cute followers

Friday, December 9, 2011

Petua Nak Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

1. MINUM AIR -

 kalau unta pon boleh bawak extra air dlm badan dia, korang ingat manusia ni tak bole ke? korang rasa-rasa selain kulit kering dan tak bermaya bila tak cukop air dalam badan, kat mana lagi air bole tersimpan?

YERRR DI BAWAH MATA KORANG TU! kalau korang ni semua jenis yang suka minum air waktu malam 1-2 jam before tido, maknanye korang dengan SEGALA HORMATNYE MENJEMPUT gelembung bawah mata tu. YERR... air manusia dia simpan kat situ! bkn macam UNTA punye bonggol kat belakang dia tu... UNTA bole jugak dia simpan air tu untuk kegunaan dia di masa tak de air.  yang korang ni pulak? simpan air bawah mata buat apa?



Apa akan jadi bila minum air? yerr korang akan selalu lah berjumpa dengan MR TANDAS! kalau korang jenis malas nak jumpa MR TANDAS... kirim salam laa nak ubatkan diri sendiri tu. bila kite kerap jumpa MR TANDAS bila dah bamyak minum air tu, kite akan membuang segala toxic dalam badan kite. clear the skin dah makin berkurang lah puffyness under your eyes tu... insyaAllah :)


2. TEA BAG!

HAAA... kata eyebag! meh kiter treat dia guna TEA BAG PULAK... berkesan ok!... macam mana cara-cara dia? Sila amik uncang teh yang telah dicelup-celup (buat laah teh panas secawan bagi kat mak ke, abah ke, suami ke, adik ke) pastu perah sikit lebihan air kat uncang teh tu, dah sila baring sambil tekapkan mata anda dengan uncang teh tu.. macam dlm gambar kat bawah ni selama 20-30 minits (agak-agak lah berapa lama korang rajin nak buat) pastu basuh muka terus lepas buat.


3. TIMUN or TOMATO

Stock kan timun atau tomato banyak-banyak dalam peti ais korang tu :)  bagus tau terbukti berkesan! caranya.. HIRIS TIMUN ATAU TOMATO dalam dua hiris, pastu lekap kan kat mata macam kite buat utk uncang teh tu... pilih mana satu yang berkenan di hati :)

4. COLD EYE PADS

Haaa rajin bangun pagi sebelum pegi keje tu. kalau korang jenis suka pakai alarm, sila awalkan 20-30minits supaya korang bole pegi amik cold eye pads nih kat dalam petia is, pastu sambung tido balik selama 20-30 minit tu.. pastu baru lah korang bole siap2 dengan rutin biasa korang. TUJUAN dia supaya, bagi kesegaran dibawah mata anda untuk hari yang ceria! tak caya cuba lah! alaaa korang bole pegi cari bende ni kat pharmacy jek!

5. EYE CREAM

Sapa kata eye cream tu tak perlu? PERLU OK! SILA AMALKAN pemakaian nye setiap hari pagi dan petang! kulit di bahagian mata kite sangat sensitif dan halus, so kene jaga baik-baik.. Aleeya sekarang guna Garnier eye roller tu... korang bole laaa pakai apa2 eye cream or eye roller yang sesuai dengan korang ok! janji pakai!
 

6. COMPUTER/LAPTOP/ TV

Wah... ini peneman baik kite kan tetiap hari? tapi dia lah jugak musuh kite kalau TEROVER SANGAT MENGUNAKANNYA DALAM SEHARI. mata akan menjadi penat, letih dan lesu apabila continuosly duduk menghadap COMPUTER/LAPTOP/TV ni... soo ini jugak menjadi punca kepada gelap bawah mata..

cara terbaik untuk atasi masalah ini ialah... letak laa pokok warna HIJAU yang fresh di meja anda.. atau carilah pemandangan kehijau-hijauan untuk dipandang selama 10-15min ... ini dapat merehatkan mata sebentar dan menyihatkan mata :)



7. CONCEALER

YER.. apa lagi yang dapat nak ditolong selain mekup kan? pakailah CONCEALER untuk menutup hitam bawah mata korang tu. pakai lah brand apa yang korang sesuai pakai... macam Aleeya, Aleeya guna Almay eyeshadow base + concealer + lip base ... dia sekali 3 in 1! sangat berbaloi dan berkesan. ini lah jugak yang Aleeya guna untuk mekup model2 ku itu!

8. TIDUR

tidur lah tidur.. tidur yang cukup juga membantu menghilang kan hitam bawah mata tu... so tidur lah dengan cukupnya yaa!!!



9. MAKANAN

Kurangkan makanan pedas! kurangkan makanan berempah.. 

untuk info lebih, sila klik link ni :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...