cute followers

Tuesday, January 15, 2013

Hakikat Pertunangan..


Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.

Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?

Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan “booking kereta” sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di showroom kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 - RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.

Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam showroom, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan.

Walau bagaimanapun untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.

Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar injen sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.

Bayangkan kalau baru booking kereta, sudah begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.

Sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan. Antaranya ialah:

1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.

2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.

3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.

4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.

5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.

Syariat Dipertahankan Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar.

Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.

Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.

Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.



Monday, January 14, 2013

Wanita Solehah Itu Adalah Yang Terbaik Untuk Lelaki


Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.


Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW mengenai ayat 34 surah al Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat, maka sebahagian para sahabat berkata "Telah ada ayat yang turun mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain  yang lebih utama maka kami akan mengambilnya". Rasulullah bersabda : "Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri mukminah yang mengukuhkan iman suaminya".

Rasulullah SAW bersabda : "Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertaqwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah".




Rasulullah SAW juga bersabda : "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah"


Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita solehah : "Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan baik".


Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu kahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain)."


Jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh kaum muslimat tentang jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu : "Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).

Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah SAW. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Sayyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha'labah.
Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.


Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.

Bila MALU itu Sudah Tidak Wujud Dalam Diri


Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah,

di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.


Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Sunday, January 13, 2013

taubat nasuha


TAUBAT NASUHA

Manusia diberi kesempatan utk memperbaiki diri. Iaitu dgn bertaubat dari perbuatan2 yg boleh memasukkannya ke dalam neraka. Taubat yg dilakukan haruslah total, yg dikenal dgn taubat nasuha.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Setiap anak Adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik2nya org yg bersalah adalah bertaubat”
HR At Tirmidzi no. 2499 dan dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al Jami’ Ash Shaghir, no:4391.

“Seandainya hamba2 Allah tidak ada yg berbuat dosa, tentulah Allah akan menciptakan makhluk lain yg berbuat dosa kemudian mengampuni mereka”
HR Al Hakim, hal 4/246 dan disahihkan oleh al Albani dalam Silsilah Shahihah, no:967.

Dengan bertaubat, kita dapat membersihkan hati dari noda yg mengotorinya. Sebab dosa menodai hati, dan membersihkannya merupakan KEWAJIPAN.


Rasulullah bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya seorg mukmin bila berbuat dosa, maka akan (timbul) sati titik noda hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, meninggalkan (perbuatan tersebut) dan memohon keampunan (kepada Allah), maka hatinya kembali bersih. Tetapi bila menambah (perbuatan dosa), maka bertambahlah noda hitam tersebut sampai memenuhi hatinya. Maka itulah ar raan (penutup hati) yg telah disebutkan Allah dalam firmanNya yg bermaksud:

“Sekali2 tidak (demikian), sebenarnya apa yg selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” Q.S Al Muthaffifin:14
HR Ibnu Majah, no: 4244.

Allah juga menganjurkan kita utk segera bertaubat dan beristighfar. Allah berfirman maksudnya:

“Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bg mereka, dan adalah lebih baik bg mereka, dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dgn azab yg pedih di dunia  dan di akhirat; dan mereka sekali2 tidak mempunyai penolong di muka bumi”
Q.S At Taubah:74.

Rasulullah sendiri banyak bertaubat  dan beristighfar, sehingga para sahabat menghitungnya sebanyak lebih 100 kali dalam satu majlis, sebagaimana Nafi’ Ibnu Umar telah menyatakan:

Maksudnya:
“Ibnu Umar pernah menghitung (bacaan istighfar) Rasulullah s.a.w dalam suatu majlis sebelum bangkit 100 kali, (yg berbunyi): “Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun”
HR At Tirmidzi, no: 3434.

PENGERTIAN TAUBAT NASUHA

TAUBAT NASUHA ialah kembalinya seseorg hamba kpd Allah dari dosa yg pernah dilakukannya, baik sengaja ataupun kerana ketidaktahuannya, dgn jujur, ikhlas, kuat dan didokong dgn ketaatan2 yg mengangkat seorg hamba mencapai kedudukan para wali Allah yg muttaqin (bertaqwa) dan (ketaatan) yg dapat menjadi pelindung dirinya dari syaitan.

HUKUM ANJURAN TAUBAT NASUHA

Hukum taubat nasuha adalah FARDHU ‘AIN (menjadi kewajipan setiap individu) atas setiap muslim. Dalilnya:

1. Firman Allah swt yg bermaksud:
“Dan bertaubatlah kpd Allah, hai org2 yg beriman supaya kamu beruntung”
Q.S. An Nuur:31.

“Hai org2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dgn taubat yg semurni2nya”
Q.S. At Tahrim:8.

2. Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
“Wahai kaum mukminin. Bertaubatlah kepada Allah, kerana aku juga bertaubat kpd Allah sehari 100 kali”
HR Muslim (17/24) dgn Syarh Nawawi, dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar.

