Photobucket

cute followers

Tuesday, February 8, 2011

Terlalu benci akhirnya bersama


Geramnya…!,”satu tumbukan dilepaskan Istiqamah di meja makan.

“Is,apa hal balik-balik terus marah ni?Salam tak de,apa tak de…!”,rungut Imtinan serumah dengan Istiqamah.

“Sorrry,sorry...Assalamu’alaikum…”,Istiqamah mengaku kesalahannya dan mengambil tempat di depan televisyen di ruang tamu.

“Wa’alaikumussalam…hah,baru betul wanita solehah.Nama je Istiqamah.”usik Imtinan.

“Ye la tu,Is geram ni Im!..”Istiqamah merebahkan badannya di sofa.

“Kenapa?Cuba cerita kat Im…,”Imtinan cuba memahami kawan serumahnya.


“Tadi..Is geram,geram,geram…sangat…!Ada ke patut si Uwais dan Zulqarnain ambik tempat parking Is…!Ish benci.Lepas parking, pergi buat tak tahu je.Padahal nampak je Is tengah tunggu nak masuk parking tu dulu.Is setiap hari parking kat situ!”luah Istiqamah dengan rasa benci yang membuak-buak.

Uwais dan Zulqarnain?Macam pernah dengar nama tu.Bukan ke diorang tu kegilaan mahasiswi kita? Is ni pelik la.Takkan sebab tu pun nak benci diorang?Kalau siswi kita,mesti tak kisah.”

“Eeee…tolonglah Im…!Is tengok sesaat pun dah tak tahan ngan diorang.Lagi-lagi si Uwais tu.Macam mana boleh jadi kegilaan...ish!Tak masuk akal langsung…!,”segala rasa bencinya pada Uwais diluahkan.

“Eh,kejap-kejap..ni apahal tiba-tiba benci sangat ni?Im tak pernah tengok Is sebenci ni pada orang?Lagi pula diorang berdua tu kan baik orangnya,mungkin diorang tak perasan Is kot.Husnuzhon la Is…,”Imtinan menasihati.

“Ermm..entah la Im..tak nampak?mungkin..koott…,”Istiqamah masih tidak dapat menerima kenyataan itu.Dia yakin dia betul.

“Dah,dah jangan nak marah-marah dah.Dah solat Asar ke belum ni?,”tanya Imtinan lagak seorang ibu.

“Opss..belum…ok ok.Sekarang juga Im pergi…!,”Istiqamah berlalu dengan senang hati.Lega dapat luahkan segala kemarahan tadi.

***

Di malam hari,usai sahaja solat Isyak.

“Is…buat apa tu?...”,tegur Imtinan dari pintu bilik Istiqamah.

“Im..masuklah…!Ulangkaji sikit ni.,” Imtinan mengambil tempat di atas katil Istiqamah.

“Wani dan ‘Izzah dah balik?,”tanya Istiqamah.

“Belum..katanya nak pergi library.Buat revision.”jawab Imtinan ringkas.

“Oh…bagusnya.Hah!Baru Is teringat! Sewa rumah bulan ni,termasuk api dan air,Is dah bayar tau.Is guna duit simpanan Is.Im,Wani dan ‘Izzah tak payah bayar.”Keikhlasan terpamer di wajah Istiqamah.

“Apa?Semua?Banyak tu Is…Ya Allah..Is biar betul…!,minyak kereta Is tu lagi.”Imtinan terkejut dengan kenyataan Istiqamah.

“Tak pe lah..sekali-sekala belanja housemate kan.Jika kita mudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan uruskan kita.Lagipun Is kan ada kerja part-time.Tak perlu risau la ye…,”

“Ajar ngaji kat rumah Dato’ Khalid je kan?”tanya Imtinan meminta kepastian.

“Itu salah satu,Is ada kerja jaga kedai jugak, depan Petronas tu.Kedai Mak Limah. Hari tu Is first time dapat gaji dari Dato’ Khalid,tahu tak dia nak bagi berapa?,”

“Berapa Is?,”

RM500,untuk dua kali seminggu Is ajar anak-anak dia.Is tolaklah.Banyak sangat tu.Lagipun Is ajar Iqra’ je setakat ni.”

