cute followers

Saturday, December 10, 2011

Agar2 Roti Special. Shedappnyer !

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )
·         1 peket agar - agar bertali - 20 gram
·         6 cawan air
·         200 gm gula pasir
·         1 tin susu cair
·         6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
·         1 biji telur
·         3 jenis pewarna
·         1 sudu teh esen vanila



1.       Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
2.       Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
3.       Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
4.       Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
5.       Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
6.       Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...