Assalamualaikum
Ke hadapan awak yang saya ingat selalu.
Di saat awak baca surat ini mungkin saya dah tak ada kat bumi Tuhan lagi. Saya telah pergi menghadap DIA. Waktu saya sudah sampai. Tapi, sebelum itu saya telah amanahkan pemberi surat ini untuk titipkan surat ini untul awak. Maafkan saya andainya surat ini mengganggu hidup awak.
Tujuan saya menulis surat ini cuma satu. Saya nak awak tahu yang saya tak pernah berhenti mencintai awak. Meski saya tahu yang saya dah tak ada dalam hati awak, saya tak pernah menyesal membawa rasa cinta ini meski ke akhir deru nafas saya. Awak yang terbaik pernah saya ada. Awak yang sempurnakan saya dalam saat saya meniti hari terakhir saya. Awak buat saya rasa hidup. Terima kasih awak. Terima kasih untuk kenangan itu.
Saya harap awak halalkan segalanya selama saya bersama awak. Saya tak salahkan awak atas perpisahan kita. Perkata itu berlaku kerana kelemahan dan kekurangan saya. Saya sering ingin disempurnakan tapi tak pernah menyempurnakan awak. Saya doakan awak bertemu cinta sejati awak. Doakan kebahagiaan saya di alam sana.
Saya cintakan awak. Selamanya,
No comments:
Post a Comment