Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 25, 2012
Sunday, December 23, 2012
Fadilat zikir amat besar buat yang mengetahuinya
Bacaan itu juga adalah tanaman syurga Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Pada malam israk, aku bertemu Ibrahim kekasih Allah. Dia berkata, : "Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahu mereka syurga itu pasirnya sangat bagus, airnya sangat jernih dan menyegarkan. Syurga itu adalah sebuah lembah, tanamannya adalah bacaan, Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."
Subhanallah wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan segala pujian untuk-Nya.) Rasulullah s.a.w. berpesan, : "Sesiapa yang pada sebelah pagi dan petang membaca Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali, dihapuskan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jabri meriwayatkan Rasulullah s.a.w.berpesan, : "Sesiapa yang membaca Subhanallah wa bihamdihi, ditanam baginya sebatang pohon kurma di syurga.
Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua kalimat yang mudah diucapkan, berat di timbangan, dan dicintai oleh Ar-Rahman adalah subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim.
Read more: Ahmad Sanusi Husain
Saturday, December 22, 2012
Cara untuk diberi kekuatan untuk menundukkan hawa nafsu
Amalkan zikir Ya Qahhar:
Allah al-Qahhar adalah Dia Yang Maha Mengalahkan seluruh makhluk dengan keperkasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Menjinakkan sesiapa yang menentang-Nya dengan menunjukkan bukti keesaan-Nya. Dia-lah Yang Mahan Menundukkan sesiapa sahaja yang membantah-Nya dengan kekuasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Mematahkan belakang mereka perkasa dari musuh-Nya dengan kematiaan dan kehinaan.
Cara beramal:
- Bacalah 337 kali siang dan malam dengan menghayati makna sehingga meresap ke dalam hati. Yakin bahawa Allah s.w.t. akan memberi kekuataan kepada dirinya untuk menundukkan, mengalahkan, menguasai dan mengendalikan hawa nafsunya.
- Bacalah doa berikut:
Ertinya:”Tuhanku, Engkau telah menundukkan dan menjinakkan seluruh alam, yang tinggi mahupun yang rendah, yang dekat mahupun yang jauh. Anugerahilah aku secercah rahsia asma’- Mu al-Qahhar, agar nafsuku tunduk dan dapat kukendalikan dan agar berlutut di hadapanku seluruh penjahat. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku kemampuan menguasai seluruh kewujudan diriku, agar aku dapat menghadapi iblis dan selamat dari pujuk rayuan syahwat. Ya Allah, jadikalah aku selalu memandang kegermerlapan cahaya nama-Mu al-Qahhar (Yang Maha Mengalahkan), sehingga aku tidak terpedaya dengan semua yang agung dan perkasa di bumi ini, wahai Yang Maha Agung, Yang Maha Menundukkan segala yang agung. Dan semoga selawat da salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kami, Rasul kami Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat beliau.”
Friday, December 21, 2012
Warkah Cinta Berbau Syurga
Assalamualaikum w.b.t semua. lia suka sangat dengan lirik lagu ni. Lagu ni tujukan dekat insan2 yang lia sayang. Akan ku simpan cinta ini selamanya untukmu walau pun kita x dapat bertemu di dunia yang fana ini namun aku yakin dan percaya cinta kita akan terus mekar dan bersatu di akhirat kelak.. ameen.. InsyaAllah. Ya Allah Kau kurniakanlah kepadaku seorang pendamping yang soleh dan jadikanlah cintanya kepadaMU melebihi segala apa yang ada di langit dan di bumi. Ya Allah kurniakan aku seseorang yang melabuhkan cintanya hanya padamu, kerana dengan MENCINTAIMU itu dia akan mencintaiku dengan sebaiknya.. Ameen.
Lirik Lagu OST Warkah Cinta Berbau Syurga :)
Sebuah jiwa terbentang seluas sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
Hanya kau ku sayang duhai bakal suamiku
Assalamualaikum wb.t semua. Harap semua sahabat2 berada dalam keadaan sihat sejahtera ye.. Selawat serta salam buat junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya dapat lagi kita menghirup nafas dan menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini. Okey ni sebenarnya lia baru balik dari program Skuad Penyayang, iaitu salah satu program under Persatuan Mahasiswa Hadhari Uitm Shah Alam. Sebelum tu, lia ada juga join iftar bersama sama dengan sahabat di Pusat Islam Uitm Shah Alam. Sungguh seronok rasanya dapat berbuka bersama sahabat2. Mungkin ini adalh iftar yang terakhir untuk sem ni. Sem depan InsyaAllah ada lagi.
