cute followers

Wednesday, January 25, 2012

Kuantan , I am coming! :))

asslamualaikum w.b.t semua. hye apa khabar semua.. erm semua da bgun ke ni?? da solat subuh ke blom??huk2.. today i will depart to my beloved hometown. hihi mcm nak nek flight lak kan... hehe.. tket bas da beli da pkul 9.30. doakan taw supaya selmata tiba ke kuantan. Ya Allah rindu sgt nak balik kuantan taw, ase cam lma sgt da tk blik even bru buln 12 ritu da balik..hehe.. rindu dekat my family so much. skg ni kan cti sem sebulan, nak abeskan masa kat umah je ngn family. ad x sape2 owg kuantan kat cni.. angkat tgn jap, nk kire..hehe..ok la lia nk g bersiap. tata.. jumpa lagy ea.. sekian wassalam :)


Tuesday, January 24, 2012

Tips Awet Muda !

(1) Minum air bersih yang cukup
Semua orang pun tahu dan sedar air yang mencukupi penting supaya kulit nampak lebih sihat dan bermaya. Aku sengaja tulis air bersih sebab air paip kita bukanlah sebersih mana. Air paip kita adalah dikategorikan “boleh diminum” oleh kementerian kesihatan malaysia. Sebaik-baiknya pasang satu penapis air yang baik supaya kualiti air terjamin. Ada banyak jenama penapis air dipasaran. Ada yang mahal ada yang murah. Mintak jurujual ceritakan kebaikan penapis air mereka. Kalau mereka kata boleh tapis 140 jenis contaminants, mintak tunjukkan apa jenis contaminants yang boleh ditapis. Kalau tak, most probably, diorang sembang je. Antara contaminants yang perlu ditapis dengan baik adalah seperti klorin, lead, merkuri dan jenis-jenis logam berat.
Lead adalah bahan yang digunakan untuk membuat batang paip. Kalau rumah-rumah lama biasanya diorang punya paip adalah dibuat dari lead. Lead ni sangat berbahaya dan boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Air paip kita memang mengandungi klorin, air berklorin kalau dimasak boleh menghasilkan bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. So, pilih jenama penapis air yang dipercayai adalah penting. Bukan setakat tapis sahaja. Ada seseorang pernah tunjuk kat aku satu jenis penapis air yang agak terkenal, dia kerat dan tengok dalam tu ada 12 keping kertas digunakan untuk menapis air. Kertas tebal. Orang bukan tau kan.. So hati-hati pilih penapis air. Lepas beli jangan lupa selenggara. Regularly tukar penapisnya. Cuci yang mana perlu.

(2) Banyakkan sayuran dan makanan yang kaya dengan serat
Serat penting untuk make sure kita membuang dengan baik. Seseorang yang ada masalah nak membuang dengan baik lebih mudah mengalami masalah kulit berjerawat, kusam dan berminyak. Ini kerana, toksin dari badan akan dikeluarkan masa membuang. So kalau tak buang macam mana toksin nak keluar. Mudah letih dan kerap mengantuk adalah antara tanda-tanda badan mempunyai banyak toksin dan kekurangan beberapa jenis vitamin penting.
(3) Rajin bersenam
Maybe ramai yang akan kata, sibuk kerja dan tak cukup masa nak bersenam. Jangan sempitkan skop senam tu, senam bukan saja lari-lari atas mesin tu atau berbasikal. Buat kerja rumah pun bersenam. Cuba sedaya upaya banyakkan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Ambik peluang masa hujung minggu untuk luangkan masa beriadah dengan anak-anak dan keluarga. Gaya hidup sihat penting bagi seorang individu mengawal emosi dalam mengendalikan urusan seharian. Banyak orang sekarang hadapi masalah mental sampai tikam adik beradik, tikam mak bapak sebab tak rajin beriadah. Asyik kerja dan stress aje.





(4) Vitamin tambahan
Vitamin untuk kulit adalah ACE. Penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya. Kita tak mungkin mampu untuk makan 10 biji oren setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi kita boleh makan supplement tambahan bagi mendapatkan vitamin yang cukup bagi kulit yang sihat dan cantik. Kalau rasa macam banyak sangat, tak tau nak start dengan apa, mulakan dengan multivitamin.
(5) Senyum supaya nampak lebih muda
Senyum mengurangkan risiko muka cepat nampak berkedut



Tips Rumah Tangga Bahagia !

