Photobucket

cute followers

Sunday, February 5, 2012

Cinta Itu Suci.

Assalamualaikum w.b.t semua. Apa khabar? Harap sihat sejahtera la hendaknya. Aminn. Erm topic kita hari ni lia nak cakap pasal kenapa kita perlua bercinta sebelum kita ada apa2 hak atau ikatan yang sah dalam sesebuah pasangan or COUPLE. Erm lia pernah juga pernah mengalami semua ni, tapi selama bercinta itulah lia rasa banyak perkara yang terjadi dan percintaan itu amat menyakitkan dan menyusahkan. Bila kita sedang bercinta, mesti kita asyik tunggu orang yang kita sayang hubungi kita kan???? Pastu kita mesti akan rasa resah gelisah bila dia tak contact kita sehari, pastu merajuk dan macam2 lagi. Paling teruk kita bergaduh dgn bf/gf kita tu. Ataupun bila da selalu contact, pernah tak korang rasa borink dengan dengan pasangan korang? Mesti pernah kan? Rasa macam asyik buat benda yang sama je, xda beza tiap2 hari akan ucap good morning, awak da makan belum, da mandi ke, watpe ni, sampai lah bila hari da malam, say good night plak. Hmm sama je hari2, tak tahulah kalau korang x rasa bosan langsung, but bg lia, lia mudah rasa bosan. Hmm, tp byk sgt perkara yang menyusahkan bila kita terikat dengan seseorang sebelum akad ni, kita tak leh nak berkawan nak orang lain sgt because nanti pasangan kita akan jeles, padahal belum kahwin lagi. Lebih2 lak kan, stress kan belum kahwin lagi da kena kongkong cam tu sekali. Dan kita akan rasa susah hati bila ada orang lain yang rapat dengan dia, kita akan fikir dia nak cuba rampas pasangan kita. Kita akan selalu perhatikan pasangan kita berkawan dengan siapa, buat apa semua nak kena report kat kita. Dan yang paling tak leh terima sekali bila pasanagan kita kata nak putus dengan kita atas sebab kawan2 dia suruh,patut x?? isy sangat x patut kot, watpe nak ikut kawan, maybe diorang jeles kan. Huhu time tu kita akan rasa macam dunia ni dah gelap, dan tak ada apa2 lagi yang tinggal, yang tinggal hanyalah janji2 manis yang diucapkan olehnya dulu. Dan macam mana perasaan kita bila pasangan kita tu cakap anggaplah kata2 cinta yang dia ucapkan selama ni semuanya dusta belaka.  Ya Allah sape x sedih kan kalau dia cakap camtu, terasa diri ni dipermainkan. Betol lah orang cakap lelaki ni mulut manis, dia akan ayat kita sampai kita terpikat kat dia, then bila kita dia dapat kan seseorang itu, dia akan tinggalkan sesuka hati dia je. Ey kadang2 lia rasa geram sangat dengan lelaki sampai bila tengok lelaki, rasa macam menyampah sangat taw! Tapi lia taw tak semua lelaki sama, tapi bagi semua perempuan di luar sana jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan tipu daya insan yang bernama lelaki, lia benci sangat lelaki HANTUUUU! BENCI!  Huhu. Sekarang ni lia lebih hati2 dengan lelaki, lia tak akan bercinta lagi sebelum kahwin tapi lia nak bercinta selepas kahwin. Cinta selepas kahwin itu sangat indah taw kawan2. Hehe macam lia penah rasa n alami lak kan, xde la sebab yang paling utama adalah cinta selepas kahwin itu diredhai Allah dan tentulah kebahagiaan dan nikmat cinta selepas kahwin ttu akan lebih dirasai. Jadi kita tak perlulah bercinta sebelum kahwin, sebab kita tak tahu jodoh kita dengan siapa kan. Penat je kita bercinta dengan si dia, tengok nanti kita kahwin dengan orang lain jugak. Jodoh kan di tangan Allah bukan terletak di tangan manusia. Jadi kita perlua banyakkan doa biar Allah permudahkanlah jodoh kita dan semoga dipertemukan jodoh dengan pasangan yang baik. Sebelum kita minta pasangan yang baik, kita sendiri kena jadi baik dulu, sebab diri kita adalah cermin kepada pasangan kita. Sekarang ni semua orang berlumba lumba nak lakukan kebaikan, jadi kalau kita tahu benda yang kita lakukan tu salah dan tidak diredhai oleh kedua ibu bapa kita apatah lagi oleh Allah s.w.t. jadi fikir fikirkanlah dan bersama kita ambil pengajaran dari orang2 di sekeliling kita. Cuba tengok orang zaman dahulu mereka bercinta selepas kahwin, mereka kekal bahagia sampai sekarang kalau tak percaya tengok mak ayah kita, mereka tak bercinta sebelum kahwin. Kebanyakan pasangan yang bercinta sebelum kahwin, usia perkahwinan mereka tidak panjang / lama kerana mungkin tiada lagi keserian dalam rumah tangga kerana rasa bosan telah menyelubungi kedua dua pasangan. Perasaan jemu itu terjadi dengan sendirinya sehingga da xboleh tengok muka antara satu sama lain dan nak duduk sebumbung apatah lagi kan. Nauzubillah. Mintak jauh la kan dari semua perkara macam tu. Aminn..

1 comment:

Anonymous said...

salam
amal..
dari pihak amal, saya hanya minta supaya maafkan segala apa yg buat awak terasa tu je,

saya cuma kecewa dgn diri saya tu je, tak leh jaga awk, asyik dop msj brgayut, pahala tak dapat, dosa je brtimbun... tu yg saya tak leh terima bg diri saya

ayat apa lagi yg sesuai, selain kata semua tu dusta, at least, amal boleh lupakan saya..

yela kdg2 kita ingat juga kisah2, tp cukup lah, sy tak pernah minta apa2.. skdr nk susun jari mohon maaf, kalau rasa dipermain, takde niat pun nk main perasaan, sy tak pernah putuskan hubungan kita sbgai kawan, atas sebab kawan ni sy cuba tebus balik, cari kawan yg boleh bawak usrah kat tempat amal bljar sekarang


minta maaf skali lagi, semoga berjaya apa yg dicita dan bertemu jodoh yg lebih baik...

sekian, insan yg engkau panggil hantu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...