Okey berbalik kepada post kali ini.. Siapa yang tengok cerita Warkah Cinta? cerita tu adalah antara cerita terbaik lakonan Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Lia suka sangat tengok diorang berlakon, memang sangat2 sweet kan. hanya siapa yg menonton cerita itu je yg mengetahui. Lakonan Imam Muda Nazrul dan juga Heliza sangat mantap. Tapi ending dia mengecewakan ramai pihak.. huhu tapi xpela nak buat camna kalau dah memang jalan cerita dia mcm tu. hehe kita yg jadi penonton ni kena redha je la menonton kan :)
Emm berbalik kepada soal hati,lia terpanggil untuk berbicara soal hati ini.. Ia nya bukan lah suatu perkara yang kita boleh main2. Ia melibatkan hati dan perasaan. Jadi andai kita benar2 sayangkan orang itu, jagalah hati nya sebaik baiknya, jangan pernah sakiti hati dia dan permainkan hati dan perasaan dia. Mungkin sesetengah lelaki menganggap hal ni perkara kecil dan dipandang remeh sahaja, padahal ia membawa maksud yg sangat mendalam kepada diri seorang insan yang bergelar wanita. Wanita ni jika dia betul2 sayangkan seorang lelaki itu, dia mengharap agar lelaki tersebut lah yang akan menjadi suami nya yang sah suatu hari nanti serta berharap dia akan menjadi bakal imam yang dapat membimbingnya untuk mendapat Redha Allah dan Syurga Allah. Dan cintaku ini hanyalah untuk insan yang sah telah bergelar SUAMIKU. hanya dia yang berhak mendapatkan cintaku. Jika dia benar2 ikhlas mencintaiku, aku berharap agar dia dapat bertemu dgn kedua ibu bapaku dan meminta izin mereka untuk melamarku, Aku mahu hubungan yang halal iaitu selepas akad nikah. Aku mahu cinta yang direhdai Allah, mudah mudahan ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta kami mendapat redha dan rahmat Allah dan semoga cinta kekal hingga ke syurga. Aku mahukan suami yg boleh membimbingku menjadi isteri yg solehah, dan sentiasa berada disisi ku selama mana kau memerlukannya. Aku masih setia menanti bakal imamku, aku berharap dikau sedang memperbaiki diri mu untuk menjadi lebih baik, bersama kita memperbaiki diri kita untuk menjadi yg soleh dan solehah. Semoga kita sentiasa sabar menanti jodoh kita, InsyaAllah bila sampai masa nanti pasti kita akan bertemu jua jika ditakdirkan ada jodoh di antara kita.
Akhir sekali, akan tetap ku setia menunggumu wahai bakal imamku. Akan ku jaga cinta ini hanya untukmu. Akan ku setia menunggumu jodohku walau apa pun jua yang berlaku andai kita ditakdirkan bersama aku kan setia menunggumu sehingga masa nya telah tiba. Aku berharap agar dikau sentiasa menjaga diri agar sempat kita bertemu untuk disatukan di dunia serta turut bersama meraih Syurga Allah di akhirat kelak. InsyaAllah. Hati ini ingin sekali meronta mengetahui siapa lah bakal imamku,tapi DIA telah mentakdirkan yang terbaik untukku. Cuma masa sahaja yang akan menentukannya. Bersabarlah duhai sayang, sesungguhnya aku amat merinduimu, bakal imamku yang akan memimipinku kelak. Ku berharap agar dikau jua sentiasa memohon agar jodoh kita sentiasa dipermudahkan olenNya.. Ameen. InshaAllah.. Sekian sahaja untuk kali ini, ada masa akan ku coret lagi buat titipan semua.. Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam.
Thursday, December 20, 2012
Mati itu suatu kepastian.
Assalamualaikum semua.. selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnianya dapat lagi kita mengecap nikmat Iman dan Islam iaitu nikmat yg paling besar dalam kehidupana kita.. bulan ni ada banyak sangat perkara yg saya telah lalui termasuk suka dan duka.. inilah hakikat kehidupan kita x boleh lari dari takdir Allah.. baru2 ini sahabat Allahyarhamah kak Nusrah telah kembali ke rahmatullah. Mari kita sama sama sedekahkan AL-Fatihah kepadanya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam kalangan orang2 yang beriman. Allah lebih menyanyanginya. Semoga arwah tenang di alam sana.
Cuba kita renung balik diri kita.. Sejauh mana kita persediaan kita untuk bertemu dengan pencipta kita iaitu Allah andai dijemput olehnya.. adakah kita sudah cukup bersedia dengan amalan seharian kita? Adakah semua itu sudah cukup sebagai bekalan kita di alam barzakh kelak.. cuba kita renung renungkan. Ajal itu tidak mengira usia sama ada kecil atau besar mahupun tua atau muda. Dan Allah juga merahsiakan tarikh kematian kita supaya kita sentiasa mengingati mati. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Jadi muhasabah balik diri kita, andai esok Allah telah memerintahkan malaikat jibril untuk dtg kencabut nyawa kita, adakah kita sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah. Cukupkah amalan kita selama ini, setandingkah dengan dosa yang kita lakukan sepanjang hidup di dunia ini.. sekdar perkongsian dari diri ini yang hina dan lemah. bersama kita perbaiki diri kita.. InsyaAllah di kesempatan yang ada ini, kita cuba untuk jadi yang terbaik, lakukan yg terbaik untuk diri kita semoga kita dapat2 sama2 mengecapi nikmat syurga itu yg cukup indah hingga tak dapat digambarkan. Jadilah seorang muslim yang diredhai Allah.. InsyaAllah..
Cuba kita renung balik diri kita.. Sejauh mana kita persediaan kita untuk bertemu dengan pencipta kita iaitu Allah andai dijemput olehnya.. adakah kita sudah cukup bersedia dengan amalan seharian kita? Adakah semua itu sudah cukup sebagai bekalan kita di alam barzakh kelak.. cuba kita renung renungkan. Ajal itu tidak mengira usia sama ada kecil atau besar mahupun tua atau muda. Dan Allah juga merahsiakan tarikh kematian kita supaya kita sentiasa mengingati mati. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Jadi muhasabah balik diri kita, andai esok Allah telah memerintahkan malaikat jibril untuk dtg kencabut nyawa kita, adakah kita sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah. Cukupkah amalan kita selama ini, setandingkah dengan dosa yang kita lakukan sepanjang hidup di dunia ini.. sekdar perkongsian dari diri ini yang hina dan lemah. bersama kita perbaiki diri kita.. InsyaAllah di kesempatan yang ada ini, kita cuba untuk jadi yang terbaik, lakukan yg terbaik untuk diri kita semoga kita dapat2 sama2 mengecapi nikmat syurga itu yg cukup indah hingga tak dapat digambarkan. Jadilah seorang muslim yang diredhai Allah.. InsyaAllah..
