cute followers

Tuesday, December 11, 2012

resepi durian crepe!

Assalmualaikum semua.. hari ni nak post pasal durian crepe. YA Allah teruja sgt rasa bila first time lia makan, memang sedap.. huhu nanti balik rumah nak try buat sendiri baru puas hati kan.. hehehe.. ni kat bawah resepi2 untuk menyediakan durian crepe tu.. jom ... :)

DURIAN CREPE



Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

ATAU BOLEH CUBA RESEPI YANG SATU LAGI NI YE :)

BahanCrepe:

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (suggest: warna kuning bru la ala2 isi durian)

BahanFilling:
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek (Please jangan amik isi durian y keras..sungguh xbest nnt)

Cara-cara

1) Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
2) Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
3) Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
4) Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.



SELAMAT MENCUBA SEMUA :)

1 comment:

Muar said...

Banyak dah dengar orang sebut tapi tak tahu crepe tu apa. Mcm pie ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...