cute followers

Wednesday, February 16, 2011

Kenapa awak sayang saya?

“AWAK ckp AWAK syg saya… AWAK ckp saya baik, AWAK kata awak kenal saya. Dan AWAK juga ckp aritu AWAK suka saya…”

Sungguh terasa macam terbang ke langit, trasa macam berada di awangan… Sungguh saya tak tipu saya gembira dgr AWAK ckp mcm tu…Sungguh AWAK buat sy rasa macam sayalah yang paling bahagia. Terasa sangat2 diri ini dihargai. Kata-kata AWAK buat saya lupa kejap sgala masalah saya. Terima kasih AWAK!

Tapi…

‘Kenapa awak ckp awak syg saya… Kenapa awak ckp awak suka saya?’
Awak buat saya keliru. Awak buat saya takut. Saya rasa awak dah tersalah pilih la awak. Saya takut sebenarnya. Saya akui saya juga ingin menyintai awak dan ingin dihargai selalu… Namun saya tak mampu awak. Saya tak boleh curang. Saya tak boleh main kayu tiga dibelakang kekasih saya. Awak, saya dah berpunya. Maaf saya tak boleh trima awak dan membelakangkan kekasih saya. Maafkan saya…

Maafkan saya awak… Saya tak boleh…

Saya tahu awak baik. Saya juga tahu awak anak yang baik, selalu awak nasihatkan saya supaya jaga diri saya dan selalu juga awak ingatkan saya jgn lupakan agama… Betul, awak sgt baik…

Tapi awak, kekasih saya sekarang juga sangat baik dgn saya. DIA selalu ada dengan saya tak kisahlah saya gembira atau sedih. Dah lama kami bercouple awak… Sebelum ni dalam hati saya hanya ada namanya. Saya menyintainya sepenuh hati saya. Waktu saya gembira DIA ada dgn saya. Waktu saya susah selalu saya mengadu dan menangis padanya. Dia tak pernah cakap dia rimas dengan tingkah laku saya. Dia juga tak pernah mengeluh dengan sgala perangai saya.. Pernah saya lupakan DIA, namun dia tak pernah terasa dengan saya. Macam mana saya nak tinggalkan kekasih saya tu… Cuba awak bagitau saya… Boleh ka awak jaga sy, cintai saya dan syg saya mcm kekasih saya buat selama ni dengan saya…

Boleh ke awak?

Hati saya cuma satu. Kalau AWAK minta saya utk trima awak, macam mn dengan KEKASIH saya. Saya tak boleh pecahkan hati saya dan bahagikan rasa kasih saya, rasa sayang saya untuk AWAK dan juga DIA. Saya tak mampu awak…



Tapi saya tak salahkan awak. Awak pun tak tahu saya dah berpunya. Kalau awak nak tahu saya dah tanya kekasih saya tu. Saya minta pendapat DIA boleh tak dia benarkan hubungan saya dengan awak. Tamak kan saya? Tapi DIA tak marah saya pun. Saya rasa DIA takkan benarkan hubungan kita tu. Bukan sebab DIA mengongkong saya. Bukan juga DIA marahkan saya. Tapi alasan DIA menusabah. Saya takboleh lupakan DIA langsung. Sampai hari ni pun DIA tetap dengan saya walaupun saya pernah abaikan pesanan DIA. Setiap hari kami jumpa. Kekadang sampai tgh malam DIA sggp temankan saya. Saya tak boleh tipu diri saya. Saya amat sayangkannya. Saya terlalu cintainya. Saya tak boleh tinggalkan kekasih saya tu sebab AWAK. Awak carilah perempuan lain. Banyak lagi perempuan yang baik dekat dunia ni. Insyaallah awak lelaki baik nanti mesti awak juga jumpa perempuan yang baik. Saya mintak maaf…

AWAK, maafkan saya ya…

SAYA doakan mudah-mudahan awak jumpa jodoh awak yang baik nanti. Dan saya akan teruskan hubungan saya dgn KEKASIH saya. Saya sayang sgt dengan DIA. Hati saya hanya untuk DIA. Dan saya rasa amat bahagia menyintai DIA. Dan hati saya juga tenang dengan menyintai DIA. Saya takut DIA marah saya. Dan SAYA amat takut kalau DIA tinggalkan saya satu hari nanti. Saya juga takut cinta saya kpd DIA berkurang. Saya cuba untuk jadi pencinta yang setia pada KEKASIH saya.

Hanya DIA dihati SAYA…

DIA kekasih saya. DIA cinta pertama SAYA. Dan DIA juga pemilik segala cinta. Saya ada di dunia ini pun disebabkan kasih sayang DIA. Saya dilahirkan sempurna dengan kebahagiaan dan dikelilingi dengan kemewahan ksh syg ibu bapa, semuanya kerana cinta DIA pada saya. DIA beri saya keluarga yang amat menyayangi saya, memberi saya pendidikan dan sampai sekarang kasih sayang DIA sentiasa bersama saya. Jadi patutkah saya tak menyintai DIA. Patutkah saya terima awak, dalam erti yg lain saya derhaka pada DIA. Cuba awak bagitau saya, boleh ke saya buat macam tu? Ya, saya tak mampu...

DIA segalanya dalam hidup saya.

Saya harap cinta saya pada DIA tak pernah hilang. Dan saya juga harap cinta saya pada DIA tak pernah berubah tetapi makin bertambah. Biarlah cinta DIA yang kekal dgn saya. Dan saya harap dengan cinta itu saya juga ditemukan dgn seorang lelaki yang juga menyintaiNYA sama bahkan lebih dari cinta saya pada DIA.

Saya rasa awak paham kan knapa saya tak boleh trima cinta awak. Knapa saya tak boleh bercouple dgn awak. Saya memang tak boleh trima awak… Sebab cinta saya hanya satu. Kasih saya hanya satu.

Maafkan saya…Cinta saya hanya untuk DIA. DIA pencipta saya, pencipta awak dan pencipta seluruh isi alam semesta…


MAAFKAN SAYA…

just nak share dis story. love this story. sangat2 terharu bca kisah ni. moga2 cinta kita terhadap NYA melebihi segala galanya.. amin :) 

2 comments:

hardy boy said...

nice blog & I have follow you also (^_^). Glad if you can follow me http://www.princehardy.blogspot.com/

dayana batrisya said...

tq.. i will follow u too :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...