masih ramai yang mempercayai bahan semula jadi lebih baik kerana tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada kulit seseorang. Daun lidah buaya atau juga disebut sebagai aloe vera misalnya, mempunyai pelbagai khasiat. Selain membantu menyuburkan rambut, bahan ini juga bermanfaat untuk kecantikan.

Di dalam lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperoleh.



Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.

Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air.

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar.

Tips Kecantikan
Untuk memastikan rambut nampak berkilau dan tidak mudah rapuh, sapukan daun lidah buaya (aloe vera) sebagai creambath secara rutin sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Lendir dari lidah buaya berkhasiat untuk mengurangi pengeluaran minyak berlebihan pada kulit kepala serta menjaga kelembapan rambut.

Bagi yang ingin mengubati tangan yang terkena minyak panas atau luka terbakar, ambil satu batang daun lidah buaya. Lalu ambil isinya dan di tumbuk hingga halus. Kemudian, letakkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kain bersih lalu balutkan ia pada bekas luka tersebut.

Cantik Di Hati
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidupnya.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/05/tips-kecantikan-dari-aloe-vera-khasiat.html#ixzz1gBIsRK1p

1 comment:

Qawiem Khairi said...

hari ni dapat ilmu baru.. Terima kasih.
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...