Photobucket

cute followers

Tuesday, January 24, 2012

Tips Awet Muda !

(1) Minum air bersih yang cukup
Semua orang pun tahu dan sedar air yang mencukupi penting supaya kulit nampak lebih sihat dan bermaya. Aku sengaja tulis air bersih sebab air paip kita bukanlah sebersih mana. Air paip kita adalah dikategorikan “boleh diminum” oleh kementerian kesihatan malaysia. Sebaik-baiknya pasang satu penapis air yang baik supaya kualiti air terjamin. Ada banyak jenama penapis air dipasaran. Ada yang mahal ada yang murah. Mintak jurujual ceritakan kebaikan penapis air mereka. Kalau mereka kata boleh tapis 140 jenis contaminants, mintak tunjukkan apa jenis contaminants yang boleh ditapis. Kalau tak, most probably, diorang sembang je. Antara contaminants yang perlu ditapis dengan baik adalah seperti klorin, lead, merkuri dan jenis-jenis logam berat.
Lead adalah bahan yang digunakan untuk membuat batang paip. Kalau rumah-rumah lama biasanya diorang punya paip adalah dibuat dari lead. Lead ni sangat berbahaya dan boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Air paip kita memang mengandungi klorin, air berklorin kalau dimasak boleh menghasilkan bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. So, pilih jenama penapis air yang dipercayai adalah penting. Bukan setakat tapis sahaja. Ada seseorang pernah tunjuk kat aku satu jenis penapis air yang agak terkenal, dia kerat dan tengok dalam tu ada 12 keping kertas digunakan untuk menapis air. Kertas tebal. Orang bukan tau kan.. So hati-hati pilih penapis air. Lepas beli jangan lupa selenggara. Regularly tukar penapisnya. Cuci yang mana perlu.

(2) Banyakkan sayuran dan makanan yang kaya dengan serat
Serat penting untuk make sure kita membuang dengan baik. Seseorang yang ada masalah nak membuang dengan baik lebih mudah mengalami masalah kulit berjerawat, kusam dan berminyak. Ini kerana, toksin dari badan akan dikeluarkan masa membuang. So kalau tak buang macam mana toksin nak keluar. Mudah letih dan kerap mengantuk adalah antara tanda-tanda badan mempunyai banyak toksin dan kekurangan beberapa jenis vitamin penting.
(3) Rajin bersenam
Maybe ramai yang akan kata, sibuk kerja dan tak cukup masa nak bersenam. Jangan sempitkan skop senam tu, senam bukan saja lari-lari atas mesin tu atau berbasikal. Buat kerja rumah pun bersenam. Cuba sedaya upaya banyakkan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Ambik peluang masa hujung minggu untuk luangkan masa beriadah dengan anak-anak dan keluarga. Gaya hidup sihat penting bagi seorang individu mengawal emosi dalam mengendalikan urusan seharian. Banyak orang sekarang hadapi masalah mental sampai tikam adik beradik, tikam mak bapak sebab tak rajin beriadah. Asyik kerja dan stress aje.





(4) Vitamin tambahan
Vitamin untuk kulit adalah ACE. Penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya. Kita tak mungkin mampu untuk makan 10 biji oren setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi kita boleh makan supplement tambahan bagi mendapatkan vitamin yang cukup bagi kulit yang sihat dan cantik. Kalau rasa macam banyak sangat, tak tau nak start dengan apa, mulakan dengan multivitamin.
(5) Senyum supaya nampak lebih muda
Senyum mengurangkan risiko muka cepat nampak berkedut



3 comments:

NighBerkz’S Blogs said...

tips menarik.. thanks..



http://nighberkz.blogspot.com

HAFIZ AL-PAZIN said...

saya bersenam dengan menari kpop dalam bilik...ahaks....hehe

nur amalia said...

nightberk : u r welcome :) :) hafiz : ouh yke..wah rajin nyer..ptot bdan slim je kn :P:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...