Assalamualaikum w.b.t. Segala puji dan syukur buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah syukur masih lagi diberi nikmat iman dan islam.
Setelah sekian lama merenung secara mendalam hal ini, sy yakin yang Allah dah takdirkan yang terbaik untuk saya.
Saya tahu Allah bukan tidak memperkenankan doa saya tetapi Allah cuma lambat memakbulkan doa saya kerana masanya belum tiba..
saya yakin dengan KUASA ALLAH.. saya akur dengan takdirNYA.
Saya tidak lagi perlu sedih kerana saya ada ramai org yg benar2 menyayangi saya di sekeliling sy.
Saya akan cuba untuk membuat orang2 di sekeliling saya bahagia.
Saya akan cuba untuk tidak lagi menoleh ke belakang
Saya akan cuba melupakan masa silam saya
Saya akan sentiasa pandang ke hadapan dgn yakin
YA ALLAH aku mohon padamu kekuatan agar aku dapat melupakan semua yang berlaku dengan tabah.
Ingin sekali aku menjadi tabah seperti Khadijah.
Namun aku belum lagi menjadi setabah beliau.
Aku seringkali tersungkur di tgh2 jalan yg penuh onak duri, namun harus ku tempuhi.
Tapi, aku tahu aku harus kuat kerna aku ada ALLAH yg sentiasa ada dgnku di kala senang atau susah.
Syukur alhamdulillah atas sifat rahman dan rahim MU YA ALLAH.
Sungguh aku rasa diri ini sangat kerdil di hadapanMU.
Hanyalah sebagai hamba yang tak punya apa2 melainkan semuanya MILIKMU YA RABB
Aku ingin menjadi seorang gadis yang kuat, tabah, tak mudah putus asa, yang sentiasa tersenyum dan dapat membuatkan orang lain turut terseyum dengan keberadaanku.
Aku mohon padaMU YA ALLAH hanya ENGKAU yg MAHA mengetahui segala isi hatiku.
Aku pasrah atas segala aturanMU.
Aku bersyukur atas segala apa yg KAU berikan padaku.
Terasa diri ini tidak layak untuk meminta dariMU.
Kerana sudah terlalu banyak yg KAU beri padaku.
Hanya sujud syukur di atas hamparan sejadah yg ku mampu menggambarkan betapa aku mensyukuri nikmatMU YA RABB.
YA ALLAH pimpinlah daku di jalanMU.
Tuntunlah hatiku agar sentiasa mengingatiMU
Jadikan aku mencintaiMU melebihi apa yg ada di langit dan di bumi.
Hanya KAU yang ku tuju YA ALLAH.
Hidup dan matiku hanya untukMU.
Rahmati daku dan ahli keluargaku juga sahabat sahabatku..
Doa tulus ikhlas dari sahabat2 ku pohon agar sentiasa istiqamah di jalanNYA.
Amin YA RABBAL ALAMIN..
Insha Allah..
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment