cute followers

Wednesday, November 30, 2011

Akhirnya Ku jatuh Cinta ♥

 Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita masih dapat hidup dalam keadaan sihat hari ni tanpa ada musibah datang. Lia rasa sangat bersyukur Ya Allah atas semua nikmat yang telah kau kurniakan kepadaku. insyaAllah akan ku jaga sebaik mungkin takkan ku sia siakan. Erm okey malam ni lia baru balik dari suatu program yang berjudul akhirnya aku jatuh cinta. Best kan tajuk dia memang rasa nak taw sangat pasal apa. Artis jemputan nya ialah katriona ross. Dia sangat cantik, Alhamdulillah skarang dia dah berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik, lia amat kagum dengan dia. Malam ni dia sebagai panel pertama dan panel kedua ialah seorang muallaf yang rasanya da begitu mendalam tahu pasal agama, ustaz Hafiz Ng.

Betul juga orang kata saudara baru ni kadang2 lebih mengkaji pasal al quran dan agama islam itu sendiri berbanding dengan kita yang memang dari asalnya dilahirkan sebagai seorang islam. Sepatutnya kita perlulah menunjukkan contoh yang terbaik dan akhirnya tarik ramai lagi non muslim untuk peluk islam. Kadar peratusan orang islam di Malaysia adalah seramai 70% manakala selebihnya adalah bukan islam iaitu sebanyak 30%. Jadi kita lihat sepatutnya di sini setiap daripada kita sebagai orang islam kita pilih seorang dari orang bukan islam itu dan kita bimbing dia, kita bawak dia masuk islam, kita kenalkan dia dengan cara hidup islam. Kenapa kita tak boleh jadi camtu? Sebab kita tidak ambil berat pasal agama sendiri, kita semua agak mementingkan diri sendiri sedangakan saudara kita sesama islam yang ditimpa kesusahan pun kita tidak mampu menolong, tidak kiralah pertolongan itu dari segi kewangan, harta benda, dan yang paling penting doa. Cuba bayangkan andainya kita semua bersatu, mesti agama islam akan menjadi agama yang mantap dan diagungkan oleh semua.



Berbalik pada ceramah tadi, kita tahu kan sekarang katriona da berubah jadi mustahillah kalau nak cakap sepanjang dalam masa dia nak berubah keadaan di sekelilingnya atau persekitaran sekeliling juga berubah contohnya pandangan kawan2.” Eh ko nak berubah?bia betol!” Atau “apa?ko nak pakai tudung?bia betol… ataupun ala kau ni tak payah la nak tunjuk alim sangat. Apa la…bajet je.. itulah antara ayat2 yang kita dengar dari mulut rakan2 atau orang2 di sekeliling kita bila mereka tahu kita nak berubah ataupun sudah berubah. Astaghfirullah.. sepatutnya kita kenalah bagi galakan dekat kawan kita tu mana tahu suatu hari mudah mudahan kita akan jadi macam dia. Kan sebab ada yang mengatakan kawan adalah cermin kepada diri kita. Andai baik kawan kita maka baik lah kita dan begitulah sebaliknya. Jadi kita pilihlah kawan yang dapat bimbing kita dunia dan akhirat. Okey insyaAllah kita sama2 berubah ke arah kebaikan.
Memang pada hakikatnya kita kalau nak berubah ni sangat payah, sebab syaitan tu akan sentiasa tanpa penat dan jemu cuba goda kita dengan tipu daya dia. Ya allah nauzubillah. Erm kita kalau kita tak boleh lakukan perubahan secara mendadak kita cuba lakukan perubahan sedikit demi sedikit contohnya kalau dulu kita tak berapa mementingkan soal aurat tapi sekarang kita dah tahu tutp aurat tu kan wajib terutama kita perempuan lagilah kena jaga. Jadi perkara yang paling mudah kalau kita nak lakukan ialah pakai sarung kaki atau stoking, dan kalau boleh jangan pakai yang jarang. Cuba lakukan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah. Lia dulu pon cam tu jugak. Mula sedikit2, sebenarnya dulu masa sekolah menengah lia amek sains agama tapi lepas sekolah menengah lia da tak pakai sarung kaki semua sebab mungkin amek ringan hal ni. Sampai lah satu saat lia cuba ubah balik dan konsisten pakai stokin bila nak ke mana2 sampai sekarang masih lagi dan sekarang alahamduillah lia da pakai tudung yang labuh sikit da tak pakai tudung bawal biasa mungkin sebab rasa tak selesa bila pakai tudung bawal yang biasa tu sebab ia singkat dan jarang. Alhamdulillah sekarang lia rasa nak kekalkan apa yang sekarang dan harap dapat jadi lebih baik.


Sebenarnaya kita semua ada peluang untuk lakukan perubahan itu dan kita kena rebut peluang tu dan lakukan perubahan tu sebab Allah. Betulkan niat kita, kita pakai camni sebab Allah dan untuk tutup aurat dan buat apa yang Allah suruh. Jangan takut untuk buat apa yang kita kita rasakan  betul dlam hidup kita. Insyaallah. Allah takkan kita berseorangan, Dia sentiasa mendampingi kita walau dalam susah dan senang. Kadang2 kita tidak sedar yang Allah dah bagi nikmat macam2 kat kita , tapi kita tidak bersyukur dan membalas segala yang Dia beri dengan meningkatkan segala amal ibadah kita. insyaAllah kalau kita ingat akan Allah, Allah akan sentiasa ingat dekat kita. Okey kat sini nak cakap kalau kita nak berubah, kita jangan pikir apa orang lain nak kata, yang penting apa kita buat ni betol. Jadi kalau mereka kata apa2 samaada baik atau buruk kita just terima dan senyum je kat mereka. insyaAllah kita anggap itu adalah dugaan yang Allah bagi sebab nak uji kita. Jadi jom kawan2 cepat2 berubah ke arah lebih baik. Semua orang perlu berubah dari yang baik kepada lebih baik. Hidup ini hanya suatu persinggahan bila2 masa je kita akan tinggalkan dunia dan pergi menghadanya di alam kubur pula. Jadi sampai bila lagi kita tunggu nak berubah? Takkan nak tunggu da tua pakai tongkat baru nak berubah semua orang pikir cam tu. Padahal sekarang nilah masanya kita nak perbanyakkan amal ibadat kita di usia muda kerna dikurniakan tubuh badan yang sihat.

Tadi ustaz tu kata klau kita perasan sekarang ni kadar pkematian dalam kalangan remaja dalam lingkunan 20 – 25 meningkat berbanding dengan golongan tua. Jadi sama2 lah kita ambil iktibar. Harap apa lia kongsikan kat sini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua. Kepada semua perempuan di luar sana jagalah aurat anda selagi mampu jangan ambil ringan soal ni kerana setiap apa yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ya allah da macam2 kita dengar azab bagi golongan perempuan yang tidak tutup aurat yang sungguh dasyat. Sangat takut, kita taknak termasuk dalam golongan yang itu kan. Nauzubillah. Jagalah aurat kita sebaik baiknya selagi belum sampai waktu kita sah dan halal untuk seseorang J insyaallah. Okey la lia nak sambung wat assignment plak, tak sedar jam dah lewat. Hehe. Jumpa lagi kawan2 semua. Selamat malam. Assalamualaikum w.b.t.


Monday, November 28, 2011

Tolong saya!!

assalmualaikum w.b.t. erm aari ni rase macam penat sangat sebab dari pagi sampai sekarang tak tido2 kot. bese nya ada je masa tok baring tu. maklum lah skarang ni kan musim test kan, jadi masa tu tak berapa nak cukup la tuk main2. erk??? padahal ada je masa borak2 ngn kawan, rumate..hehe.. yela nanti tension lak kalau asyik study je.. huhu skarang ni tengah belajar camne nak urus dan gunakan masa dengan baik dan sebaik mungkin. sapa boleh tolong??hehe.. pagi tadi lepas subuh tdo jap then bgun pkul lapan terus mandi dan stat study. lepas tu break jap on9.. hee.. itu mesti selingan kan kalau da ngantok n pening study... huhu.. 



andai saya jadi robot yang tak reti erti penat mesti saya akan habiskan waktu untuk study je 24 jam, memang penat. tak tido lah jawabnye. apa2 pon dayana kne usaha untuk manage masa dgn baik skg ni, da xnk buang masa lakukan bnda yang tak berfaedah. tapi study2 jugak solat jangan tinggal taw. n kalau boleh solat di awal waktu k semoga apa yang kita lakukan diberkati Allah dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.

