cute followers

Monday, February 28, 2011

Khasiat buah tembikai



Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”. 



Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh. 




Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. 





Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

5 comments:

Mr iz said...

bagus info ni cik dayana... banyak membantu dalam permakanan kita... thanks... pasal saya memang suka makan tembikai ni..he he he....nak lagiiii.... he he he

dayana batrisya said...

erm..
sama2..
saya pon suke makan tembikai jugak..
hee ~
:)

AL-QASSAM said...

khasiat buah jering, buat petai xda ke.. jering dengan petai lagi byk khasiat. ramai orang xtahu.. orang asli je tahu.. Nanti gi temubual mereka. rungkai rahsia buah petai ngn jering dengan mereka..

Anonymous said...

Saya dik Dayana .. Saya Razak .
Info yg bagus & bermanfaat :D
minta izin copy artikelnya buat perkongsian di blog saya , boleh ?

Kasih Ibu said...

mohon share yer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...