cute followers

Sunday, June 2, 2013

Resepi Puding Triffle special



BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)
  • 10g serbuk jeli
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat k.Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
untuk lebih sedap, boleh tambah apa saja buah yang kita suka k? :)

1 comment:

Nur said...

Mohon share yer sis.
Amat menarik trifle sis nie.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...