Photobucket

cute followers

Thursday, January 20, 2011

Tips kekal cantik oleh Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza yang masih kekal cantik walaupun sudah berumah tangga akhirnya membocorkan rahsianya untuk kekal cantik buat peminat-peminatnya. Rahsia utama Siti Nurhaliza kekal cantik ialah dengan mengamalkan minum jus epal bersama lobak merah setiap pagi dengan sarapan.


“Minum jus atau makan buah-buah seperti belimbing atau nenas adalah satu kemestian buat saya,” kata Siti dalam sebuah temu bual selepas program rakaman AC kelmarin.
Dan Tips yang paling penting, Siti juga mengamalkan pengambilan kapsul antioksiden, vitamin dan CQ10 untuk kekal sihat.


“Suami saya juga tidak pernah terlepas untuk makan suplemen pada setiap pagi. Beliau lebih berdisiplin mengambil pil-pil sebelum bersenam berbanding saya kerana sudah biasa,”
Selain itu juga Menurut Siti Nurhaliza lagi, rahsianya untuk kekal cantik adalah dengan setiasa berfikiran positif dan cuba meleraikan segala kekusutan di dalam minda.


“Pasti ada jalan untuk sebarang masalah dan tiada guna kita tertekan kerana masalah yang kita hadapi,” jelas penyanyi yang berumur 30 tahun ini.
Jadi, jika wanita-wanita diluar sana teringin nak cantik seperti Siti Nurhaliza, amalkan lah tips-tips yang diberikan. Walaupun anda tak mungkin akan cantik seperti Siti Nurhaliza tapi sekurang-kurangnya hidup anda akan lebih sihat… selamat mencuba…


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...