TAUBAT NASUHA
Manusia diberi kesempatan utk memperbaiki diri. Iaitu dgn bertaubat dari perbuatan2 yg boleh memasukkannya ke dalam neraka. Taubat yg dilakukan haruslah total, yg dikenal dgn taubat nasuha.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Setiap anak Adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik2nya org yg bersalah adalah bertaubat”
HR At Tirmidzi no. 2499 dan dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al Jami’ Ash Shaghir, no:4391.
“Seandainya hamba2 Allah tidak ada yg berbuat dosa, tentulah Allah akan menciptakan makhluk lain yg berbuat dosa kemudian mengampuni mereka”
HR Al Hakim, hal 4/246 dan disahihkan oleh al Albani dalam Silsilah Shahihah, no:967.
Dengan bertaubat, kita dapat membersihkan hati dari noda yg mengotorinya. Sebab dosa menodai hati, dan membersihkannya merupakan KEWAJIPAN.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya seorg mukmin bila berbuat dosa, maka akan (timbul) sati titik noda hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, meninggalkan (perbuatan tersebut) dan memohon keampunan (kepada Allah), maka hatinya kembali bersih. Tetapi bila menambah (perbuatan dosa), maka bertambahlah noda hitam tersebut sampai memenuhi hatinya. Maka itulah ar raan (penutup hati) yg telah disebutkan Allah dalam firmanNya yg bermaksud:
“Sekali2 tidak (demikian), sebenarnya apa yg selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” Q.S Al Muthaffifin:14
HR Ibnu Majah, no: 4244.
Allah juga menganjurkan kita utk segera bertaubat dan beristighfar. Allah berfirman maksudnya:
“Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bg mereka, dan adalah lebih baik bg mereka, dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dgn azab yg pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali2 tidak mempunyai penolong di muka bumi”
Q.S At Taubah:74.
Rasulullah sendiri banyak bertaubat dan beristighfar, sehingga para sahabat menghitungnya sebanyak lebih 100 kali dalam satu majlis, sebagaimana Nafi’ Ibnu Umar telah menyatakan:
Maksudnya:
“Ibnu Umar pernah menghitung (bacaan istighfar) Rasulullah s.a.w dalam suatu majlis sebelum bangkit 100 kali, (yg berbunyi): “Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun”
HR At Tirmidzi, no: 3434.
PENGERTIAN TAUBAT NASUHA
TAUBAT NASUHA ialah kembalinya seseorg hamba kpd Allah dari dosa yg pernah dilakukannya, baik sengaja ataupun kerana ketidaktahuannya, dgn jujur, ikhlas, kuat dan didokong dgn ketaatan2 yg mengangkat seorg hamba mencapai kedudukan para wali Allah yg muttaqin (bertaqwa) dan (ketaatan) yg dapat menjadi pelindung dirinya dari syaitan.
HUKUM ANJURAN TAUBAT NASUHA
Hukum taubat nasuha adalah FARDHU ‘AIN (menjadi kewajipan setiap individu) atas setiap muslim. Dalilnya:
1. Firman Allah swt yg bermaksud:
“Dan bertaubatlah kpd Allah, hai org2 yg beriman supaya kamu beruntung”
Q.S. An Nuur:31.
“Hai org2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dgn taubat yg semurni2nya”
Q.S. At Tahrim:8.
2. Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
“Wahai kaum mukminin. Bertaubatlah kepada Allah, kerana aku juga bertaubat kpd Allah sehari 100 kali”
HR Muslim (17/24) dgn Syarh Nawawi, dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar.
3. Imam al Qurthubi menyatakan:
“(Para ulama) umat telah ijma’ (bersepakat) bahawa hukum bertaubat adalah fardhu (wajib) atas seluruh mukminin”
Al Jami’ Li Hikam al Quran (5/90).
4. Ibnu Qudamah juga menyatakan demikian.
Mukhtasar Minhaj al Qashidin, hal 322.
KELUASAN RAHMAT ALLAH DAN KEUTAMAAN TAUBAT NASUHA
Manusia hendaklah jgn khuatir jika taubatnya tidak diterima, kerana rahmat Allah sangat luas, sebagaimana do’a para malaikat yg dijelaskan dalam firmanNya yg bermaksud:
“Ya Rabb kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada org2 yg bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yg bernyala2”
Q.S Al Mu’min: 7.
