cute followers

Tuesday, October 16, 2012

Rayuan Nurani- Saff One

SEGALANYA MILIKMU

Saturday, October 13, 2012

Luahan Hati Seorang Insan Yang Bernama Wanita

assalamualaikum buat semua para pembaca tersayang. selawat dan salam buat junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. pada pagi ini ini hati ini terasa ingin meluahkan sesuatu yang bermain dalam kotak fikiran pada saat ini. sebelum itu diri ini bukanlah insan yang sempurna, penuh dengan dosa tapi diri ini akan berjanji untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. diri ini akan mencuba untuk jadi yang terbaik dari kalangan yang baik.. InsyaAllah. Allah amat menyukai hambaNya yang melakukan perubahan bahkan perubahan itu kecil tapi istiqamah bukan perubahan yang besar tapi tidak istiqamah.



saya bukanlah wanita solehah seperti khadijah tetapi saya akan mencuba untuk menjadi seperti itu. sekarang ni saya dah nmpak hala tuju kehidupan saya yang sebenar dan tujuan sebenar kita diciptakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. bukan saja2 Allah ciptakan di muka bumi ini tak lain tak bukan adalah untuk sujud, taat dan patuh kepadaNya, amar maa'ruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. kedua duanya kena seiiring, barulah dinamakan Islam tertegak di atas keruntuhan Jahiliyah. Mana mungkin Islam dan jahiliyah boleh bersatu. Tapi janji Allah itu pasti, Islam pasti akan tertegak suatu hari nanti.





Oleh yang demikian, saya kena lbih mempersiapkan diri saya sebab saya sedar tanggungjawab saya dalam menegakkan agama Allah. jadi saya tidak boleh melakukan semua ini seorang, saya memerlukan sahabat2 yang sentiasa mengajak saya ke arah kebaikan dan sahabat2 yang boleh menegur saya andai saya tersalah. Syukur pada Ya Allah kerana telah mengurniakan saya sahabat2 yang sangat membantu saya dalam sentiasa merasa dekat padaMu dan sentiasa ingin beribadat kepadaMu. saya bersyukur dengan segala kurniaan ini tidak lupa juga keluarga yang sangat baik, penyayang memahami dan bahagia serta soleh dan solehah.


Untuk menjadi seorang wanita yang solehah, saya perlu lebih berusaha ke arah itu. matlamat utama seorang mukmin dan muslim adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Saya akan cuba yang terbaik selagi yang termampu. InsyaAllah. Ya Allah Kau kurniakanlah insan yang boleh dan sentiasa mengajakku ke arah kebaikan agar tidak lalai dari mengingatimu. Kau kurniakanlah kepadaku insan yang boleh mendorong aku untuk sama2 berjuang di jalanMu Ya Allah. Ya Allah kau kurniakanlah kepadaku pendamping yang soleh yang dapat membimbingku untuk merasa lebih dekat kepadaMu serta mengabdikan diri hanya padaMu Ya Allah.Ya Allah hanya Kau yang mengetahui isi hati ini. Semoga Kau perkenankan doaku Ya Allah. Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku jangan dipersulit. Aminn..




Doa Dipermudahkan Segala Urusan Dan Hajat

Assalamualaikum warahmatullah,

Ada yang bertanya, "ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?" Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja. Alaaah... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.



Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan pekerjaan yang baik-baik saja. Jika kita hendak merompak atau menyamun mencuri, tak payahlah baca 'Bismillah' sebab apa yang hendak dibuat itu memang tidak boleh kita lakukan...