haa cute kan tgok katun ni stdy.. :) hehe

erm ok lah dayana nak g sambung wat kerja plak, ta ada masa update lagy tapi2 korang doakan taw dayana dapat jawab test ngan baik sok ok?? thank you ! :D sok ada satu kelas je, lepas abes test x de kelas da.. bestnya.. hehe leh rehat jap.. hee ok lah nak bersiap da anak azan maghrib da kan. jumpa lagi. asslamualaikum . :)

Sunday, November 27, 2011

Ayam Penyet Sedappp!!!

Assalamualaikum w.b.t. kali ni nak update pasal makanan plak. erm sedap nye ayam penyet. sape suka makan ayam penyet?? angkat tangan cepat.. hehehe.. dulu masa mula2 nak cuba makan ni tak suka sangat taw sebab tak taw rasa dia camna tapi kawan ckap sedap jadi try la, tibe2 lama2 jadi suka lak.. hehe.. bab kata pepatah belum cuba belum tahu. n tak kenal maka tak cinta.. hehe.. alhamdulillah tadi kenyang sangat dapat makan ayam penyet kat seksyen 7 shah alam. actually hari ni makan sekali je dari pagi tak makan tu yang lapa sangat tu. nasib baik tak tambah nasi dua pinggan. hihi :P



haa tengok ni.. mengancam kan..hehe.. 

sup ayam .

pastu, pas kenyang makan singgah kat giant pulak teman kawan nak beli barang untuk bekalan makanan kat bilik. stok da habis kot, tapi barang kat sini mahal laaa.. jauh beza ngn kat kuantan. rindu kuantan.. huk2.. tapi takpe la nak wat camne da merantau ke negeri orang kne la belaja hidup berdikari. then dayana ada gak la beli makanan cki sebab tak tahu nak beli apa. maybe sebab kenyang lagi kot makan ayam penyet. he2.. :)

cadbury itu mest ! ehe..

snap gamba dc.

amek gmba time hujan ~

Ok la da penat da berjalan nak balik bilik lak. lenguh da. next time kite cite2 agy ea.. okey la. ari selasa ni dayana ada test doakan taw. insyaAllah dayana akan wat yang terbaik. 

malam ni nak kena stay up..caiyok2! 

ok semua jumpa lagi.. tata. assalamualaikum w.b.t :)

Saturday, November 26, 2011

SAYA NAK KAWEN !

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T.. waa tetibe je nak ckap pasal kahwen kan.. wah sweetnye.. suke sangat tapi ble la baru dpat kawen .. calon pon xde lagi ni..hihi.. erm,nampaknya kena tunggu abes study dulu baru boleh cakap pasal kawen baru mama ngan abah bagi.. hehehe.. ;P

haa korang bile lagy????? nak kawen jangan lupe jemput ea.. tak saba nak tengok korang kawen.. eh2 tetibe je excited kan.. hehe.. ouh btw, my bestfren da nak bertunang taon depan bulan 1.. saya nak tumpang happy tok dia.. saya akan doakan kebahagiaan dia.. insyaallah sama2 kita doakan k??amin.. ey dye memang nak suh sy jadi pengapit nie..tapi xnak lah, segan dah la saya ni pemalu orangnya.. hehe.. 


okey ni doa pendekat, bacalah mudah mudahan Allah akan permudahkan jodoh kita dan kurniakan kita pendamping yang soleh atau solehah. amin..


Thursday, November 24, 2011

PUTUS CINTA !

Assalamualaikum w.b.t.. andai hati ni mampu berbicara, rasanya sudah lama ia berkata kata meluahkan tentang rasa yang terbuku di benak ku selama ini. kali ni rasanya nak cakap pasal cinta. semua orang mesti pernah merasai cinta kan sama ada diluahkan atau tidak sebab cinta itu memang fitrah. siapa yang tidak ada rasa cinta itu sebenarnya dia tak normal. bercinta itu tidak salah tapi orang-orang yang bercinta itu yang membuatkan nya salah pada pandangan masyarakat dan sisi agama kerana terlalu mengagungkan cinta. cinta kepada Allah itu adalah cinta yang paling agung. tiada siapa pun yang setanding dengannya. 


