Photobucket

cute followers

Thursday, December 8, 2011

Ulser Mulut.

assalamualaikum w.b.t. lia nak tanya korang penah dengar tak pasal ulser mulut?? dan sape yang penah kena??huhu skang lia tengah kena ulser ni dalam mulut.. Ya Allah sangat pedih rasa dia. nak makan, basuh muka semua susah taw sebab bila tekan kawasan yang kena ulser tu sakit sangat. pelik la orang kata faktor kena ulser sebab kurang minum air masak. betol ke????sape pakar?? huhu.. doakan ulser lia cepat baik taw.. :(
Untuk pengetahuan korang lia sekarang adalah antara salah seorang insan di dunia ini yang sering diserang ulser mulut. Ni pun sedang berdepan dengan masalah ni. Ulser mulut ni paling tak best time nak makanlah sebab selalunya bila terkena sahaja makanan pada kawasan yang terjadi ulser tu, mau meraung kita. Lagi-lagi jika makanan itu pedas. YA Allah memang sangat sakit, nak nangis pun ade jugak dah la sekali kena ulser 4 terus.. huk2..cuba korang bayangkan.. hmmm :(


Jika dilihat ulser mulut ni dikatakan berpunca daripada masalah panas dalam badan. Tidur lambat atau selalu stay up hingga dinihari juga antara sebab-sebab terjadinya ulser mulut. Nak mencegahnya doktor menyarankan kita supaya mengambil air masak sebanyak yang boleh selain menjaga aspek pemakanan. yang ni lia selalu buat, tak sangka lak ia jadi penyebab ulser.



Nampak gambar ubat di atas? Ubat itu bernama ‘Oral Aid’. Ubat ini bukan untuk merawat Ulser mulut. seperti yang Lia nyatakan diatas, ubat ini membantu mengurangkan sakit atau menjadikan kawasan yang dinaiki ulser itu menjadi kebas apabila kita titikan ubat ini di kawasan itu. Jadi korang boleh la menikmati hidangan korang tanpa perlu risau lagi kerana memang tidak akan terasa sakit punyalah. Agak-agak time makan tu rasa sakit balik, titik sikit lagi.

okey la kalau sape2 yang ada pengalaman pasal ulser ni jangan segan2 nak share taw. okey. tata.. assalamualaikum :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...