Tuesday, December 11, 2012
resepi durian crepe!
Assalmualaikum semua.. hari ni nak post pasal durian crepe. YA Allah teruja sgt rasa bila first time lia makan, memang sedap.. huhu nanti balik rumah nak try buat sendiri baru puas hati kan.. hehehe.. ni kat bawah resepi2 untuk menyediakan durian crepe tu.. jom ... :)
DURIAN CREPE
by: kak Fiza Nordin
Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen
Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.
RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.
250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.
ATAU BOLEH CUBA RESEPI YANG SATU LAGI NI YE :)
Bahan2 Crepe:
250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (suggest: warna kuning bru la ala2 isi durian)
Bahan2 Filling:
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek (Please jangan amik isi durian y keras..sungguh xbest nnt)
Cara-cara
1) Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
2) Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
3) Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
4) Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA SEMUA :)
Thursday, November 29, 2012
segala apa yang terkandung dalam AL QURAN adalah benar!
Al-Qur’an adalah mukjizat
Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang
diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah
Tuhan Yang Maha Agung dan berperanan menjadi pedoman dan memberi
peringatan kepada seluruh umat manusia. Penurunan Al-Qur’an kepada
Rasulullah S.A.W. merupakan mukjizat yang paling besar dan istimewa,
syumul serta sesuai bagi semua tempat dan keadaan sehingga akhir zaman.
Penurunan Al-Qur’an juga bermakna terbatalnya seluruh risalah atau
kitab-kitab terdahulu kerana segala-galanya sudah terkandung di dalam
Al-Qur’an.
Kewujudan Al-Qur’an di tengah-tengah
masyarakat Arab Jahiliyah yang kaya dengan seni sastera Arab dan
terkenal dengan ketinggian bahasanya telah dilumpuhkan oleh ketinggian
ilmu, mukjizat dan segala keistimewaan yang ada di dalam Al-Qur’an.
Mukjizat ini telah mencabar bangsa Arab pada masa tersebut untuk membawa
atau mencipta sebagaimana Al-Quran sebanyak sepuluh surah kemudian satu
surah, namun semuanya tidak mampu menandingi kehebatan Kalam Allah ini.
Perkara ini dijelaskan oleh Firman Allah S.W.T. dalam surah Hud ayat 13
yang maksudnya :
“Bahkan mereka mengatakan : “Mereka
telah membuat-buat Al-Qur’an itu”. Katakanlah : (Kalau demikian), maka
datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat menyamainya, dan panggillah
orang-orang yang sanggup kamu panggil selain Allah, jika kamu
benar-benar orang yang beriman”.
Seterusnya Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 38 yang maksudnya :
“Atau (patutkah) mereka mengatakan
“Muhammad membuat-buatnya”. Katakanlah : (Kalau benar yang kamu katakan
itu), maka cubalah datangkan sebuah surah yang seumpamanya dan
panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain
Allah, jika kamu orang-orang yang benar”.
Pernyataan-pernyataan yang terkandung di
dalam Al-Qur’an adalah mukjizat yang akan berkekalan sehingga hari
Kiamat, meliputi perkara akidah, syariah, akhlak, perkara-perkara ghaib,
sejarah nabi-nabi, asal-usul manusia, fenomena alam semesta dan
lain-lain lagi. Kemukjizatan Al-Qur’an ini menjadi satu bukti yang cukup
ampuh untuk menandingi apa jua bentuk perbandingan, sekaligus
membenarkan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dan menetapkan keyakinan
bahawa Al-Qur’an bukan kalam Nabi atau manusia bahkan ianya adalah Kalam
Tuhan Yang Maha Mulia.
Inilah kemukjizatan Al-Qur’an yang di
dalamnya terkandung seribu satu rahsia yang perlu diteroka, dikaji dan
dihayati oleh seluruh umat pada hari ini. Pedoman dan pengajaran yang
ditunjukkan oleh Al-Qur’an mampu menjadi cahaya petujuk yang akan
menerangi perjalanan hidup manusia menuju keredhaan Tuhannya.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 1-5 yang maksudnya :
“Alif Lam Mim. Kitab Al-Qur’an ini tidak
ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang
sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak
bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman pada perkara-perkara ghaib dan
mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman pada Kitab
Al-Qur’an yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab
yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan adanya hari
Akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk
daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya”.
Bentuk-bentuk kemukjizatan Al-Qur’an
Al-Qur’an merupakan Kalam Allah yang
tiada tolok bandingnya dengan mana-mana perkataan atau karangan manusia.
Kandungan Al-Qur’an mempunyai mukjizat dari lima dimensi yang berlainan
namun saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Bentuk-bentuk
kemukjizatan Al-Quran meliputi aspek :
• Bahasa
• Kejiwaan
• Sains
• Perundangan
• Perkhabaran tentang perkara ghaib
Penulisan ini hanya akan memfokuskan
pada satu dimensi sahaja iaitu dalam aspek perkhabaran tentang perkara
ghaib atau disebut sebagai al-ikhbar bi al-ghaybi yang diketengahkan
oleh Al-Qur’an sebagai satu bukti bahawa Al-Qur’an adalah mukjizat
terbesar yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W.,
pada masa yang sama menjadi dalil yang jelas terhadap kerasulan Baginda
S.A.W. dengan kekuatannya yang mencabar dan melemahkan para
penentangnya dari mana-mana zaman sekalipun.
