Photobucket

cute followers

Tuesday, January 17, 2012

Kesedihan itu tetap dirasai walau pada luarannya nampak gembira

Assalamualaikum w. b.t. sebenarnya semenjak dua menjak ni saya rasa macam asyik nak update soal hati dan perasaan. semua ni benda yang sensitif kan. sekarang ni saya rasa sangat sedih, Ya saya akui saya memang seorang insan yang sangat lemah, baru diuji sedikit ujian da nak mengeluh. jika nak dibandingkan dengan dengan umat terdahulu yang diuji dengan pelbagai dugaan yang berat dan cabaran, tetapi mereka tetap sabar dan tabah dalam menghadapinya. Ya Allah beri aku kekuatan itu semua untuk menghadapi segala ujian dan dugaan mu ini. ku pasraah sebab Engkau lah yang Maha mengetahui, Maha pengampun lagi Maha penyayang. 

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

doa ini ku tujukan buat semua sahabatku yang ku sayang.


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(Surah. Al Baqarah:216)

Dalam kehidupan kita perasaan benci sentiasa berlegar-legar dalam jiwa kita, perasaan benci ini muncul mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antara seperti beban tugas yang berat, kegagalan, kekurangan yang ada dalam diri kita, dan kehilangan sesuatu yang kita sukai. Namun kita tidak pernah tahu, mungkin boleh jadi apa yang kita benci itu baik menurut Allah SWT. Perang seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas, adalah suatu perkara yang sangat dibenci manusia, tetapi mungkin hanya dengan jihad melalui peperangan di jalan Allah kita boleh masuk syurga.

Ketika kita mengejar sesuatu kemudian gagal, boleh jadi dengan kegagalan ini akan membawa kebaikan kepada kita. Sebagai contoh, misalnya Anda memohon ke suatu pekerjaan, dan Anda gagal dalam permohonan kerjatersebut, lalu anda membencinya. Tetapi jelas sekali pekerjaan di situ membuatkan kita sukar untuk beribadah.

Ada juga orang yang merasa membenci dirinya kerana dirinya tidak ”handsome” atau tidak kacak. Padahal boleh jadi jika dia cantik atau kacak, dia akan terjerumus ke dunia orang-orang yang suka mendedahkan aurat yang dibenci oleh Allah SWT. Boleh jadi kerana tidak cantik itu menyebabkan kita terselamat dari perasaan sombong dan takabur.

Yang jelas, apa pun yang ada pada diri kita, maka berbaik sangkalah kepada Allah SWT, bahawa itu semua yang terbaik untuk kita. Sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain merupakan nikmat sekaligus adalah ujian kepada kita. Terimalah apa yang ada pada diri kita. Jangan membenci apa yang berlaku pada diri kita, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita.

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Jika kita sudah mampu menerimanya dengan lapang dada, hidup akan lebih bersemangat dan ceria, kerana tidak ada lagi istilah gagal di dalam kamus kehidupan kita. Hidup akan lebih tenang dengan segala kekurangan yang ada di dalam diri kita. Tidak ada kebimbangan kerana semuanya diserahkan kepada Allah untuk memberikan yang terbaik bagi dirinya. Allahu a'lam. sekian .wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Many thanks for writing valuable post regarding the subject. I am a fan of your site. Maintain the great work.

nur amalia said...

thank you..enjoy reading my blog ok?? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...