“Apa???!RM500?MasyaAllah.Duit banyak tak kisah la.Pastu dia bagi berapa sekarang?”

“Dato’ Khalid tanya pendapat Is,Is cakap kalau diberi pilihan,Is nak doa dari Dato’ dan Datin daripada duit,kerana Is sendiri tahu apa yang Is ajar,.Is tak nak,kerana duit,Is ajar anak-anak Dato’ Khalid mengaji.Is tak nak salah niat pulak nanti.Tapi Dato’ Khalid bagi juga duit kat Is,sebagai penghargaan katanya.Tak perlulah Is beritahu berapa ye.”jelas Istiqamah penuh tawadhuk.

“Baiknya kawan Im ni…beruntung sapa dapat Is ni…,Dato’ Khalid tak de anak lelaki ke?”usik Imtinan.

“Ha..!Dah mula la tu.Is pun tak tahu,baru beberapa kali datang rumah dia.”jawab Istiqamah serius.

“Ermm..Is…Im nak tanya ni…Masih marah lagi ke dengan Uwais dan Zulqarnain?,”Imtinan mula bertanya.Itulah tujuannya masuk ke bilik istiqamah.
Erm…Zulqarnain…Is ok je..dengan Uwais Is rasa benci.Tak tahu la.Sebab dia yang drive tadi.Rasa geram sangat.huh!,”pantang sebut nama Uwais hati Istiqamah mula membara.Tidak tahu sebab musababnya.

“Oh….hati-hati Is,jangan benci sangat..ingat tak,Rasulullah pernah berpesan:

“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya,kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu.Dan bencilah musuhmu sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”

(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud,al-Tirmizi,dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

“Hadis sohih tau Is…”tegur Imtinan pada kawannya itu.

“Ye la Im..Is memang tak nak benci dia,tapi Is tak tahu bila tengok muka dia Is meluat.Is tak tahu kenapa.”

“Is jeles tak?Sebab ramai suka dia…,”Imtinan menduga.

“Na’uzubillah min zaalik.Ada ke sampai ke situ.Mengarut la Im ni.”mukanya berkerut.Menolak tekaan yang tidak mungkin terjadi.

Haha,Is,Is…haih..nak kata datang bulan…baru je boleh solat,nak kata sakit,sihat je,hurmm…apa sebabnya ya..tak pe tak pe,nanti Im siasat ye.Penyiasat Imtinan…hoho…,”Imtinan ketawa kecil dengan gelagatnya sendiri.

“Haha..merepek je Im ni.Is ok je.Tak yahla nak siasat-siasat ni.Bukan dapat buktikan pun.”

“Oh…perlekehkan Penyiasat Imtinan ye.Tak pe..tengok la nanti..huhu,”tekad Imtinan.Dan berlalu ke biliknya.

“Apa-apa jelah Im..,”bisiknya sendiri dan meneruskan ulangkajinya.

***

Keesokannya…

“Haih,sabar Is,sabar..kenapa la aku benci sangat tengok muka si Uwais ni.Huh!,”getus hati kecilnya bilamana terserempak Uwais di depan kelasnya.

“Mujurlah tak sama kelas,kalau tak,sian kat hati aku merana la jawabnya,asyik marah je kat dia ni.,”bisiknya lagi pada diri sendiri.

Istiqamah masuk ke kelas dan mengambil tempat di bahagian tengah. Tidak lama kemudian,Dr.Azizan masuk dan diikuti beberapa pelajar dari kelas lain.

‘Ya Allah…!Tolong aku..aku tak suka budak tu…,kenapa dia mesti masuk kelas ni???’hatinya mengadu.

***

Ya Allah…!Tolong aku..aku tak suka budak tu…,kenapa dia mesti masuk kelas ni???’hatinya mengadu.