Aspek perkhabaran tentang perkara ghaib
sangat mudah untuk difahami oleh masyarakat umum kerana tidak memerlukan
sebarang kemahiran bahasa atau ilmu kesasteraan yang mendalam. Ini
kerana kemukjizatan Al-Qur’an dari aspek perkhabaran tentang perkara
ghaib mampu untuk ditanggapi dan difahami hanya dengan menggunakan logik
akal yang mudah.
Paparan kehebatan dan kemukjizatan
Al-Qur’an seterusnya akan menolak segala prasangka dan tuduhan liar
terhadap Rasulullah S.A.W. sekaligus menetapkan keyakinan bahawa
Al-Qur’an adalah Kalam Allah dan apa jua yang bernama makhluk akan
selama-lamanya lemah, bahkan sentiasa berhajat pada petunjuk Al-Qur’an
untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kemukjizatan Al-Qur’an dari aspek perkhabaran perkara ghaib
Kemukjizatan Al-Qur’an jelas terpancar
melalui perkhabaran atau pemberitaannya tentang perkara-perkara ghaib.
Bentuk kemukjizatan seperti ini adalah di luar kemampuan akal pemikiran
manusia untuk menciptanya, namun dapat difahami dengan mudah apabila
dikhabarkan dengan jelas oleh Rasulullah S.A.W. melalui wahyu yang
diturunkan kepada Baginda. Gambaran tentang perkara ghaib yang
dirakamkan di dalam Al-Qur’an meliputi perkara ghaib masa lampau
(al-ghayb al-madi), perkara ghaib pada masa kini (al-ghayb al-hadir)dan
perkara ghaib pada masa akan datang (al-ghayb al-mustaqbal).
a) Perkara ghaib yang telah berlaku
Merupakan kisah-kisah sejarah lampau dan
kisah-kisah pada nabi terdahulu yang diceritakan oleh Al-Qur’an yang
lengkap dengan makluman serta penjelasan. Peristiwa tersebut adalah
benar dan bertepatan dengan apa yang berlaku sebagaimana tercatat dalam
lembaran sejarah manusia.
Selain dari itu, kategori ini juga
meliputi kisah umat terdahulu yang ditimpakan dengan azab seksaan kerana
telah mengingkari perintah Allah dan menolak dakwah Islam. Contohnya
kisah Firaun, Qarun, kaum ‘Ad, kaum Thamud dan kaum Nabi Lut. Pada masa
yang sama, Al-Qur’an juga memaparkan kisah orang-orang yang beriman dan
berpegang teguh dengan ajaran Islam. Contohnya kisah Maryam ibu Nabi
Isa, kisah Ashab al-Kahfi dan juga kisah nabi-nabi serta para rasul.
Bagi menjelaskan secara lebih terperinci
kemukjizatan Al-Qur’an dari aspek perkara ghaib yang telah berlaku,
beberapa contoh kisah yang dirakamkan dalam Al-Qur’an akan dikemukakan
seperti berikut ;
1. Kisah Nabi Yusuf
Kisah ini terdapat di dalam surah Yusuf
yang bermula dari ayat 4 sehingga ayat 110 yang mana merupakan kisah
yang terpanjang yang diceritakan di dalam Al-Qur’an dalam satu surah.
Hampir keseluruhan surah ini menceritakan kisah Nabi Yusuf yang telah
mengalami pelbagai penderitaan dan menempuh pelbagai cabaran tetapi
akhirnya selamat dan sejahtera dengan keberkatan sifat sabar, jujur dan
iman yang kental kepada Allah S.W.T.
Al-Qur’an menceritakan kisah Nabi Yusuf
bermula dengan keadaan baginda semasa kecil lagi dengan firmanNya dalam
surah Yusuf ayat 4 yang maksudnya :
“(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf
berkata kepada bapanya : “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka
tunduk memberi hormat kepadaku”
Dikisahkan lagi bahawa Nabi Yusuf telah
dianiaya oleh saudara-saudaranya. Baginda pernah dibuang ke dalam
perigi, dijual sebagai hamba dan dibeli oleh seorang pegawai tinggi di
Mesir. Apabila meningkat dewasa menjadi seorang lelaki yang sangat
tampan, baginda telah terlibat dalam fitnah dengan Zulaikha yang telah
jatuh cinta kepadanya sehingga mengakibatkan baginda telah dipenjarakan.
Namun kebolehan dan kemahiran menta’bir mimpi yang dimiliki,
membolehkan baginda dibebaskan dan mendapat kedudukan yang tinggi
sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri.
Kemudian diceritakan mengenai pertemuan
Nabi Yusuf dengan bapanya iaitu Nabi Yaakub setelah terpisah sekian
lama. Kisah ini berakhir dengan doa Nabi Yusuf sebagaimana firman Allah
dalam surah Yusuf ayat 101 yang maksudnya :
“Wahai Tuhanku. Sesungguhnya Engkau
telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan
mengajarku sebahagian dari ilmu ta’bir mimpi. Wahai Tuhan yang
menciptakan langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia
dan di akhirat, sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
2. Kisah Firaun
Kisah Firaun dan perlakuannya yang
mengingkari perintah Allah S.W.T. telah diceritakan dalam Al-Qur’an
antaranya dalam surah Al-A’raaf ayat 103-141, surah Al-Anfaal ayat
52-54, surah As-Syuaraa’ ayat 11-68 dan surah Ghaafir ayat 24-46.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 54 yang maksudnya :
“(Keadaan mereka) samalah seperti
keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka.
Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka
dengan sebab dosa-dosa mereka dan Kami tenggelamkan Firaun serta
pengikut-pengikutnya (di laut) kerana kesemuanya adalah orang-orang yang
zalim”.
Allah S.W.T. telah membalas perbuatan
Firaun dengan menenggelamkannya dengan para pengikut di Laut Merah
semasa mereka sedang mengejar Nabi Musa.
Kebenaran Al-Qur’an juga terbukti kepada
sesiapa yang mencari kebenaran. Sebagai contoh, seorang pakar perubatan
dari negara Perancis bernama Profesor Maurice Bucaille telah menerima
cahaya hidayah dan memeluk Islam setelah menemui kebenaran Al-Qur’an
apabila melakukan uji kaji terhadap mumia Firaun yang dikatakan telah
tenggelam di laut namun jasadnya masih kekal hingga sekarang sebagai
peringatan dan pengajaran untuk umat akhir zaman.
b) Perkara ghaib yang sedang berlaku
Merupakan perkhabaran dan penjelasan
oleh Al-Qur’an tentang kewujudan-kewujudan yang ada pada masa kini yang
tidak dapat dilihat oleh manusia. Skopnya meliputi kewujudan perkara
ghaib seperti malaikat, jin, syaitan, syurga, neraka dan lain-lain lagi.
Termasuk juga dalam kategori ini ialah pembongkaran Al-Qur’an mengenai
pakatan jahat dan konspirasi golongan Musyrikin terhadap Rasulullah
S.A.W. dan ajaran Islam itu sendiri.
Secara umumnya, perkhabaran ghaib tentang perkara yang sedang berlaku boleh dipecahkan pada dua bahagian :
1. Alam-alam ghaib yang
wujud tetapi tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia dan
mereka tidak dapat berinteraksi dengan alam tersebut melalui pancaindera
yang dimiliki.
i) Zat Allah S.W.T. itu sendiri
Kewujudan Allah S.W.T. adalah salah satu
dari perkara ghaib kerana iaNya tidak dapat dilihat dengan pandangan
mata kasar manusia di dunia ini. Menyentuh perkara ini, Al-Qur’an sangat
banyak membicarakan mengenai Allah dan zatNya yang meliputi nama-nama
Allah atau Asma’ al-Husna, sifat-sifatNya yang sempurna dan
perbuatan-perbuatanNya yang mulia. Allah S.W.T. turut mengingatkan
manusia sebagai hambaNya agar tidak memikirkan tentang zatNya tetapi
menggesa supaya manusia memerhatikan pada sifat-sifat Allah dan juga
makhluk ciptaanNya.
ii) Alam malaikat
Para malaikat wujud pada alam realiti
yang khusus untuk mereka yang berbeza dengan alam manusia yang bersifat
material dan boleh ditanggapi melalui pancaindera. Oleh itu, para
malaikat dinisbahkan wujud di alam ghaib pada masa kini atau perkara
ghaib yang sedang berlaku. Al-Qur’an menyifatkan para malaikat adalah
makhluk yang tidak bersifat fizikal yang dikurniakan dengan kehidupan,
percakapan dan akal. Mereka tidak berehat, tidak makan dan tidak juga
membiak. Mereka patuh dan tidak pernah ingkar pada apa jua perintah
Allah.
iii) Alam jin dan syaitan
Kewujudan jin dan syaitan juga dianggap
kewujudan di alam ghaib yang sedang berlaku kerana manusia tidak dapat
melihat mereka melainkan orang-orang tertentu sahaja yang diizinkan oleh
Allah S.W.T. untuk berbuat demikian. Al-Qur’an telah mengkhabarkan
mengenai jin dan syaitan dari aspek unsur-unsur penciptaan mereka,
kekufuran syaitan dan permusuhan mereka dengan manusia, senjata-senjata
yang digunakan oleh syaitan untuk memerangi manusia dan cara-cara untuk
menghadapi syaitan itu sendiri. Dalam surah Al-Jinn pula dibincangkan
secara khusus berkaitan sekumpulan jin yang mencuri dengar bacaan
Al-Qur’an yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. dan mereka juga
mengintip rahsia langit.
iv) Syurga dan neraka
Syurga dan neraka adalah dua makhluk
diciptaan Allah S.W.T. yang setia menanti para penghuninya. Syurga
dinyatakan dalam Al-Qur’an sebagai “kediaman damai” yang merupakan
ganjaran daripada Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya yang beriman dan
bertaqwa. Neraka pula dinyatakan sebagai tempat menakutkan yang tidak
mampu digambarkan oleh khayalan manusia.
v) Kematian, alam barzah dan alam kubur
Al-Qur’an juga menerangkan mengenai
gejala-gejala yang berlaku apabila tiba saat kematian. Dikhabarkan juga
mengenai alam barzah dan alam kubur. Proses kematian digambarkan dalam
Al-Quran sebagai proses yang berlaku secara beransur-ansur di seluruh
jasad. Tidak ada seorang pun di kalangan manusia mampu meletakkan
kembali jiwa agar bersatu semula dengan jasad apabila telah sampai ajal.
2. Konspirasi atau pakatan
jahat pihak Musyrikin dan golongan Munafik terhadap Rasulullah S.A.W.,
kaum Muslimin dan juga agama Islam itu sendiri.
