assalamualaikum w.b.t semua.. semoga sentiasa di bwah lindungan Allah hendaknya.. selawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati hidup di atas muka bumi yang cukup indah ini. jadi ucapkanlah rasa syukur alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau telah berikan padaku termasuklah nikmat iman, islam, akal dan sebagainya.. Ramai yang mendapat nikmat tetapi sedikit sahaja yang bersyukur.. Pantaskah dan siapakah kita untuk bersikap angkuh kepada pencipta yang menciptakan kita.. Patutkah kita bersikap kurang ajar kepada pencipta yang telah mencipta kita dengan sebaik baik kejadian.. Sedarkah kita??
Surah al-Baqarah [2: 30]
“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh [71: 17 –18]
“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha [20: 55]
Justeru sedarkah kita tentang keberadaan kita di dunia ini adalah untuk menjadi khalifah iaitu memakmurkan bumi Allah, menyebarkan agama Allah, menyebarkan dakwah perjuangan Rasulullah hingga ke segenap pelusuk dunia. Hidup ini bukan sekadar saje2, kita punya matlamat kenapa kita dijadikan oleh Allah, kenapa kita hidup. Pilihan itu ada di tangan kita, hanya kita yang mencorakkan masa depan kita sama ada memilih yang baik atau tidak. Tanggungjawab berdakwah itu terletak di bahu setiap daripada kita. Pentingnya kita sedar dan tahu kepentingan berdakwah ini adalh yang utama sekali adalah untuk menegakkan daulah Islamiyah di negara kita dan seterusnya di dunia ini.. InsyaAllah janji Allah itu pasti. Islam pasti kan tertegak cuma belum tiba masanya lagi.
Firman Allah : al-Jin 22, 23
(Wahai Muhammad) Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada seorang pun yang dapat melindungiku daripada azab Allah , dan aku tidak akan mendapat tempat perlindungan selain daripada Allah . ((Aku tidak berkuasa ) kecuali menyampaikan perutusan-perutusan daripada–Nya.
Ayuh semua bangkitlah.. bangunlah dari mimpi yang panjang.. Perjalanan kita masih jauh. Untuk mencapai kehidupan yang kekal bahagia di akhirat sana, kita perlu bermula untuk melakukan sebanyak yang boleh amal dari sekarang kerana dunia ini adalh jambatan untuk ke akhirat kelak. Jangan kerana nikmat yang begitu kecil di dunia kita menjadi leka dan alpa dengan tujuan sebanar kita hidup di dunia ini adalah menjadi mata2 rantai dakwah perjuangan Rasulullah s.a.w. kerana Allah telah menjanjikan nikmat ganjaran yang lebih besar kepada hamba - hambaNya yang berjuang bersungguh di jalanNya demi niat semata - mata untuk mencari keredhaanNya untuk memasuki syurgaNya yang indah yang tidak tergambar nikmatNya.. Perjuangan itu bukanlah sesuatu yang mudah, andai perjunagan itu mudah pasti ramai yang menyertainya.. tapi ingatlah bahawa perjuangan itu pahit kerana ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kepada kita kelak adalah manis. semoaga dapat memberi sedikit sebanyak input kepada sahabat2.. InsyaAllah.. Wallahua'alam :)
No comments:
Post a Comment