“Pelajar-pelajar,hari ni saya kena gabungkan dua kelas kerana saya tidak dapat hadir untuk kelas petang ini.Saya terpaksa balik kampung.Ada saudara meninggal.Tak pe ke?,”Dr. Azizan memberi penjelasan dan meminta izin pada pelajar-pelajarnya di kumpulan satu.

“Tak pe…,”serentak pelajar-pelajar kumpulan satu mengiyakan. Cuma Istiqamah berdiam diri.Mukanya merah.Dahinya berkerut geram.

“Awak yang bertudung putih,Kenapa masam je?Tak setuju ye?,”tegur Dr.Azizan akan Istiqamah yang sedang jauh berkhayal.

“Hei,Is,Dr,tegur tu..!,”cuit Hamidah yang duduk disebelah Istiqamah.

“Ha..!Ermm…ermm..apa Dr.?,”Istiqamah gelabah.

“Amboi…jauh berkhayal…Awak setuju ke saya bagi pelajar group dua join kelas ni hari ni?,”tanya Dr. Azizan sekali la
Ermm setuuu…ju..,”Hatinya menyambung ‘kecuali Uwais’.Hatinya puas. Habis sahaja kelas dengan Dr.Azizan,Istiqamah menuju ke masjid untuk mendirikan solat sunat Dhuha. Usai sahaja solat,Istiqamah bermuhasabah.

“Kenapa dengan aku ni?Benci sangat kat Uwais?Apa dia dah buat?Haih,betul kata Im,cuma masalah parking je,biasala tu.Macam aku tak biasa sebelum ni.Tapi,kenapa bila ada dia,aku jadi marah macam ni?Kenapa?...Haih,hati jelaskan pada aku,lemahnya aku…,”matanya berkaca.

“Baik!Mulai hari ni…!Istiqamah kena ingat jangan benci sape-sape dah termasuk Uwais.Jumpa wat tak tahu je.Hati ingat jangan benci tau.,”Nasihatnya pada diri sendiri. Istiqamah mula melangkah keluar dari perkarangan masjid dan menuju ke lab untuk menggunakan internet.

Ada satu tempat kosong ditengah-tengah antara lelaki dan perempuan di sebelah kiri.Istiqamah berjalan menuju ke sana.Dan duduk sambil memandang sekilas orang di sebelah kanan dan kirinya,mana tahu kenalannya.



istiqamah tersentak,orang yang dibencinya hampir sekali dengannya.Cuma berada di sebelah kirinya,jika dia bangun tiada lagi tempat di tuju untuk menggunakan internet.Lagi pula,sudah ramai yang menanti giliran di belakang untuk mendapatkan komputer.

“Sabar Is,dia releks je,kenapa Is nak derita.Fokus kat komputer je Is.”pesannya pada diri lagi.Kadang-kadang matanya menjeling melihat Uwais.

“Haih,tenangnya dia.Yang aku ni benci sangat kat dia…kenapa la ngan aku ni…,”rungutnya sendiri.

“Sis,kejap ye,nak keluar…,”sekali lagi Istiqamah tersentak.Kedudukannya tiba-tiba menegak dan matanya dibesarkan sambil memandang ke arah hadapan.

“Dia bercakap dengan aku?..,”Istiqamah terkesima. Istiqamah menggerakkan sedikit kerusinya ke depan untuk memberi laluan kepada Uwais.

Jazakillah ya ukhti,”Uwais berterima kasih.

“Baiknya dia…,”Istiqamah tersentuh.Rasa menyesal menerpa.

                                                         *****

Di rumah Dato’ Khalid…

“Aaa Baa Taa…”,kedengaran suara Puteri dan Aisyah membaca Iqra’ dengan seorang perempuan di ruang tamu.

“Baba,Mama…Along balik malam ni tau.,”Uwais memberitahu ibu bapanya untuk pulang ke kampus malam itu.

“Baiklah,tapi kitab makan lama sama-sama dulu ye.,”pinta Mama Uwais.

“Baik Mama.Erm,Baba,Mama,sape yang ajar angah dan adik baca Iqra’ tu?,”tanya Uwais ingin tahu.

“Lupa pulak Baba nak cakap,Istiqamah nama dia.Dia satu U la dengan along.Along tak kenal ke?Baba lupa nak cakap pasal Along tadi.Mana tahu dia kenal Along.”teka Dato’ Khalid. Datin Azlina cuma mendengar.
Oh ye ke,hurmm..macam pernah dengar nama tu.Uwais pun tak pasti Ba…,”

“Tak pe,nanti kita makan sama-sama,tengokla, mana tahu kenal.”cadang Dato’ Khalid.

“Ermm..,”

“Alongggggggggg…..”jerit Puteri dan Aisyah berlari menuju ke arah satu-satunya abang mereka.

“Along,along nak balik dah ke?,”mata Aisyah berkaca.Sedih di tinggalkan abang yang rapat dengannya.

“Lepas makan,janganlah sedih dik,angah kan ada.”jawab Uwais memujuk.

“A’ah angah ada, dan Kak Is pun ada.,”tambah Puteri. Dato’ Khalid dan Datin Azlina senyum melihat keakraban antara anak-anak mereka.

Tidak lama selepas itu,Istiqamah menyertai keluarga itu di meja makan setelah dijemput.Istiqamah terkejut melihat Uwais di situ, mahu sahaja dia pengsan di situ.Lagi dia benci,lagi dekat Uwais dengannya.

“Oh,ni Istiqamah ye.Nice name.,”puji Uwais tersenyum hormat dan menyuap makanan ke mulutnya.Uwais seperti tidak pernah berjumpa dengan Istiqamah sebelum ini. Istiqamah tersenyum malu.

“Is,kenal Uwais tak?Dia sekampus dengan Is.,”tanya Dato’ Khalid.

“Ermm..erm..kenaal..,ni ke anak sulung Dato’?”Istiqamah memberanikan diri bertanya.

“A’ah,dialah anak sulung kami.Selama ni dia memang tak balik,sebab duduk asrama,bila free je dia balik.Ni baru balik dah beberapa bulan tak balik.”jelas Datin Azlina.
Istiqamah mengangguk.Uwais menyambung.



“Oh,anti kenal ana ye?Asif ana tak perasan kot.,”balas Uwais ringkas tidak mahu biasa bersembang dengan perempuan ajnabi tanpa urusan penting.

“La ba’s.,”jawab Istiqamah tenang.Perasaan benci makin menghilang.Perasaan malu menguasai.

“Kak Is…akak pun nak balik dah ke?,”tanya Aisyah manja.

“Ye dik,akak ada kelas esok.,”jawab Istiqamah lembut.

“Alaa…akak tidur je lah kat sini,teman adik,adik takut.Along pun nak tinggalkan adik.,”katanya lagi sambil makan peha ayam goreng kegemarannya.

“Adik,Along dan Kak Is kena belajar,kita nak bantu Islam kena pandai.Allah pun suruh.Jadi kami tak boleh lawan.”Uwais mematikan kata-kata adiknya.
Uih..!kami?huhu peliknya bunyi…macam aku ni isteri dia je...huhu,”Istiqamah bermonolog sendiri.Hatinya rasa tenang bersama keluarga itu,semuanya mengingatkan diri kepada Allah S.W.T.

Dato’ Khalid dan Datin Azlina memandang sesama sendiri dan tersenyum penuh makna. Tidak lama selepas itu,Uwais dan Istiqamah menuju ke destinasi masing-masing.Uwais pulang ke kampus menaiki motor,manakala Istiqamah menuju ke rumah sewanya dengan kereta Myvinya.
                                                                 ****

“Is nak gi mana ni?”tanya Wani di suatu pagi Sabtu,melihat Istiqamah asyik mengemas pakaiannya.

“Nak balik.,”jawab Istiqamah sedang ralit meletakkan pakaian dalam beg galasnya.

“Balik Perak ke?,”tanya ‘Izzah pula yang kebetulan lalu di depan bilik Istiqamah.

“A’ah ‘Izzah.Mana lagi kampungku…,masuklah kenapa tercegat kat pintu tu wahai kawan-kawanku…”jemput Istiqamah mesra.

