Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita masih dapat hidup dalam keadaan sihat hari ni tanpa ada musibah datang. Lia rasa sangat bersyukur Ya Allah atas semua nikmat yang telah kau kurniakan kepadaku. insyaAllah akan ku jaga sebaik mungkin takkan ku sia siakan. Erm okey malam ni lia baru balik dari suatu program yang berjudul akhirnya aku jatuh cinta. Best kan tajuk dia memang rasa nak taw sangat pasal apa. Artis jemputan nya ialah katriona ross. Dia sangat cantik, Alhamdulillah skarang dia dah berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik, lia amat kagum dengan dia. Malam ni dia sebagai panel pertama dan panel kedua ialah seorang muallaf yang rasanya da begitu mendalam tahu pasal agama, ustaz Hafiz Ng.
Betul juga orang kata saudara baru ni kadang2 lebih mengkaji pasal al quran dan agama islam itu sendiri berbanding dengan kita yang memang dari asalnya dilahirkan sebagai seorang islam. Sepatutnya kita perlulah menunjukkan contoh yang terbaik dan akhirnya tarik ramai lagi non muslim untuk peluk islam. Kadar peratusan orang islam di Malaysia adalah seramai 70% manakala selebihnya adalah bukan islam iaitu sebanyak 30%. Jadi kita lihat sepatutnya di sini setiap daripada kita sebagai orang islam kita pilih seorang dari orang bukan islam itu dan kita bimbing dia, kita bawak dia masuk islam, kita kenalkan dia dengan cara hidup islam. Kenapa kita tak boleh jadi camtu? Sebab kita tidak ambil berat pasal agama sendiri, kita semua agak mementingkan diri sendiri sedangakan saudara kita sesama islam yang ditimpa kesusahan pun kita tidak mampu menolong, tidak kiralah pertolongan itu dari segi kewangan, harta benda, dan yang paling penting doa. Cuba bayangkan andainya kita semua bersatu, mesti agama islam akan menjadi agama yang mantap dan diagungkan oleh semua.
Berbalik pada ceramah tadi, kita tahu kan sekarang katriona da berubah jadi mustahillah kalau nak cakap sepanjang dalam masa dia nak berubah keadaan di sekelilingnya atau persekitaran sekeliling juga berubah contohnya pandangan kawan2.” Eh ko nak berubah?bia betol!” Atau “apa?ko nak pakai tudung?bia betol… ataupun ala kau ni tak payah la nak tunjuk alim sangat. Apa la…bajet je.. itulah antara ayat2 yang kita dengar dari mulut rakan2 atau orang2 di sekeliling kita bila mereka tahu kita nak berubah ataupun sudah berubah. Astaghfirullah.. sepatutnya kita kenalah bagi galakan dekat kawan kita tu mana tahu suatu hari mudah mudahan kita akan jadi macam dia. Kan sebab ada yang mengatakan kawan adalah cermin kepada diri kita. Andai baik kawan kita maka baik lah kita dan begitulah sebaliknya. Jadi kita pilihlah kawan yang dapat bimbing kita dunia dan akhirat. Okey insyaAllah kita sama2 berubah ke arah kebaikan.
Memang pada hakikatnya kita kalau nak berubah ni sangat payah, sebab syaitan tu akan sentiasa tanpa penat dan jemu cuba goda kita dengan tipu daya dia. Ya allah nauzubillah. Erm kita kalau kita tak boleh lakukan perubahan secara mendadak kita cuba lakukan perubahan sedikit demi sedikit contohnya kalau dulu kita tak berapa mementingkan soal aurat tapi sekarang kita dah tahu tutp aurat tu kan wajib terutama kita perempuan lagilah kena jaga. Jadi perkara yang paling mudah kalau kita nak lakukan ialah pakai sarung kaki atau stoking, dan kalau boleh jangan pakai yang jarang. Cuba lakukan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah. Lia dulu pon cam tu jugak. Mula sedikit2, sebenarnya dulu masa sekolah menengah lia amek sains agama tapi lepas sekolah menengah lia da tak pakai sarung kaki semua sebab mungkin amek ringan hal ni. Sampai lah satu saat lia cuba ubah balik dan konsisten pakai stokin bila nak ke mana2 sampai sekarang masih lagi dan sekarang alahamduillah lia da pakai tudung yang labuh sikit da tak pakai tudung bawal biasa mungkin sebab rasa tak selesa bila pakai tudung bawal yang biasa tu sebab ia singkat dan jarang. Alhamdulillah sekarang lia rasa nak kekalkan apa yang sekarang dan harap dapat jadi lebih baik.
Sebenarnaya kita semua ada peluang untuk lakukan perubahan itu dan kita kena rebut peluang tu dan lakukan perubahan tu sebab Allah. Betulkan niat kita, kita pakai camni sebab Allah dan untuk tutup aurat dan buat apa yang Allah suruh. Jangan takut untuk buat apa yang kita kita rasakan betul dlam hidup kita. Insyaallah. Allah takkan kita berseorangan, Dia sentiasa mendampingi kita walau dalam susah dan senang. Kadang2 kita tidak sedar yang Allah dah bagi nikmat macam2 kat kita , tapi kita tidak bersyukur dan membalas segala yang Dia beri dengan meningkatkan segala amal ibadah kita. insyaAllah kalau kita ingat akan Allah, Allah akan sentiasa ingat dekat kita. Okey kat sini nak cakap kalau kita nak berubah, kita jangan pikir apa orang lain nak kata, yang penting apa kita buat ni betol. Jadi kalau mereka kata apa2 samaada baik atau buruk kita just terima dan senyum je kat mereka. insyaAllah kita anggap itu adalah dugaan yang Allah bagi sebab nak uji kita. Jadi jom kawan2 cepat2 berubah ke arah lebih baik. Semua orang perlu berubah dari yang baik kepada lebih baik. Hidup ini hanya suatu persinggahan bila2 masa je kita akan tinggalkan dunia dan pergi menghadanya di alam kubur pula. Jadi sampai bila lagi kita tunggu nak berubah? Takkan nak tunggu da tua pakai tongkat baru nak berubah semua orang pikir cam tu. Padahal sekarang nilah masanya kita nak perbanyakkan amal ibadat kita di usia muda kerna dikurniakan tubuh badan yang sihat.
Tadi ustaz tu kata klau kita perasan sekarang ni kadar pkematian dalam kalangan remaja dalam lingkunan 20 – 25 meningkat berbanding dengan golongan tua. Jadi sama2 lah kita ambil iktibar. Harap apa lia kongsikan kat sini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua. Kepada semua perempuan di luar sana jagalah aurat anda selagi mampu jangan ambil ringan soal ni kerana setiap apa yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ya allah da macam2 kita dengar azab bagi golongan perempuan yang tidak tutup aurat yang sungguh dasyat. Sangat takut, kita taknak termasuk dalam golongan yang itu kan. Nauzubillah. Jagalah aurat kita sebaik baiknya selagi belum sampai waktu kita sah dan halal untuk seseorang J insyaallah. Okey la lia nak sambung wat assignment plak, tak sedar jam dah lewat. Hehe. Jumpa lagi kawan2 semua. Selamat malam. Assalamualaikum w.b.t.