Photobucket

cute followers

Friday, December 21, 2012

Hanya kau ku sayang duhai bakal suamiku

Assalamualaikum wb.t semua. Harap semua sahabat2 berada dalam keadaan sihat sejahtera ye.. Selawat serta salam buat junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya dapat lagi kita menghirup nafas dan menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini. Okey ni sebenarnya lia baru balik dari program Skuad Penyayang, iaitu salah satu program under Persatuan Mahasiswa Hadhari Uitm Shah Alam. Sebelum tu, lia ada juga join iftar bersama sama dengan sahabat di Pusat Islam Uitm Shah Alam. Sungguh seronok rasanya dapat berbuka bersama sahabat2. Mungkin ini adalh iftar yang terakhir untuk sem ni. Sem depan InsyaAllah ada lagi.


Okey berbalik kepada post kali ini.. Siapa yang tengok  cerita Warkah Cinta? cerita tu adalah antara cerita terbaik lakonan Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Lia suka sangat tengok diorang berlakon, memang sangat2 sweet kan. hanya siapa yg menonton cerita itu je yg mengetahui. Lakonan Imam Muda Nazrul dan juga Heliza sangat mantap. Tapi ending dia mengecewakan ramai pihak.. huhu tapi xpela nak buat camna kalau dah memang jalan cerita dia mcm tu. hehe kita yg jadi penonton ni kena redha je la menonton  kan :)






Emm berbalik kepada soal hati,lia terpanggil untuk berbicara soal hati ini.. Ia nya bukan lah suatu perkara yang kita boleh main2. Ia melibatkan hati dan perasaan. Jadi andai kita benar2 sayangkan orang itu, jagalah hati nya sebaik baiknya, jangan pernah sakiti hati dia dan permainkan hati dan perasaan dia. Mungkin sesetengah lelaki menganggap hal ni perkara kecil dan dipandang remeh sahaja, padahal ia membawa maksud yg sangat mendalam kepada diri seorang insan yang bergelar wanita. Wanita ni jika dia betul2 sayangkan seorang lelaki itu, dia mengharap agar lelaki tersebut lah yang akan menjadi suami nya yang sah suatu  hari nanti serta berharap dia akan menjadi bakal imam yang dapat membimbingnya untuk mendapat Redha Allah dan Syurga Allah. Dan cintaku ini hanyalah untuk insan yang sah telah bergelar SUAMIKU. hanya dia yang berhak mendapatkan cintaku. Jika dia benar2 ikhlas mencintaiku, aku berharap agar dia dapat bertemu dgn kedua ibu bapaku dan meminta izin mereka untuk melamarku, Aku mahu hubungan yang halal iaitu selepas akad nikah. Aku mahu cinta yang direhdai Allah, mudah mudahan ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta kami mendapat redha dan rahmat Allah dan semoga cinta kekal hingga ke syurga. Aku mahukan suami yg boleh membimbingku menjadi isteri yg solehah, dan sentiasa berada disisi ku selama mana kau memerlukannya. Aku masih setia menanti bakal imamku, aku berharap dikau sedang memperbaiki diri mu untuk menjadi lebih baik, bersama kita memperbaiki diri kita untuk menjadi yg soleh dan solehah. Semoga kita sentiasa sabar menanti jodoh kita, InsyaAllah bila sampai masa nanti pasti kita akan bertemu jua jika ditakdirkan ada jodoh di antara kita.



Akhir sekali, akan tetap ku setia menunggumu wahai bakal imamku. Akan ku jaga cinta ini hanya untukmu. Akan ku setia menunggumu jodohku walau apa pun jua yang berlaku andai kita ditakdirkan bersama aku kan setia menunggumu sehingga masa nya telah tiba. Aku berharap agar dikau sentiasa menjaga diri agar sempat kita bertemu untuk disatukan di dunia serta turut bersama meraih Syurga Allah di akhirat kelak. InsyaAllah. Hati ini ingin sekali meronta mengetahui siapa lah bakal imamku,tapi DIA telah mentakdirkan yang terbaik untukku. Cuma masa sahaja yang akan menentukannya. Bersabarlah duhai sayang, sesungguhnya aku amat merinduimu, bakal imamku yang akan memimipinku kelak. Ku berharap agar dikau jua sentiasa memohon agar jodoh kita sentiasa dipermudahkan olenNya.. Ameen. InshaAllah.. Sekian sahaja untuk kali ini, ada masa akan ku coret lagi buat titipan semua.. Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...