cute followers

Tuesday, February 22, 2011

Matahari dan kesannya kepada kulit kita


Pengenalan
  • Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
  • Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh menyebabkan kanser kulit


Risiko
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:
  • Kulit terbakar (Sunburn) - menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
  • Penuaan pra-matang - kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
  • Kanser kulit - kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
  • Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)
Tiga cara bagaimana cahaya ultra violet (UV )boleh merosakkan kulit:
  • Cahaya UVA menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
  • Cahaya UVB akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar
  • Kebanyakan kesan cahaya UVC akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit


Tanda dan gejala
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:
  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:
  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Langkah pencegahan
  • Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik
  • Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala dan mata
  • Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya ultra violet
  • Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung
Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?
  • Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit berubah dari cerah ke kuning ke perangan
  • Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
  • Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet
Perhatian!!
Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit merah atau terbakar:
  • Ubat alahan dan ubat gatal
  • Antibiotik
  • Ubat penenang
  • Ubat kencing manis
  • Ubat jerawat
  • Pil perancang keluarga
  • Racun serangga
  • Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka
  • Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi
  • Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St. John's Wort
Sekiranya anda mengambil ubatan, sila dapatkan nasihat ahli farmasi sama ada terdapat bahan tersebut di atas dalam ubatan anda yang boleh menyebabkan kulit sensitif pada sinaran ultra violet.
Berhati-hati dan lindungi diri anda dari matahari sekiranya anda menggunakan ubat tersebut.

1 comment:

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum, Dayana
WAH!?...Sedar Nama?...Tak apa. Bagi mereka yg teringin agar memiliki kulit sihat, cantik berseri, tak usah lagi sedih dan susah hati sebab jalan penyelesaian terbaik ada di:

Bekalan bagi tujuan Menghancurkan Kuman2 Penyebab Kerosakan Kulit

Disamping tu, bagus juga kalau luangkan masa mengkaji mengenai info pembanterasan jerawat serta resdung di:

Info mengkaji punca jerawat dan cara pembanterasan

Semoga info ni membantu kalian agar melalui hari2 bermakna. Tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...