3. Imam al Qurthubi menyatakan:
“(Para ulama) umat telah ijma’ (bersepakat) bahawa hukum bertaubat adalah fardhu (wajib) atas seluruh mukminin”
Al Jami’ Li Hikam al Quran (5/90).

4. Ibnu Qudamah juga menyatakan demikian.
Mukhtasar Minhaj al Qashidin, hal 322.

KELUASAN RAHMAT ALLAH DAN KEUTAMAAN TAUBAT NASUHA

Manusia hendaklah jgn khuatir jika taubatnya tidak diterima, kerana rahmat Allah sangat luas, sebagaimana do’a para malaikat yg dijelaskan dalam firmanNya yg bermaksud:
“Ya Rabb kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada org2 yg bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yg bernyala2”
Q.S Al Mu’min: 7.

SYARAT TAUBAT NASUHA

1. Islam

Taubat yg diterima hanyalah dari seorg MUSLIM. Org kafir, taubatnya ialah dgn MEMELUK ISLAM.

Allah berfirman yg bermaksud:
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari org2 yg mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kpd seseorg di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang’. Dan tidak (pula diterima taubat) org2 yg mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi org2 itu telah Kami sediakan seksa yg pedih”
Q.S. Al Nisaa’:18.

2. Ikhlas

Allah berfirman yg bermaksud:

“Kecuali org2 yg taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama2 org yg beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada org2 yg beriman pahala yg besar”
Q.S An Nisaa’:146.

3. Mengakui dosanya

Mengetahui perbuatan dosa tersebut dan mengakui kesalahannya, serta berharap selamat akibat buruk perbuatan tersebut.

4. Penuh penyesalan

Menunjukkan penyesalannya yg mendalam.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Penyesalan adalah taubat”
HR Ibnu Majah, no:4252 dan Ahmad no:3568.

5. Meninggalkan kema’siatan dan mengembalikan hak2 kepada pemiliknya

Wajib meninggalkan kema’siatannya dan MENGEMBALIKAN setiap hak kpd pemiliknya,jika berupa harta dan sejenisnya. Jika berupa tuduhan dan fitnah atau sepertinya, maka dgn cara MEMINTA MAAF. Apabila berupa ghibah, maka dgn cara MEMOHON DIHALALKAN (ditoleransi) selama permohonan tersebut tidak menimbulkan pengaruh buruk yg lain. Bila ternyata berimplikasi buruk, maka cukuplah MENDO’AKANNYA utk meraih kebaikan.

6. Masa bertaubat sebelum nafas di kerongkongan (sakaratul maut) dan sebelum matahari terbit di arah barat.

Rasulullah menjelaskan yg bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorg hamba sebelum nafasnya berada di kerongkongan”
HR At Tirmidzi, no:3537.

“Hijrah tidak terputus sampai terhentinya (masa utk) taubat, dan taubat tidak terputus sampai matahari terbit dari sebelah barat”
HR Abu Dawud, no:2479 dan Ahmad dalam Musnad (3/99).

7. Istiqomah setelah bertaubat

Firman Allah yg bermaksud:
“Maka tetaplah kamu pada jalan yg benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) org yg telah taubat beserta kamu dan jgnlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yg kamu kerjakan”
Q.S Huud: 112.

8. Mengadakan perbaikan setelah taubat

Allah berfirman yg bermaksud:
“Apabila org2 yg beriman kepada ayat2 Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: ‘Salaamun-‘alaikum. Rabbmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (iaitu) bahawasanya barangsiapa yg berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Q.S. Al An’aam: 54.

PERINGATAN PENTING KETIKA BERTAUBAT

1. Meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat.

2. Melihat keagungan Dzat yg kita derhakai, dan jangan melihat kecilnya ma’siat sebagaimana firmanNya yg bermaksud:

“Khabarkan kpd hamba2Ku, bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yg sangat pedih”
Q.S. Al Hijr: 50.

3. Ingatlah bahawa dosa itu semuanya buruk. Kerana ia menjadi penghalang dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

4. Meninggalkan tempat2 ma’siat dan teman2 yg berperangai buruk, yg biasanya menmbantu berbuat dosa, serta memutuskan hubungan dengan mereka selama mereka belum berubah menjadi baik.

HAL2 YG MENGHALANGI TAUBAT

1. BID’AH DALAM AGAMA
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menutup taubat dari semua ahli bid’ah”
(Ash-Shahihah no:1620).

2. MINUMAN KERAS
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Barangsiapa minum khamr (minuman keras), maka solatnya TIDAK DITERIMA selama 40 malam. Jika ia bertaubat, maka Allah akan menerimanya. Namun, bila mengulanginya lagi, maka Allah memberinya sungai Khibaal. Ada yg bertanya: ‘Apa itu sungai Khibaal?’ Baginda menjawab: ‘Nanah penduduk neraka’”.

Demikianlah secara ringkas tentang taubat nasuha. Semoga dapat menjadi peringatan kepada diri saya dan kita semua utk sentiasa bertaubat kepada Allah.

CREDIT TO : saudara nahwanz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...