Photobucket

cute followers

Saturday, March 12, 2011

Saya Masih Sayangkan Awak !

            Ya Allah, ku amat bersyukur kerana pernah mengenalinya buat suatu jangka masa walaupun ianya hanya sementara. Saya masih sayangkan awak walaupun pada awak saya bukan apa2 lagi. tapi terima kasih kerana pernah menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya tahu awak seorang lelaki yang baik dan saya amat bertuah kerana pernah mengenali awak. Awak telah buat hati saya terpaut pada awak atas keikhlasan dan kebaikan awak. Saya tahu kita buat ini semua untuk kebaikan, terima kasih Ya Allah kerana tunjukkan kami jalan yang benar. Saya tak sedih sekarang ni tapi saya terima dengan redha apa yang terjadi jika ditakdirkan awak ialah jodoh saya pasti kita akan ditemukan lagi nanti jika tidak mungkin saya akan ditemukan dengan orang lain yang lebih baik atau lebih layak untuk saya. 






          Saya masih ingat setiap bait kata yang awak luahkan pada saya. Setiap kata2 awak menggambarkan kejujuran dan keikhlasan awak dan mungkin tulah faktor utama yang membuatkan saya amat sayang kan awak. Pada saat awak kata kita dah tak boleh berhubung lagi macam sebelum ini, tiba tiba saya rasa sangat sedih dan air mata saya mengalir dengan deras bila perasaan sayang kan awak memang tak boleh dihakis yang kian menebal dalam diri saya terhadap awak. Saya macam tak percaya dengan apa yang berlaku. 


          Mungkin saya tak selalu cakap yang saya sangat sayangkan awak tapi awak perlu tahu yang saya sentiasa sayangkan awak sejak dari mula perkenalan kita. Tapi saya mengerti apa yang awak maksudkan, awak taknak cinta kita ni seperti cinta murahan, awak taknak kita terpengaruh dengan perangkap syaitan dan zina hati. Syaitan telah mengatur banyak cara untuk menjatuhkan umat manusia ke lembah kehinaan. Hal itulah yang menjadi tekanan buat awak kan. Saya pun kalau ikutkan taknak benda ni terjadi dan saya sedar cinta selepas kahwin lagi indah dan diredhai Allah.






          Awak thanks sebab banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat saya selama ini. Saya takkan lupakan itu semua, insyaAllah ia banyak membantu dalam kehidupan seharian saya. Saya harap awak berjaya dalam mengejar impian hidup awak. Saya tahu awak seorang lelaki yang baik dan anak yang soleh kepada kedua dua orang tua awak. Saya minta maaf jika selama kita kenal saya ada bersalah pada awak teteapi yang pasti saya tidak pernah kesal mengenali insan yang bernama lelaki seperti awak. InsyaAllah sekarang saya akan belajar untuk melupakan awak kerna saya akur cinta kepadaNya lah cinta suci yang paling agung dan utama.


cintalah Ilahi melebihi cinta kepada makhluknya ~

2 comments:

CHE ROSSLI said...

Subhanallah..
alhamdulilah..
allahuakbar.

nur amalia said...

huhu T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...