“Aik,ramainya tetamu kat bilik Is.Is nak bagi something ke?,”tanya Imtinan yang pelik melihat semua kawan serumahnya berada dalam bilik Istiqamah.

“Tak de lah,Im ni pantang ada hadiah ye.Pagi ni Is nak balik Perak la.”jelas ‘Izzah.

“Ha?!Ye ke ni?Selalunya bila Im tanya mesti kata,ala cuti nanti boleh balik,Is bukan anak manja nak rindu-rindu ni.Huhu.,”ajuk Imtinan.

“Amboi…mengata nampak.,”Istiqamah tersenyum melihat Imtinan.

“Hehehe tak delah saja je.Kenapa balik Is?,”

“Ada hal sikit.Ummi,abi suruh balik.Doakan Is selamat sampai ya.”jawab Istiqamah ringkas. Imtinan tersengih.

Kenapa ni Im?,”tanya Wani pelik dengan gelagat Imtinan.

“Ehem ehem..Is…walimah jangan lupa jemput tau..huhu,”usik Imtinan lagi.Dia seperti dapat menghidu sesuatu.

“Eh ke situ pulak dia.Mula la tu.Penyiasat Imtinan la katakan…”gurau Istiqamah.Mereka semua ketawa melihat Imtinan.

***

Wani,’Izzah,mana Is?,”tanya Imtinan pada suatu pagi.

“Tadi family dia datang,keluar kot…,”jawab Wani.

“Oooo…,ni korang tak pergi mana-mana ke?,”tanya Imtinan lagi.

“Saya tak,malas.”jawab Wani ringkas.

“Kita pun malas.Baik cuti-cuti ni duk rumah…,kenapa Im nak keluar ke?”tanya ‘Izzah pula.

“A’ah Im nak keluar jap.Nak pi library.,”Imtinan mengakhiri perbualan.

                                                            ***

Ketika Imtinan berjalan menuju ke Perpustakaan Dar al-Hikmah,dia terserempak Uwais dan Zulqarnain berjalan di hadapannya.Dia mula mencari jalan menyiasat penyebab Istiqamah terlalu benci pada Uwais.

‘Macam mana ek?Aku kena buat sesuatu,kalau tak,jatuhlah reputasi aku sebagai Penyiasat Imtinan.Huh..!,’fikirnya sambil berjalan.Matanya tertumpu ke bawah sambil berfikir.

“Eh!,”Zulqarnain menjerit kecil.

“Alamak…sorry,sorry.,”Imtinan terlanggar Zulqarnain di hadapannya.Pipinya mula merona merah.

‘Aduh..malunyaaa…,’Imtinan menerkup muka.Imtinan melihat sekali lagi lelaki yang dilanggarnya,dia mula berdebar-debar.Jiwanya kacau.

‘Dia ni…patut la ramai peminat,dua-dua boleh tahan,tapi Zulqarnain lebih menyerlah bagi aku.,’getus hatinya.

Zulqarnain memaafi.Kemudian Uwais dan Zulqarnain meneruskan perjalanan dan masuk ke Perpustakaan Dar al-Hikmah.

Imtinan masih tercegat di tempat tadi.Dia langsung tidak bergerak.

“Kali pertama aku terserempak ngan diorang depan-depan.Huh!Hampir tergoda.Aduhai,Imtinan,kenapa laju sangat jantung ni berdegup.Jangan-jangan,mamnu’…!Zulqarnain tu ramai peminat,tak yah minat dia,jangan-jangan.”Imtinan menasihati diri.Dia menafikan rasa hati.

Imtinan mula masuk ke dalam perpustakaan.

“Haih..!Gagal misi aku.Macam mana la aku pulak yang kena balik.”Imtinan mengomel sendiri sambil memilih buku-buku yang berkenaan tugasan kerja nya di atas rak untuk dibawa ke meja.Tinggi bukunya melebihi kepalanya.

Bummm!!!
Semua buku yang dipegangnya terlepas kerana terlanggar seseorang. Semua pelajar dan kakitangan yang berada di dalam perpustakaan itu memandang ke arahnya.