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan didalam perhubungan mereka. Tetapi ia tidaklah semudah yang diharapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang bergolek. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha keras serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan, pasti usaha untuk rumahtangga bahagia tidak akan berhasil. Antara tips yang mungkin boleh diamalkan pasangan untuk kebahagiaan mereka adalah..
(1) Komunikasi- Komunikasi adalah amat penting didalam perhubungan. Rumahtangga yang bahagia akan terhasil daripada hubungan komunikasi yang baik. Tanpanya, pasti permasalahan yang wujud didalam hubungan tidak dapat diselesaikan.
Selain daripada itu, ia juga adalah cara paling sesuai untuk pasangan meluahkan perasaan yang terpendam. Luahan perasaan amat penting untuk mengelakkannya berubah menjadi dendam. Ia sangat berbahaya didalam hubungan. Untuk memastikan rumahtangga anda bahagia, anda juga perlu memastikan bahawa anda mampu untuk berkomunikasi dengan baik terhadap pasangan.
(2) Kejujuran- Kejujuran juga merupakan tips penting untuk rumahtangga bahagia. Ini adalah kerana tanpa kejujuran akan membuatkan pasangan anda terasa seperti dianiaya. Perkara yang sering menjadi masalah adalah apabila peranan kejujuran hanya dimainkan oleh sebelah pihak sahaja.
Keadaan pasti akan menjadi lebih buruk sekiranya segala penipuan yang dilakukan terbongkar. Sekiranya masing-masing mampu untuk jujur terhadap pasangan, pasti tiada masalah untuk menikmati rumahtangga yang bahagia didalam perhubungan mereka.
(3) Kepercayaan- Kepercayaan adalah merupakan satu proses yang perlu dibina, dan ia tidak akan wujud dengan begitu sahaja. Bina kepercayaan pasangan dengan pembuktian yang mampu anda lakukan. Apabila kepercayaan telah wujud antara pasangan, pasti tiada pemikiran negatif yang akan timbul.
Ini akan membantu rumahtangga anda bahagia. Apabila anda sudah berjaya untuk mendapatkan kepercayaan daripada pasangan, peliharalah ia sebaik mungkin. Ia kerana kepercayaan adalah merupakan satu proses yang sukar untuk dibina.
(4) Hormat-menghormati- Saling hormat-menghormati adalah merupakan elemen penting untuk rumahtangga kekal bahagia. Setiap manusia suka apabila merasakan diri mereka dihormati. Ia secara automatik akan memudahkan mereka untuk menghormati orang lain pula.
Semestinya anda juga pasti berasa gembira apabila merasakan diri anda dihormati bukan? Apabila perasaan hormat wujud diantara kedua-dua belah pihak, pasti setiapluahan kata-kata akan lebih terbatas. Anda perlu tahu bahawa kata-kata boleh meninggalkan kesan luka yang dalam terhadap hati seseorang. Jangan sesekali meluahkan kata-kata mengikut perasaan.

Selamat Bertunang!

assalamualaikum w.b.t. semua. hye apa khabar? harap semua sihat sejahtera la hendaknya. haa pagi ni lia tgh tunggu kwan lia aishah yg akan bertunang sebentar sahaja lagi. dup dap. dup dap. dup dap. ai asal lak lia yg lbih2 ni, padahal kawan yg nak bertunang. hehe. terasa cam berdebar lak tiba2. yela nanti kita akan jadi tunang orang kn. bestnye tp2 stil kne jage batas2 pergaulan kita dgn tunang kita kan. jgn lpe taw.. huhu.. waa bestnye tgok aishah da nk tunang.. lia?? ble lak ea.. calon pon xde lagi, cmne je nak tunang.. shedeyyy.. huu 
-___________-

tu dia eh.. 

kat cni lia nk wish kat aishah dan pasangannya selamat bertunang. semoga diberkati Allah. Happy engagement day :)


ok lahh..majlis da nak start..hee..doakan semoga semuanya berjalan lancar ea..amin..insyaAllah..sekian, wassalam :)

Monday, January 23, 2012

Tips memikat hati wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
  • Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Sunday, January 22, 2012

Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :


1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1kCaYrNAH

Tips Mengambil Hati Pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Oh Baby !

assalamualaikum w.b.t semua. hehe malam ni rasa macam free je nak update blog skit la. erm korang ngah watpe ni? da solat maghrib n isyak ke belom tu? huhu :) harap2 sume da tunaikan kewajipan kite sebgai umat Islam ea. da makan ke semua?? lapar lah plak rasaa, semalam kenyang yang teramat . hehe. erm topik malam ni sebenarnya tak saba la nak ada nak anak sendri. geram sangat bila tengok baby comel. ey2 geramnye taw! hehe. geram nak kiss pipi die dah la wangi.. huhu

ni lah dia aksi2 si kecil yang mencuit hati :







sekian. wassalam..

Resepi Puding Koktail Berkuah Special

Puding koktel berkuah

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.


Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
>Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...