Photobucket

cute followers

Sunday, January 30, 2011

Isteri KEDUA ..


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkanhati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengansuara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandangperlakuan dia dan Fatimah.
Bukan takutkan pandangan manusia, tetapilagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapirupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimahdengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggupmelamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudunglabuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanyaapabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasihhatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannyaterhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkanjadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yangdiyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwahyang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya.

Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia dihari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangihati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calonsuami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yangmenaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangihati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun,hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimahnampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwahmembantutkan usaha Fikri tersebut.

Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikrisemakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjakdari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Diaterlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah.

Sekali lagi Diamenghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikridikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pastimembawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.

Diameminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabatterdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernahditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segansilu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yangtenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupunkecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerakkerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasadakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannyadisedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampumungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluarberdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakinisebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerjadakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadipembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam keretasewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikitke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalamgerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteripertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikriaktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegangbeg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalumenoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemahtersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arahjari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.


SEDARLAH SEMUA…
KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN…
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN…

SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…
BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...