cute followers

Monday, February 28, 2011

Khasiat buah tembikai



Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”. 



Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh. 




Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. 





Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

Kebaikan bedak sejuk !

1. Melicinkan kulit muka
2. Memberi kesegaran pada kulit
3. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. Menanggalkan sel kulit mati
5. Ia membantu sejukkan kulit
6. Membersih dan menegangkan wajah


jadi rajin2 la mengamalkan pemakaian bedak sejuk ea

Sunday, February 27, 2011

Cintailah seseorang yang kurang sempurna dengan cinta yang sempurna

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan , 
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adaah kesempatan .


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
  
Bahkan ketika kita menyedari bahwa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpatik, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada suatu kutipan dari film yang Mungkin sangat tepat :
"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita
bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda :
“Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)

Saturday, February 26, 2011

Siapakah jodohku....

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.


Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
  
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua.... 


Disertakan Doa Pendekat Jodoh...amalkan di atas sejadah cinta....mohonlah pada Pencipta Maha Suci Cinta...Mudahan kamu bertemu jodoh yang baik...insyaAllah.. 

Friday, February 25, 2011

Kisah cinta awak dan saya .

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.


 Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya..Alhamdulillah..

~>Ya Allah,Jadikanlah HATI Kami Ini Mencintai Hanya KeranaMu,
Moga Kami KEKAL Di Dalam REDHAMU..
Amin Allahumma Amin..

˙·٠•● InsyaAllah,Mencintai awak kerana Allah..Cinta Selepas NIKAH!!Amin ya Allah..●•٠·
 i luv islam ~

Wednesday, February 23, 2011

10 Petanda dia jodoh kita.

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.





2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

C.I.N.T.A

Arti Cinta
Di dunia ini ada banyak definisi cinta, ada banyak jenis cinta, ada banyak syair cinta baik yang dituliskan oleh filusuf, pujangga, sasterawan dan Alim Ulama tetapi memaknai cinta pada hakikatnya cinta kepada Yang Maha Memiliki dan Maha Kuasa. Ringkas kata tidak ada yang baku dalam mengartikan cinta, cinta itu berdasarkan rasa pengalaman manusia yang saling mencinta.
Dibawah ini sebagai penjabaran arti CINTA, yakni

1. Cinta itu COMITMENT.
Jika anda jatuh cinta kepada seseorang, maka mantapkanlah hati anda untuk melangkah ke jenjang pernikahan, janganlah anda mengatakan cinta dan berlaku seperti anak kecil yang suka mempermainkan mobil2an sesukanya karena cinta menyangkut hati dan perasaan manusia maka tak boleh main-main kan. Jika anda menaruh hati dan mencintai kekasih anda maka cinta itu perlu komitmen. Komitmen diperlukan untuk membina hubungan sesuai dengan tuntunan Agama yang dengan komitmen tersebut dapat tercapai pernikahan yang suci dan diridhoi oleh Allah SWT.

Dalam suatu percintaan, kita tak dibenarkan untuk memaksakan kehendak kita kepada oranglain, walaupun kita menaruh hati padanya, mencintai dirinya dan siap berkomitmen dengannya tetapi bila dia tidak mencintai kita dan mencintai orang lain maka kita tidak boleh memaksa-maksa pada dirinya, Jika kita Bersepakat dan komitmen kepada dirinya maka janganlah kita mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Bagi mereka yang sudah menikah, berikanlah nafkah wajib sesuai tuntunan Islam, amanah sebagai suami isteri harus ditunaikan sebaiknya.

Komitmen sebagai suami yang Arif bijaksana, Isterii yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah )

2. Cinta itu INTUITIVE: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Orang sering berkata bahwa “cinta itu di hati”, bila kita mencintai seseorang dengan tulus dan ikhlas maka apa yang kita rasakan adalah rasa cinta yang hangat penuh semangat tinggi dan kedekatan rindu ingin selalu bertemu dengan pasangan hati kita. Coba dekh buktikan (^_^)
Jika anda mencintai dan tak ingin disakiti maka janganlah kita menyakiti perasaan hati orang lain. Jika kamu ingin disayang maka berilah kasih saying kita seluhurnya dan sejujurnya kepada kekasih kita. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta yang Allah SWT memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa artinya ? altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, Arti pengorbanan di sini. seperti kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Cinta dan mencintai menuju cinta yang abadi kepada Allah SWT

Kelebihan surah Al mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Tuesday, February 22, 2011

Matahari dan kesannya kepada kulit kita


Pengenalan
  • Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
  • Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh menyebabkan kanser kulit


Risiko
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:
  • Kulit terbakar (Sunburn) - menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
  • Penuaan pra-matang - kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
  • Kanser kulit - kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
  • Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)
Tiga cara bagaimana cahaya ultra violet (UV )boleh merosakkan kulit:
  • Cahaya UVA menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
  • Cahaya UVB akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar
  • Kebanyakan kesan cahaya UVC akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit


Tanda dan gejala
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:
  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:
  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Langkah pencegahan
  • Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik
  • Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala dan mata
  • Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya ultra violet
  • Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung
Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?
  • Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit berubah dari cerah ke kuning ke perangan
  • Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
  • Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet
Perhatian!!
Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit merah atau terbakar:
  • Ubat alahan dan ubat gatal
  • Antibiotik
  • Ubat penenang
  • Ubat kencing manis
  • Ubat jerawat
  • Pil perancang keluarga
  • Racun serangga
  • Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka
  • Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi
  • Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St. John's Wort
Sekiranya anda mengambil ubatan, sila dapatkan nasihat ahli farmasi sama ada terdapat bahan tersebut di atas dalam ubatan anda yang boleh menyebabkan kulit sensitif pada sinaran ultra violet.
Berhati-hati dan lindungi diri anda dari matahari sekiranya anda menggunakan ubat tersebut.

Sunday, February 20, 2011

Kebaikan dan keburukan coklat

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.
Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.
Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.
Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi. 



Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah.
Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.


* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].



* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.

* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?

* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.

* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.

* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.





Namun, coklat juga ada keburukannya..

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).

* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).

* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.

* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.



Resepi Udang Paprik Special

Bahan-bahannya:




10 ekor udang saiz sederhana
1/3 biji carrot ( potong anak mancis)
8 batang kacang panjang/buncis ( dipotng 3@4 bahagian)
1/4 bij bawang besar ( dihiris kasar)
1/4 biji bunga kobis saiz sederhana ( potong kecil)
2 helai daun limau purut ( dicarik kasar)
2 inci halia ( dicincang halus atau disagat)
1 biji bawang putih ( diketuk dan dihiris halus)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis ( tak nak letak pun takpe)
garam
dua batang putik jagung ( ros tak letak sbb takde)
suku cawan air





Cara-caranya:


1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan, sos cili, sos tiram, suku cawan air dan daun limau purut.




2. Selepas itu masukkan carrot dan biarkan sebentar, setelah carrot agak layu baru masukkan kacang buncis, bunga kobis, putik jagung dan udang,  kacau sebati.




3. Akhir sekali masukan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, setelah sayur agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba




one of my favourite food.. :)

Friday, February 18, 2011

Penghulu segala hari (Hari jumaat)

ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 

1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...