Tapi dalam masa bercinta ni ada yang kekal bahagia hingga ke anak cucu tetapi ada juga yang patah hati dan kecundang di tengah jalan. berdasarkan pengalaman saya, kawan - kawan, perempuan ni kalau putus cinta, dia akan merasa sangat sedih dan akan meratapi perpisahan tersebut sehinggakan ada yang sanggup menangis berteriak mengenangkan apa yang jadi.. tapi saya tak tahu kalau lelaki plak camna kan.. hanya kaum adam je yang tahu, tapi maybe diorang ni jenis yang boleh cepat melupakan semua kenangan yang berlaku antara dia dan pasangannya sebelum ni dan mejalani kehidupan mendatang tanpa sebarang masalah. hal ni begitu berbeza dengan perempuan kerana perempuan itu dianugerahkan Allah sifat penyayang yang akan sentiasa menyayangi orang yang dia sayang walaupun orang yang disayangi berlaku kejam terhadapnya, dia tetap berusaha untuk melupakan segala kejahatan lelaki tersebut dan terima dia seadanya demi menjaga hubungan cinta ini. jadi lelaki ingtalha jangna cuba sesekali bagi harapan kalau rasa memang tak mampu nak tunaikan harapan. saya paling tak suka lelaki yang bersifat sedemikina rupa. mereka ni suka berjanji dengan macam - macam janji manis padahla hakikatnya mereka tidak mampu menunaikan janji2 tersenbut. semua ni hanya akan membuatkan kaum perempuan sedih dan terasa dipermainkan. andai mereka rasa mereka tidak serius dalam perhubungan , tak usahlah berkenalan dari awal dan seolah - olah memberi harapan kepada si perempuan. hal ini banyak berlaku termasuk saya sendiri pernah mengalaminya. 

Tolong la saya merayu bagi pihak kaum wanita, saya merayu sangat2 kepada para lelaki diluar sana agar janganlah mempermainkan hati dan perasaan wanita kerana akibatnya ia akan berbalik kepada diri kau semua jugak kelak. ada pepatah berbunyi "what goes around, comes around" jadi renung renungkanlah. kepada para lelaki janganlah sesekali membuat kan seseorang wanita itu bersedih kerana kamu, sepatutnya kamu mesti cuba untuk membahagiakan mereka. Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk berbaik baik dan berpasangan bukannya bermusuhan. semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran sedikit sebanyak dari post ini. sekian , wassalam :) 

Sunday, November 6, 2011

kejayaan itu bukan suatu yang mustahil

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

assalamualaikum, saya betol2 suka akan lirik lagu sebab lagu ni boleh jadi pembakar semangat bila emosi tidak stabil. lagu ni boleh beri suatu aura yang lain kepada kita di kala kita merasa saat2 kejatuhan atau down. harap semua pon suka juga. insyaAllah. lagi satu insyaAllah kita ingat walau di mana2 pon kita berada Allah pasti melihat setiap apa yang kita lakukan. jadi jangan sesekali pernah berbuat jahat, dan perbanyakkan lah aml kebaikan. insyaAllah ~



insyaallah kejayaan pasti milik kita yg penting kita berusaha, doa dan tawakal ! caiyok2 ! :)

Saturday, November 5, 2011

the power of positive thinking :)


Positive thinking is a mental attitude that admits into the mind thoughts, words and images that are conductive to growth, expansion and success. It is a mental attitude that expects good and favorable results. A positive mind anticipates happiness, joy, health and a successful outcome of every situation and action. Whatever the mind expects, it finds.
Not everyone accepts or believes in positive thinking. Some consider the subject as just nonsense, and others scoff at people who believe and accept it. Among the people who accept it, not many know how to use it effectively to get results. Yet, it seems that many are becoming attracted to this subject, as evidenced by the many books, lectures and courses about it. This is a subject that is gaining popularity.
It is quite common to hear people say: "Think positive!", to someone who feels down and worried. Most people do not take these words seriously, as they do not know what they really mean, or do not consider them as useful and effective. How many people do you know, who stop to think what the power of positive thinking means?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...