Al-Qur’an telah membongkar sikap
golongan Munafik yang merancang untuk mengganggu dan menyakiti kaum
Muslimin. Allah S.W.T. telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W.
mengkhabarkan segala perancangan yang telah mereka sepakati. Di sinilah
letaknya kehebatan Al-Qur’an dan golongan musuh Islam sangat takjub
dengan pembongkaran ini. Ia dianggap sebagai perkhabaran tentang perkara
ghaib yang sedang berlaku kerana dinisbahkan kepada zaman Rasulullah
S.A.W. dan para sahabat.
Al-Qur’an mendedahkan rahsia mereka yang
berpura-pura Islam pada zahirnya, namun mereka sebenarnya tetap kafir
di dalam hati. Sikap golongan Munafik ini dinyatakan secara jelas dalam
surah At-Taubah ayat 64-66 yang maksudnya :
“Orang-orang Munafik itu takut kalau
diturunkan satu surah Al-Qur’an yang menerangkan kepada mereka (dan
kepada ramai) akan apa yang ada di dalam hati mereka dari (kekufuran).
Katakanlah :”Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya
Al-Qur’an akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk
pengetahuan ramai)”. Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang
ejekan-ejekan itu), tentulah mereka akan menjawab “Sesungguhnya kami
hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah : “Patutkah nama Allah
dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”.
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana
sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami
maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan
menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus
bersalah”.
Dalam surah At-Taubah juga ayat 107-108,
Al-Qur’an telah mendedahkan niat sebenar kaum Munafik dalam pembinaan
Masjid Dhirar yang hanya berdasarkan kekufuran dan bertujuan untuk
memecah belah berpaduan kaum Muslimin. Lalu malaikat Jibril datang
membawa berita kepada Rasulullah S.A.W. mengenai masjid tersebut dan
tujuan pembinaannya. Dalam perjalanan pulang dari peperangan Tabuk ke
Madinah, Baginda S.A.W. telah memerintahkan masjid tersebut dirobohkan.
Al-Qur’an juga telah mendedahkan
konspirasi jahat untuk cuba membunuh Rasulullah S.A.W. semasa dalam
perjalanan pulang dari peperangan Tabuk. Peristiwa ini dirakamkan dalam
surah At-Taubah ayat 74 yang maksudnya :
“Mereka bersumpah dengan nama Allah,
bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal
sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula
menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk
melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu
membunuhmu). Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan
setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah
kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan
dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan
mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di muka bumi ini yang akan
menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong”.
c) Perkara ghaib pada masa akan datang
Merupakan perkhabaran mengenai
perkara-perkara ghaib yang akan berlaku pada masa akan datang dan ianya
benar-benar berlaku apabila tiba masanya. Peristiwa-peristiwa yang
dikhabarkan ini hanya dapat diketahui oleh Allah S.W.T. sahaja dan tidak
mungkin bagi akal manusia untuk menanggapi atau mengetahuinya.
Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menyatakan bahawa Baginda tidak
mengetahui apa-apa pun mengenai perkara-perkara ghaib melainkan setelah
dikhabarkan oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan kepada Baginda
S.A.W.
Al-Qur’an membentangkan perkara atau
peristiwa yang bakal terjadi merangkumi masa depan Islam yang
dikhabarkan gemilang, jaminan bahawa Nabi S.A.W. tidak akan terbunuh dan
akan dipelihara dari tangan-tangan jahat manusia, Al-Qur’an akan
selama-lamanya terpelihara dan lemahnya manusia untuk menentang
Al-Qur’an, kejayaan kaum Muslimin memasuki Kota Mekah, kemenangan Rom ke
atas Parsi dan berakhirnya riwayat musuh-musuh Islam dalam kekufuran.
1. Perkhabaran tentang masa depan Islam, Rasulullah dan Al-Qur’an
Al-Qur’an telah mengkhabarkan kemenangan
yang akan dicapai oleh umat Islam walaupun pada masa diturunkan ayat
mengenai perkhabaran ini, umat Islam berada pada tahap yang masih lemah
kerana Rasulullah S.A.W. sendiri menerima pelbagai tekanan begitu juga
dengan kaum Muslimin yang sentiasa disakiti oleh puak Musyrikin.
Al-Quran turut menyatakan kemenangan
Rasulullah S.A.W. dalam menghadapi musuh dan membawa dakwah untuk
menzahirkan kebenaran agama Islam secara syumul. Kemenangan Islam adalah
dengan tersebarnya ajaran suci ini ke seluruh pelusuk dunia sebagaimana
yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah ayat
32-33 yang maksudnya:
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah
(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak mengkehendaki
melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang Kafir tidak
suka (akan demikian). Dialah yang mengutus RasulNya (Muhammad) dengan
membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan
dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang
Musyrik tidak menyukainya”.
Allah S.W.T. juga menjamin bahawa
Al-Qur’an akan terpelihara yang mana tidak ada suatu kekuatan pun yang
mampu menghapuskannya dari muka bumi ini. Allah S.W.T. berfirman dalam
surah Al-Hijr ayat 9 yang maksudnya :
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami akan memeliharanya”.
Begitu juga dengan diri Rasulullah
S.A.W. yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. tidak akan terbunuh dan
akan terpelihara dari tangan-tangan jahat manusia yang berniat tidak
baik. Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 67 yang
maksudnya :
“….. dan Allah S.W.T. akan memelihara kamu (dari pembunuhan dan penganiayaan manusia)…..”.
2. Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 43-45 yang maksudnya :
“Adakah orang-orang Kafir kamu (wahai kaum Musyrik Mekah) lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum Kafir yang tersebut itu ? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam kitab-kitab suci tentang kebebasan kamu (dari azab) ? (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: “Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri”. Kumpulan mereka yang bersatu sudah tentu dapat dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling lari”.
