Asssalamualaikum w.b.t
Terdetik hatiku saat ini untuk berbicara soal jodoh sedang waktu tatkala kebanyakan remaja masing-masing bersama dengan kekasih hati yang masih lagi belum halal buat mereka. Pernahkah mereka terfikir bahawa lelaki atau perempuan yang mereka cintai itu belum tentu akan jadi suami atau isteri mereka kelak kerana Allah maha mengetahui dan jodoh telah ditentukanNya. Alangkah indahnya jika kita mengetahui jodoh kita jadi kita tak perlu tercari cari insan istimewa yang bakal mengharungi susah senang bersama kita dan seterusnya melayari bahtera kehidupan bersama-sama.
Ya allah kenapa hati ini seringkali lemah terhadap ujian dan cubaan dunia. Namun ada hikmahNya Allah merahsiakan bakal pasangan hidup kita sehingga waktunya telah tiba kelak. Ya allah soal jodoh sering bermain di fikiranku,siapakah jodohku..? aku hanya berserah padamu.. Ya allah kau permudahkanlah jodohku.. Pernah suatu ketika dahulu aku menyayangi seorang insan yang bernama lelaki. Cukuplah Ya allah dengan kau memberiku merasa nikmat cinta yang sementara, ia amat menyakitkan.. Dulu dia telah menyerahkan cintanya sepenuh hati kepadaku sehingga aku tertarik kepada keikhlasannya. Dialah yang mengajarku erti bahagia dan dialah yang mengajarku erti derita kerana di saat dia ucapkan kalimah aku cinta padamu aku rasa sangat bahagia ketika itu, aku terlalu menyanyanginya sehinggakan apabila dia memutuskan untuk tidak berhubungan lagi denganku aku merasa sangat sedih, aku tidak boleh terima tu semua. Dia mengatakan bahawa segala kata-kata cinta yang diucapkan selama ini terhadapku hanyalah dusta semata-mata. Tapi aku tidak percaya itu semua,mungkin itu salah satu cara untuk membuatkan aku segera melupakannya. Aku tahu dia betul-betul ikhlas dan jujur terhadap aku dan mencintaiku. Aku tahu dia bukan jenis lelaki yang penipu dan menyakiti hati perempuan sewenang-wenangnya. Aku belajar banyak benda darinya. Erm aku akui kadang - kadang aku masih tidak dapat melupakannya, bayangnya sering menghantui diriku.. mungkin rasa ini takkan pernah hilang, tapi ku harap biarlah ia berkurang dari hari ke sehari. Aku ingin benar melupakannya Ya allah. Terima kasih kerana kau telah memberi aku merasa nikmat bahagia walaupun sementara semasa aku mengenalinya. Segala janji manis yang pernah diungkapkannya dulu seringkali terngiang di cuping telingaku. Ya Allah bagaimana aku ingin melupakannya Ya Allah.. Kau berikanlah aku petunjuk.
Aku pasarah padaMU Ya allah.. Aku perlukan cintaMu dalam menemukan cinta sejatiku.. Jika benar dia jodohku maka kau satukanlah hatinya dengan hatiku. Tapi jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu.
Doa seorang kekasih
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Sekian luahan hati yang tulus ikhlas dari saya dayana batrisya ~
Wassalam ~
6 comments:
Manusia terpedaya dengan dunia kerana mereka hanya melihat ganjaran dunia. Mereka tidak tahu ganjaran di akhirat lebih kekal
entah2 dia dah mati, tiada guna mengenang barang yang sudah tiada, Allah itu cinta hakiki. Biar lantang asalkan tidak melayang harga diri.
salam,sy nk copy utk rujukan assignment..trima kasseh =)
puisi yang bagus... kamu cantik juga.. :)
www.jellygamat.biz
Assalamualaikum saudari,
saya doakan saudari dapat yg lebih baik daripada 'lelaki itu'..
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
Salam ukhwah dari saya buat saudari. :)
insyaAllah..doakan yang terbaik ea untuk saya :)
Post a Comment