Photobucket

cute followers

Tuesday, January 4, 2011

Hanya Untukmu Sayang!

Telah lama ku intai bayangmu
Namun tidak pernah kau tahu akan kehadiranku
Dari hari ke hari
Cintaku mulai berputik buatmu




Kucuba usir rasa yang telah terbit ini
Namun..
Siapalah diriku ini untuk menolak
Kehadiran cinta dan sayang di dalam hati ini


dan


Tanpa aku sedari
Kau jua mengintai bayangku
Mengharap akan kehadiranku
Tiap waktu




Ku gagahkan diri meluahkan rasa cintakU
Yang telah terpendam lama sejak kehadiranmu
Jauh di sudut hatiku terdetik adakah kau jua merasa
Apakah kau jua merasainya?


Ya,kau juga sama seperti aku merasakannya..
Terima kasih teman!!


Terima kasih
Kerana sudi menyirami cintakU yang tandus
Kerana sudi membajai pohon kasih
Kerana sudi mengisi kekosongan di hatiku
Kerana sudi berkongsi suka dan duka bersamaku
Namun ku harap cintakU padamu tidak melebihi cintakU kepada Yang Maha Esa




Dan..
Aku berharap kau mencintaiku seadanya..
Terima kasih wahai SAYANG !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...