Menurut satu sumber [kelebihan-baca- bismillah], Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan 'Bismillahi Rahmanir Rahim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. Insya Allah. [NB : Saya tak dapat pastikan kesahihan sumber ini, tiada nas/dalil yang menyokong bilangan sebutan 'Bismillah', jika sesiapa ada maklumat, sila-sila kongsikan bersama]



Rasa-rasanyanya, semua orang Muslim maklum akan kalimah 'Bismillah' ini. Lalu terfikir pula saya, mungkin si penanya maksudkan doa supaya dipermudahkan kerja, ya, mungkin inilah maksud soalan. Saya suka kongsikan di sini, satu doa memohon diberi kemudahan dalam apa saja urusan yang sering saya baca bila hendak berurusan dengan orang dan hampir tidak pernah saya lupa membacanya ketika hendak keluar shopping [NB : Bukan senang nak cari parking lot, nak-nak pulak hujung/awal bulan time dapat gaji atau weekends]. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menghadapi masalah mencari tempat letak kereta. Yang penting, kita mesti istiqamah dan tawakkal, insya Allah, dipermudahkan.



Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan". Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." 

Thursday, October 11, 2012

Enam Perkara Yang Allah SWT Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? “
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Kehidupan Di Alam Kubur

Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur… Bagaimana kedasyatan siksaannya…? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur…? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah…?

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”

Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya… lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya…

Sakarat….. Sakaratul Maut…. 

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur… sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit… kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita…




Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)

Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa…

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

Method Menjemput Kematian…

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…

Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…


Fasa-Fasa Alam Kubur

Kesempitan kubur, pertanyaan malaikat, azab atau nikmat kubur, ditempatkannya ruh dan kebangkitan…

Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir selepas kebangkitan… selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia… sementara orang kafir merasa sengsara… orang yang sudah mati akan dihimpit dalam kubur… siapa pun ia kafir atau muslim akan merasakan himpitan kubur… bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya sampai hancur tulang-tulangnya…

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz…” Sa’ad Bin Mu’adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, Kasyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat…

Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkanya.”

Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Alah yang soleh dan mendapatkan mati Syahid mengalami himpitan kubur… bagaimana dengan kita..? Allahuakhbar… Ya Allah Terimalah taubat-ku… selamatkanlah aku dari azab kubur…

Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya… SIAPAKAH TUHAN-MU…?, SIAPAKAH NABI-MU…?, APAKAH AGAMA-MU…?... dia menjawab, ALLAH ADALAH TUHAN-KU… MUHAMMAD ADALAH NABI-KU… ISLAM ADALAH AGAMA-KU…

Terdengarlah seruan dari langit, “Benar.. Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kubur diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).

Benarkah kita… boleh menjawabnya…? Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya… dan ibadah yang sering kita remehkan… Serta sunnah Rasul… yang kita abaikan… pada saat itu… kita hanya mampu menjawab… TIDAK… TIDAK… TIDAAAKKKKK...

Terdengarlah suara penyeru dari langit… Hambaku ini seorang pendusta… Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya… Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya… seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya… Yang tiada lain itulah amal buruknya…


Tragedi… Siksa Kubur

“Aisyah Ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab: Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz).

“Aisyah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur…” (HR. Mutafaqun Alaih).

“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).

Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun… seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… dan sering melalaikan solat… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…

Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih… Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku…

Bagi seorang muslim… ini adalah pengajaran yang sangat-sangat berharga agar segera memperbaiki hidupnya… dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan…

Sementara itu… sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita…

Suara jeritan jutaan manusia di alam bumi yang lain… di sebuah lubang galian yang berada di daerah Siberia… Dr. Azzacove bersama kumpulannya telah melakukan sebuah kajian tentang pergerakan perut bumi di daerah Siberia, Rusia… kemudian mereka memasang alat pembesar suara supersensitive untuk mendengar suara pergerakan perut bumi… sebuah penemuan yang sangat mengejutkan, ketika mesin penggali sampai pada salah satu perut/kulit bumi… dari ruang/alam bumi yang lain, terdengar suara manusia berteriakan sangat keras dalam kesakitan… bahkan suara jeritan itu jumlahnya bukan seorang tetapi ribuan bahkan jutaan orang… sebagai seorang muslim kita tidak akan ragu lagi bahawa suara tersebut adalah suara manusia yang sedang disiksa di ALAM KUBUR…


Sebab-Sebab Siksa Kubur…

Ibnu Qoyyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita disiksa di ALAM KUBUR, diantaranya :