“Adakah orang-orang Kafir kamu (wahai kaum Musyrik Mekah) lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum Kafir yang tersebut itu ? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam kitab-kitab suci tentang kebebasan kamu (dari azab) ? (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: “Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri”. Kumpulan mereka yang bersatu sudah tentu dapat dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling lari”.
Ketika surah Al-Qamar ini diturunkan,
jumlah kaum Muslimin pada saat itu masih terlalu sedikit serta masih
belum memiliki kekuatan yang padu sehingga Saidina Umar Al-Khattab
sendiri merasa hairan lalu berkata : “Pasukan manakah yang diberitakan
Al-Qur’an dapat kita kalahkan, sedang kita melindungi diri sendiri
sahaja tidak mampu”.
Pemberitahuan kemenangan ini disokong pula oleh satu ayat lain iaitu ayat 9 dari surah Al-Anfal yang maksudnya :
“Ingatlah ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu : “Sesungguhnya
Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat
yang datang berturut-turut”.
Demikianlah Al-Qur’an mengkhabarkan
mereka bahawa kaum Muslimin akan menang dan pasukan dari Mekah yang
keluar menyerbu kaum Muslimin akan kalah dan melarikan diri. Siapakah
yang dapat menceritakan hal yang sedemikian itu kalau bukan Allah S.W.T.
yang Maha Berkuasa ? Ternyata apa yang telah dikhabarkan benar-benar
berlaku tepat sebagaimana yang disebut di dalam Al-Qur’an.
3. Perkhabaran mengenai kemenangan Rom ke atas Parsi
Berita kemenangan tersebut telah dinyatakan dalam surah Rum ayat 1-6 yang maksudnya :
“Alif Lam Mim, telah dikalahkan bangsa
Romawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan akan
menang, dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allahlah urusan sebelum dan
sesudah (mereka menang) dan di hari (kemenangan bangsa Romawi) itu
bergembiralah orang-orang yang beriman. Dengan kemenangan yang diberi
oleh Allah, ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dialah jua yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani. Demikianlah
dijanjikan Allah, Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.
Dalam satu peperangan, tentera Rom telah
dikalahkan oleh tentera Parsi. Peristiwa ini telah menyebabkan kaum
Musyrikin Mekah bergembira kerana menganggap kemenangan tersebut adalah
kemenangan mereka juga. Sebaliknya kaum Muslimin berdukacita kerana
merasakan bahawa keimanan telah dikalahkan. Ini kerana orang-orang Rom
adalah ahli kitab manakala orang-orang Parsi adalah orang Majusi
penyembah api.
Kemudian turun ayat tersebut yang
menerangkan bahawa meskipun orang-orang Rom telah tewas tetapi mereka
akan menang dalam beberapa tahun lagi. Maka kaum Muslimin kembali
gembira apabila mendengar perkhabaran ini dan kira-kira sembilan tahun
kemudian, Rom telah berjaya mengalahkan Parsi. Maka terbuktilah
kebenaran perkhabaran yang diceritakan oleh Al-Qur’an.
4. Perkhabaran tentang musuh Allah
Ayat-ayat Al-Qur’an banyak menjelaskan
tentang azab yang ditimpakan kepada para pembesar Quraisy yang memusuhi
Allah dan RasulNya. Sedangkan telah berkali-kali Rasulullah S.A.W.
menyeru mereka agar menerima Islam sebagai pegangan hidup. Namun mereka
bukan hanya menolak seruan dakwah tersebut, malahan menentang Rasulullah
S.A.W.
Berikut dibawakan beberapa perkhabaran
mengenai pemuka Quraisy yang menerima azab Allah S.W.T. dan mati dalam
keadaan kufur kerana keangkuhan mereka sendiri.
i) Kebinasaan Abu Lahab
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Masad ayat 1-5 yang maksudnya :
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab,
dan binasalah ia bersama. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak
dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak
menjulang. Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api.
Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal”.
ii) Kebinasaan Abu Jahal
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 43-49 yang maksudnya :
“(Ingatlah) sesungguhnya pokok Zaqqum,
(buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut,
seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan
kepada malaikat penjaga neraka) : “Renggutlah orang yang berdosa itu dan
seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian curahkanlah di atas
kepalanya azab seksa dari air panas yang menggelegak”. (Serta dikatakan
kepadanya secara mengejek) “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah
orang yang berpengaruh dan terhormat dalam kalangan masyarakatmu”.
iii) Kebinasaan Al-Akhnas bin Syuraikh
Kisahnya dinyatakan dalam firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Humazah ayat 1 – 4 yang maksudnya :
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap
pencaci, pengeji. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung
kekayaannya. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya
(dalam dunia ini). Tidak, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam
al-Hutamah”.
Demikianlah kemukjizatan Al-Qur’an dalam
membawa perkhabaran tentang perkara yang akan datang terutamanya
penjelasan Al-Qur’an tentang nasib yang akan menimpa musuh-musuh Islam.
Kepentingan menghayati Al-Qur’an sebagai mukjizat
Jelaslah kepada kita bahawa dalam
ketiga-tiga aspek kemukjizatan Al-Qur’an yang membawa perkhabaran
tentang perkara ghaib, manusia tidak mampu untuk mengetahui perkara yang
telah berlaku pada masa lepas, pada masa kini apatah lagi perkara yang
akan berlaku pada masa hadapan. Manusia sebagai makhluk sangat lemah
untuk mengetahui perkara-perkara ghaib berbanding dengan pengetahuan
Allah S.W.T. sebagai Pencipta yang mempunyai sifat Maha Mengetahui.