‘Alamak,apa la nasib aku hari ni.Haih!Sapa la langgar aku pulak ni.Buta ke?..!Malu-malu…,’hatinya merungut sambil mengutip buku-buku yang berterabur.

“Maaf-maaf .Ana tak perasan anti nak lalu sini.,”tegur seorang lelaki yang melanggar Imtinan dan menolongnya mengutip buku yang berselerak. Imtinan memandang sekilas.

‘Hah!Dia ni?Zulqarnain?Bencinya aku tengok dia ni buat kali kedua.Nape lah aku jumpa dia.Aku tak suka dia,aku tak suka dia.’Imtinan cuba melawan kehendak hatinya yang mula memberontak menyukai seseorang lelaki iaitu Zulqarnain.

It’s ok.”jawab Imtinan malas.Dia cuba mengawal rasa hati yang berkecamuk dan mengambil buku yang dihulurkan Zulqarnain.

“Oh sis yang ta…,”belum sempat Zulqarnain menghabiskan katanya,Imtinan meminta diri.

“Terima kasih.Pergi dulu.,”Imtinan tidak sanggup berada lama bersama lelaki yang membuat jiwanya kacau itu.

Imtinan pulang ke rumah dan menyandar di atas katilnya sambil memeluk bantal.Imtinan mula berfikir.

“Ya Allah..apa dah jadi dengan aku hari ni?.Aku benci orang?Pelik-pelik.Imtinan benci orang yang dia jatuh cinta pandang pertama?Macam tak caya je…Imtinan,kau biar betul..,”tanya Imtinan pada dirinya sendiri.

“Benci-benci ni,ingatkan aku pada Is je…,”Imtinan berfikir,dan tidak lama selepas itu dia tersenyum.

“Itu dia…!Hah!Dah dapat! Yes! Aku tahu kenapa!,”hatinya puas.Dia telah menyelesaikan misinya.Lupa segala masalah yang dihadapi pada hari itu.

                                                                        ***

“Korang ada pergi mana-mana tak minggu depan?,”tanya Istiqamah pada ketiga-tiga rakan serumahnya sambil menonton televisyen di ruang tamu.

“Erm..Im tak keluar kot....,”jawab Imtinan ringkas.

“Saya pun tak.”jawab Wani pula.

“Kita tak tahu lagi la Is.Kenapa?,”’Izzah pula bertanya.

“Nah,jemputlah datang.,”Istiqamah menghulurkan kad jemputan perkahwinannya pada mereka bertiga.

“Ha…???!Is nak kahwin?,”serentak Imtinan,Wani dan ‘Izzah bertanya.Mereka terkejut kerana mereka tahu Istiqamah memang tiada teman lelaki dan sangat menjaga diri.Mereka juga tidak mengetahui Istiqamah sudah bertunang.

“Bila Is tunang?,”tanya Imtinan masih terkejut.

“Bulan lepas masa Im tegur Is balik tu.Ingatkan Penyiasat Imtinan tahu.,”Istiqamah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya.
Oh..masa tu…Im dah lupa sebab dah lama.Bila buat persiapan?,”

“Is buat biasa-biasa je.Abi,Ummi yang banyak tolong Is.,”

“Eh,lupa pulak,sapa pasangan yang sangat bertuah tu?,”tanya ‘Izzah sambil membuka kad perkahwinan yang diberi tadi.

“Uwais Hakimi bin Khalid?,macam pernah dengar je?Siswa kita ke?,”tanya ‘Izzah minta kepastian.

“Aaa…pa…?Apa nama tadi?,”pantas Imtinan membuka kad yang diberi Istiqamah tadi.

“Uwais?Uwais yang Is selalu cerita tu ke?Yang Is benci sangat tu ek?,”tanya Imtinan bersemangat. Istiqamah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya.......

Oh..masa tu…Im dah lupa sebab dah lama.Bila buat persiapan?,”

“Is buat biasa-biasa je.Abi,Ummi yang banyak tolong Is.,”

“Eh,lupa pulak,sapa pasangan yang sangat bertuah tu?,”tanya ‘Izzah sambil membuka kad perkahwinan yang diberi tadi.

