Photobucket

cute followers

Sunday, May 1, 2011

Tujuan Kau dan Aku berkahwin

1.      Untuk meneruskan wujudnya keturunan manusia.
Firman Allah, maksudnya :

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu diperkembang-biakkan daripada keduanya lelaki dan wanita yang ramai”.


2.      Pemeliharaan terhadap keturunan
Dengan perkahwinan manusia dapat menentukan zuriat dan keturunannya dan mempunyai harga diri.  Tanpa perkahwinan tentulah sesebuah masyarakat itu akan jadi porak peranda.

3.      Menjaga masyarakat dari sifat yang tidak bermoral
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :

“Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.  Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara  kemaluan.  Tetapi  barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”

4.      Menjaga ketenteraman jiwa
Firman Allah, maksudnya :

“Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu  pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal  itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir.

5.      Memberi perlindungan kepada anak yang dilahirkan
Perkahwinan menjamin keselamatan kanak-kanak. Tanpa ikatan perkahwinan seseorang boleh mengelakkan diri dari menjaga kebajikan seseorang anak.  Oleh kerana itu akan lahirlah masyarakat kucar-kacir dan terbiar.

Untuk menjamin kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga suami isteri hendaklah memahami tujuan perkahwinan dan juga mengetahui dengan jelas tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...