SYARAT TAUBAT NASUHA
1. Islam
Taubat yg diterima hanyalah dari seorg MUSLIM. Org kafir, taubatnya ialah dgn MEMELUK ISLAM.
Allah berfirman yg bermaksud:
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari org2 yg mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kpd seseorg di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang’. Dan tidak (pula diterima taubat) org2 yg mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi org2 itu telah Kami sediakan seksa yg pedih”
Q.S. Al Nisaa’:18.
2. Ikhlas
Allah berfirman yg bermaksud:
“Kecuali org2 yg taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama2 org yg beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada org2 yg beriman pahala yg besar”
Q.S An Nisaa’:146.
3. Mengakui dosanya
Mengetahui perbuatan dosa tersebut dan mengakui kesalahannya, serta berharap selamat akibat buruk perbuatan tersebut.
4. Penuh penyesalan
Menunjukkan penyesalannya yg mendalam.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Penyesalan adalah taubat”
HR Ibnu Majah, no:4252 dan Ahmad no:3568.
5. Meninggalkan kema’siatan dan mengembalikan hak2 kepada pemiliknya
Wajib meninggalkan kema’siatannya dan MENGEMBALIKAN setiap hak kpd pemiliknya,jika berupa harta dan sejenisnya. Jika berupa tuduhan dan fitnah atau sepertinya, maka dgn cara MEMINTA MAAF. Apabila berupa ghibah, maka dgn cara MEMOHON DIHALALKAN (ditoleransi) selama permohonan tersebut tidak menimbulkan pengaruh buruk yg lain. Bila ternyata berimplikasi buruk, maka cukuplah MENDO’AKANNYA utk meraih kebaikan.
6. Masa bertaubat sebelum nafas di kerongkongan (sakaratul maut) dan sebelum matahari terbit di arah barat.
Rasulullah menjelaskan yg bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorg hamba sebelum nafasnya berada di kerongkongan”
HR At Tirmidzi, no:3537.
“Hijrah tidak terputus sampai terhentinya (masa utk) taubat, dan taubat tidak terputus sampai matahari terbit dari sebelah barat”
HR Abu Dawud, no:2479 dan Ahmad dalam Musnad (3/99).
7. Istiqomah setelah bertaubat
Firman Allah yg bermaksud:
“Maka tetaplah kamu pada jalan yg benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) org yg telah taubat beserta kamu dan jgnlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yg kamu kerjakan”
Q.S Huud: 112.
8. Mengadakan perbaikan setelah taubat
Allah berfirman yg bermaksud:
“Apabila org2 yg beriman kepada ayat2 Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: ‘Salaamun-‘alaikum. Rabbmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (iaitu) bahawasanya barangsiapa yg berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Q.S. Al An’aam: 54.
PERINGATAN PENTING KETIKA BERTAUBAT
1. Meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat.
2. Melihat keagungan Dzat yg kita derhakai, dan jangan melihat kecilnya ma’siat sebagaimana firmanNya yg bermaksud:
“Khabarkan kpd hamba2Ku, bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yg sangat pedih”
Q.S. Al Hijr: 50.
3. Ingatlah bahawa dosa itu semuanya buruk. Kerana ia menjadi penghalang dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
4. Meninggalkan tempat2 ma’siat dan teman2 yg berperangai buruk, yg biasanya menmbantu berbuat dosa, serta memutuskan hubungan dengan mereka selama mereka belum berubah menjadi baik.
HAL2 YG MENGHALANGI TAUBAT
1. BID’AH DALAM AGAMA
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menutup taubat dari semua ahli bid’ah”
(Ash-Shahihah no:1620).
2. MINUMAN KERAS
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Barangsiapa minum khamr (minuman keras), maka solatnya TIDAK DITERIMA selama 40 malam. Jika ia bertaubat, maka Allah akan menerimanya. Namun, bila mengulanginya lagi, maka Allah memberinya sungai Khibaal. Ada yg bertanya: ‘Apa itu sungai Khibaal?’ Baginda menjawab: ‘Nanah penduduk neraka’”.
Demikianlah secara ringkas tentang taubat nasuha. Semoga dapat menjadi peringatan kepada diri saya dan kita semua utk sentiasa bertaubat kepada Allah.
No comments:
Post a Comment