1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”
1 comment:
semoga saya dan kamo mendapat keredhaan dan kemudahan daripadaNya untuk kekal berada dijalanNya. amin.
Post a Comment