“Uwais Hakimi bin Khalid?,macam pernah dengar je?Siswa kita ke?,”tanya ‘Izzah minta kepastian.

“Aaa…pa…?Apa nama tadi?,”pantas Imtinan membuka kad yang diberi Istiqamah tadi.

“Uwais?Uwais yang Is selalu cerita tu ke?Yang Is benci sangat tu ek?,”tanya Imtinan bersemangat. Istiqamah tersenyum.

“A’ah Izzah siswa kita.Im,a’ah dialah yang Is benci sangat tu.Sebenarnya,dulu Is suka sangat kat dia.Tapi…,”Istiqamah tidak sempat menghabiskan katanya.

“STOP…!!!,”Imtinan menunjukkan isyarat diam pada Istiqamah.Serius mukanya.

‘Izzah,Wani dan Istiqamah terkejut.Mereka menanti tindakan Imtinan seterusnya.

Im tahu Is.Is suka sangat kat Uwais dulu.Tapi sebab Is tak tahu macam mana nak jaga diri sebab Is dah terjatuh cinta kat dia,Is menolak kehendak hati Is sampaikan Is benci pada Uwais.Walaupun kerana perkara kecil,Is jadi benci sangat-sangat kat Uwais.Dan Is juga tak tahu kenapa Is benci sangat pada Uwais.Rupanya hati Is menolak perasaan suka tu,sampai Is sendiri tak sedar itulah penyebab kenapa perasaan benci tu timbul.Betul tak?,”jelas Imtinan yakin dengan jawapannya.

“Hurmm..hurmm..macam mana Im tahu semua ni?,”Istiqamah hairan.Malu menguasai diri.

“Huhu..rahsia..!,”Imtinan malu menceritakan pengalamannya.

“Wah hebatlah Penyiasat Imtinan..,”puji ‘Izzah.

“A’ah ni baru betul-betul penyiasat.Lain kali boleh kita mintak Penyiasat Imtinan tolong selesaikan masalah kita pulak.,”tambah Wani pula.
“Hehe,no problem…!,”jawab Imtinan bangga.

Imtinan mula mengambil langkah berjaga-jaga.Sedikit demi sedikit,dia cuba menghilangkan rasa benci pada Zulqarnain.Dia cuba menghadapinya dengan tenang dan lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Segala masalah diadunya pada Allah.Hatinya makin tenang.Tiada lagi rasa benci pada Zulqarnain.Dia campakkan rasa bencinya pada yang berhak,iaitu Israel laknatullah dan semua musuh-musuh Islam.Boikot…!!

                                                               ****

Pada pagi itu,sahlah perkahwinan di antara Uwais Hakimi bin Khalid dan pasangannya Istiqamah binti Mokhtar.

Selesai sahaja mengerjakan solat sunat pengantin,Istiqamah menyalami suaminya dan berbisik:

“Ana bencinta anta” Lama mereka bersalaman,membiarkan orang disekeliling menangkap gambar.

“Apa maksudnya?,”tanya Uwais berbisik juga.

“Dulu ana benci anta,tapi sekarang ana cinta anta.”jawab Istiqamah tenang. Uwais tersenyum bahagia mendengar luahan isteri tercinta.
“Ana juga cinta anti.Anti amanah ana.Akan ana jaga sebaik mungkin kerana Allah.” Uwais mengakhiri kalamnya.

Istiqamah merasa amat bersyukur dengan pasangan yang Allah telah tentukan padanya itu.Dia yakin dengan kemampuan suaminya itu untuk menjaga dia dan anak-anaknya untuk lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Dia bertekad,takkan benci atau cinta seseorang itu lebih dari yang sepatutnya.Pengalaman hidupnya telah membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah S.A.W. Pesanan Rasulullah disematkan di hati.

***TAMAT**

2 comments:

alexayussida said...

best nyer lia..sonok akk bce..jzkk ya ukhti:)

nur amalia said...

lia pon sonok bace kak :) :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...