1. Melalaikan Solat
2. Membaca al-Quran kemudian melupakannya
3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
4. Berkata bohong
5. Tidak membayar zakat
6. Corak kehidupan yang berlebih-lebihan
7. Memakan riba
8. Rasuah
9. Memfitnah sesama saudara muslim
10. Khianat terhadap amanah
11. Enggan menolong sesama muslim
12. Meminum arak
13. Berzina
14. Membunuh

“Wahai anak Adam… Sesungguhnya apa yang kau minta dari-Ku… dan yang kau harapkan dari-Ku… Ampunan-Ku bagimu yang meminta dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Meskipun dosamu sepenuh petala langit… kemudian engkau meminta ampun pada-Ku… Ampunan-Ku bagimu dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Seandainya kau datang pada–Ku dengan kesalahan seluas bumi… kemudian engkau datang kepada-Ku… dan tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu pun… Sungguh Aku akan berikan kepadamu ampunan…”

Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku…

Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya…

Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…

Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah dalam Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah…

Doa Itu Senjata Orang Mukmin



DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raaf, ayat 55-56)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raaf, ayat 55-56)

 Ketika menjelaskan perkara sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, pengaruh doa itu amat hebat sehingga mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.
Pada saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan diperlukan, ketika itu manusia akan sedar sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.
Ada kala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT? Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul.
Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Sa’ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya.”(Hadis riwayat Thabrani)
Besarnya peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah. Permohonan doa hendaklah mematuhi adab tertentu antaranya suci daripada hadas, menghadap kiblat dan dimulai dengan bacaan al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat
Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Ada tiga golongan yang doa mereka diterima Allah bersandarkan kepada hadis Qudsi disampaikan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi jika mereka itu orang yang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.
Mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak akan terlepas begitu saja.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya.” (Surah Fussilat, ayat 46)

Wednesday, October 10, 2012

Bacaan Doa Harian Selepas Solat


Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
assalamualaikum w.b.t. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. first of all iam very sorry because for a long time i was so busy for my studying, i don't have time to update my lovely blog also. actually this semester, i have to make a proposal for my Final Year Project. and for ur information i studying science biomolecular semester 4, faculty of applied science, UiTM shah alam. So from now on i will start to prepare myself to be strong enough to face all of these. Alhamdulillah my supervisor is a good and dedicated person. He will guide me and my friend in order to finish our proposal. Ya Allah please guide us, show me the way.


Pray for me ok? thanks a lot. May Allah bless U .. all da best for all of you :) that's all for today.. Assalamualaikum..

Monday, October 1, 2012

Astaghfirullah - Hafiz Hamidun

Bagaimana nak pupuk rasa cinta kepada RASULULLAH SAW


Assalamualaikum w.b.t dan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi muhammad saw. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kita peluang menjadi umat baginda Rasulullah SAW. Sungguh beruntung menjadi umat baginda SAW. 



Di dalam menyambut Maulid Rasulullah SAW ada beberapa kewajipan yang perlu kita penuhi sebagai umat baginda. Antaranya adalah: 
 
1.  baginda mengatasi segala sesuatu. 

Cinta setiap orang yang beriman kepada Allah SWT mestilah dibulatkan hanya sanya kepada Rasulullah SAW. Tidak suatu apa pun yang paling bernilai baginya melainkan nabi SAW. 

Rasulullah SAW dicintai, dikasihi, dirindui dan sangat berharap bertemu dengan baginda di padang mahsyar kelak. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman kalian selagi mana aku tidak dicintai mengatasi ibu bapa, anak pinak dan manusia keseluruhannya. (riwayat al-Bukhari). 

Dalam hadis ini, nabi SAW menafikan kesempurnaan iman seseorang yang tidak menyintai baginda mengatasi segala sesuatu. 

Firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (al-Taubah: 24) 

Kebanyakan ulama tafsir seperti Ibn Kathir, Fakruddin al-Razi dan yang lain berpendapat, tidak ada yang lebih dahsyat kecamannya ke atas orang yang menyintai selain Allah SWT melainkan ayat ini. 

