Monday, February 13, 2012
Resepi Roti John Special
Bahan-bahannya
3 roti hotdog
2 biji telur
sedikit daging cincang ( daging cincang ni masak tanpa minyak dan tabur sedikit dengan lada sulah, dan nugget ayam taufu yang dicincang halus ( nugget ayam ni goreng dulu)
1/4 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawam mix vegetable
garam
lada sulah
sedikit minyak masak
( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )
Cara-cara
1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging cincang, hirisan nugget ayam, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.
2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.
3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing.
4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.
5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba ye.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
minta copy resepi ni ye saudari. ibu saya mahu cuba. jazakallah. ^^
salam saudari....
sy berminat gn rsepi saudari,
mohon copy ye rsepi ni....
msti sdp..
Post a Comment