Kesemua ini menjadi suatu dalil yang
jelas bahawa Al-Qur’an adalah mukjizat yang di dalamnya terkandung
dustur Ilahi iaitu perlembagaan dan panduan hidup manusia yang
melangkaui batas pemikiran manusia dan tidak dapat disangkal
selama-lamanya oleh mana-mana individu sekalipun. Justeru, kemukjizatan
Al-Qur’an bukan hanya membenarkan kenabian Rasulullah S.A.W., bahkan
ianya sekaligus menetapkan suatu kenyataan bahawa Al-Qur’an datangnya
dari Allah. Maka Allahlah Tuhan Yang Maha Berkuasa yang selayaknya
disembah oleh semua makhluk.
Suatu hakikat yang sering dilupakan
dalam kerancakan manusia mencipta dan menemui sesuatu yang baru pada
alaf ini ialah mereka sebenarnya kosong dari segala pengetahuan
melainkan dengan meneliti dan dan membongkar khazanah kitab suci
Al-Qur’an. Kehebatan tokoh-tokoh silam umpamanya adalah kerana mereka
mengkaji dan menguasai ilmu yang terkandung di dalam Al-Qur’an, selain
dari sifat rendah hati apabila berhadapan dengan kenyataan-kenyataan di
dalam Al-Qur’an.
Kefahaman yang mendalam mengenai
kemukjizatan Al-Qur’an sangat releven pada masa sekarang bagi memudahkan
kita menghayati dan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan
segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Kepatuhan dan ketaatan yang berlandaskan
pada kefahaman yang tepat dan penghayatan yang mendalam akan melahirkan
individu-individu yang mampu membentuk masyarakat contoh atau ummah
terbaik sebagaimana yang disarankan oleh agama Islam.
Wallahu’alam…. via blog ni..sila ke sini untuk lebih info :)
Saturday, November 17, 2012
SPECIAL BUAT KAUM HAWA :) PENTING!!!!!
Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada.
Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.
Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”
Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas.
Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.
Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya.
Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu.
Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
etapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka..
Atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak.
Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri.
Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.
P/s: Renung-renungkanlah wahai wanita yang amatku sayang. Jangan jadikan fesyen zaman sekarang sehingga menyebabkan maruah anda sendiri yang tergadai.. :) .sekadar perkongsian di FB
Musuh Allah tetap mengganas!
21 Ogos adalah hari Quds Sedunia. Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin tetap di dalam hati. Masjid kedua selepas Masjid al-Haram di Mekah, qiblat yang pertama dan tanah haram ketiga yang suci.
Kedatangannya tahun ini 1433H/2012M beriringan dengan Eid al-Fitr selepas Ramadhan. Ramadhan ialah bulan jihad. Bumi Quds juga akan menjadi bumi jihad sepanjang sejarah. Semenjak dahulu sehingga ke akhir zaman, ia menyaksikan pelbagai pertarungan. Pertarungan sengit antara Dajjal dan Nabi Isa juga akan berlaku di perkampungan Bait al-Lud di Bait al-Maqdis. Kawasan sekitarnya iaitu Syria sedang sengit bergolak. Nabi Isa akan turun di timur Damsyik menurut hadis akhir zaman.
Quds sebenarnya sedang di’Yahudi’kan. Pelbagai aktiviti yang mengancam al-Masjid al-Aqsa sedang dilakukan. Sheikh Dr Muhammad Mahmud Siyam yang berkunjung ke Terengganu 29 Ogos 2010 menceritakan tentang isu ini. mengyahudikan Quds (370)
Sheikh Khalil Ismail Hayya, ketua WHIP HAMAS juga pernah mengingatkan umat Islam dengan ucapan di bawah mengenai Palestin:
Pesanan untuk umat Islam di Malaysia
.
.
Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.
.
.
Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
.
Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadum yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemulian dan bukti yang kami ingin bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami.
.
Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, seperti mana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha PENDIDIKAN, DAKWAH, TARBIAH, dan KEBAJIKAN menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
.
Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semua umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
.
Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
.
Setelah hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahka satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu POLITIK PEMERINTAHAN. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.
.
Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan FIKRAH dan AKIDAH yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan MANHAJ atau TUJUAN yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS ialah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar akan perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarkannya?
.
Umat Islam di Malaysia sekalian! Menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.
.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap penganguran mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan Parlimen kami di Gaza hampir-hampir dibatalakan kerana kekurangan kertas.
.
Mengapa semua ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis, AS dan EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
.
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang disepertujui oleh kerajaan sebelum ini.
.
Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seAkidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami juga yakin saudara seAkidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada regin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?
.
.
Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunya dua pilihan. PERTAMANYA, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang KEDUA adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat Palestin hanya mampu bertahan selama enam bulan,. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkan saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
.
Umat Islam di Malaysia sekalian! Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.
.
Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.
.
Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapakn saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.
.
Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.
.
Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalain. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.
.
Allahu Akbar!
.
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin
14 Mei 2006
.
Tambahan: Mengapa 21 Ogos?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).
Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.
Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.
Yahudi kemudian membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras. Dengan itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.
Justru, ketibaan 21 Ogos ini terus mengingatkan umat Islam tentang kejahatan Yahudi dan konspirasi berterusan mereka terhadap umat Islam. Semarakkan isu ini untuk sentiasa mengangkat kesedaran umat tentang bumi yang sentiasa panas ini dan memanaskan jiwa jihad di kalangan umat Islam.
dipetik dari blog ustaz nik nasri
Subscribe to:
Posts (Atom)