Ini kerana di hujung ayat ini Allah SWT mengecam orang yang meninggalkan cinta terhadap nabi SAW dengan satu penantian akan datangnya azab Allah SWT. 

Apa yang Allah SWT nyatakan dalam ayat ini adalah suatu yang sangat realistik. Sebabnya, apa yang berlaku di sekeliling kita kini menjadi saksi kepada ayat ini. 

Memang sudah ada di kalangan umat ini yang sudah tidak kenal nabi SAW, anak-anak baginda, isteri-isteri baginda serta ahli keluarga baginda yang lain. Generasi hari ini lebih mengenali artis sensasi atau artis yang banyak menang anugerah dalam dunia hiburan. 

Bila umat sudah tidak lagi mengenali nabi SAW pembawa rahmat ke seluruh alam, maka tunggulah sehingga datangnya ancaman Allah SWT. 

Ancaman dalam ayat ini bukan berbentuk ancaman terhadap alam tetapi ancaman terhadap manusia yang ditimpa wabak kesesatan dan kehinaan kerana sudah meninggalkan nabi SAW dan ajaran yang dibawa oleh baginda. 

Setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya wajib mengenali baginda dengan lebih dekat melalui pembacaan sirah kehidupan baginda yang akan mengenalkan kita kepada baginda. 

2. Bacalah sirah junjungan nabi SAW, kita akan ketahui baginda menghabiskan usia baginda dalam menabur jasa dan bakti kepada umat yang tercinta. Baginda sering sedih mengenangkan nasib umat selepas ketiadaan baginda. 

Dalam hadis-hadis yang jelas bahawa baginda bersabda sesungguhnya umat ini akan lebih selesa dengan budaya yahudi dan nasara, sedikit demi sedikit ajaran agama ditinggalkan, akhirnya yang tinggal adalah ajaran seperti dagangan, kalau ada yang berpegang dengan orang akan merasa pelik dan janggal. 

Gundah gulana baginda memikirkan umat ini, sehingga ke akhir hayat baginda memikirkan umatnya. Inilah cinta luar biasa nabi SAW terhadap umatnya. 

Persoalannya sudah terbalaskah cinta baginda itu? Adakah kita yang saban tahun menyambut maulid Rasul SAW telah mencintai baginda mengatasi segala sesuatu? Atau kita masih bersikap murahan dengan dunia seperti yang digambarkan oleh al-Quran? 

Lihat firman Allah SWT yang bermaksud: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (ali-'Imran: 14) 

Jadikan dunia sebagai jambatan dan jangan jadikan dunia sebagai matlamat. Carilah keuntungan dunia, tapi jangan abai perintah Allah SWT. Umat Islam perlu menguasai dunia tetapi bukan dengan menggadai agama dan nilai maruah sesebuah bangsa. 

Apabila manusia terlalu banyak menyantuni dunia maka lupalah dia untuk mencari cinta Allah SWT dan rasul-Nya. 

Generasi yang paling hebat dalam menyintai nabi SAW adalah para sahabat. Mereka bersama baginda dalam mengembangkan Islam, menyaksikan suka dan duka yang dilalui baginda. 

Kesemua cercaan dan kesakitan baginda tanggung kerana umat. Keadaan ini menjadikan para sahabat menyintai nabi mengatasi segala sesuatu. 

Buktinya, Bilal menitiskan air mata, sebak dan tidak keluar suara ketika melafazkan azan, kerana terkenangkan nabi SAW, Umar bin al-Khattab cabar memancung leher sesiapa sahaja yang mengatakan Rasulullah SAW wafat. 

Kaum ibu pula apabila anak-anak mereka menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW, yang mereka doakan ialah keselamatan Rasulullah SAW. 

Apabila peperangan tamat para ibu akan ke medan untuk memastikan agar baginda Rasulullah SAW masih hidup. Inilah erti cinta mereka kepada Rasulullah SAW. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...