cute followers

Sunday, January 15, 2012

teman sejati itu sukar dicari !

assalamualaikum, pagy ni rase mcam nak luahkan apa yang lia asa skg kat blog sebab ap sebab da tak leh nak pendam lagi. hmm mungkin sebab sedkit sebanyak tekanan tyme exam kot. huhu. kadang2 bila kita terlalu buat baik dekat orang kita akan ditindas juga akhirnya kan? tol x? tp tnpa kita sedar rupanya ada jugak orang yg cuba tikam kita dari belakang, pdahal orang tu adalah orang yang rapat dengan kita. dugaan. Ya allah kau tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujianmu. aku hambamu yang hina lagi lemah, hanya kepadamu aku meminta permolongan wahai tuhan yang maha pemurah lagi penyayang.

sejenak termenung rupanya dalam sebuah persahabatan yang erat terjalin rupa rupanya ada mata - mata jahat yang memerhati mencari di mana salah kita. mugkin lia tak perasan hal ini sampai perlu ke kita nak putuskan persahabatan demi nak jage hati kawan2 yang lain yang asek mengata pasal kita. lia pelik owang perempuan memang selalu cam ni kan, mudah sangat tak puas aty n tikam kawan dari belakang. lia asa sedih sgt. nasib baik ada tempat nak mengadu. Hanya Dia yang memahami hamba nya kerana Dia yang menciptakan kita sesungguhnya kepadaNya jualah kita kembali.



tuhan kau bantulah aku dalam membantu agamamu dan dalam menjalani hari2 yg mendatang dengan bahgia dan jauh dari perasangka yg buruk. amin insyaAllah..


 Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan. 

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?  



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...